Maaf kwnku yg psiko

Maaf kwnku yg psiko

Hari ni ak terjumpa kwn sekelas ak,Syira waktu matrik dlu di mall.Ak ngn dia ni kategori agak baik la.Dia selalu tumpangkan bilik untuk aku ponteng kls kimia dulu.AK benci subjek kimia dan lecturer dia sekali.Bilik kwn ak ni dekat je dgn bangunan akademik.

Dh jumpa kwn,biasala mengenang kisah2 lama,zmn2 poyo.Tetiba dia mention nma seorg kwn sekelas kitaorg yg klua awal sem 2 matrik dulu,Ria (nma samaran).Dia bgtau Ria skrg kerja sbgi jurugmbr bebas.Bnyk dh berubah.Dari perempuan jadi pengkid.Kwn ak ni x cam dia pada awalnya sbb ingtkn lelaki,tetapi bila si Ria ni kenalkan diri beserta 'aweknya' terkedu kwn ak.

Ak terkenang masa kitaorg kat matrik dulu.Untuk setiap kls akan dibahagi kpd tiga iaitu tutorial 1,tutorial 2,tutorial 3.Ak ngn syira tutorial 2.Ria tutorial 1.Besela,dah bahagi2 cmni,perempuan akn muncul la geng2.tutorial 3,geng gediks ala2 diva.tutorial 2 bdk2 pasif senyap je.tutorial 1 geng perasan bijak.tapi mmg ad bdk 4 rata pun dlm tu.

Geng2 ak adlh budak dorm ak dan dorang sume kls lain.Tggl ak la sorang2 kat kls tu.Ak x suka bdk2 tutorial lain,jadi bila ad subjek kene bergabung kls, ak dok sorang2 kat meja blkg sekali,x peduli sesape.Dan Ria akan duduk dpn ak dan jga keseorangan.Dan masa nie la,ak nmpk dorang buli Ria.

Contoh buli,mcm ad krts yg diberikan pd semua org.dorang skip ria dan bg pd ak.bila si ria tnya mne krts dia,ad sorang bdk tutorial dia ni tengking ria suruh ambil sendiri kt dpn sambil menjelirkan lidah.Yg buat ak rsa kls tu mcm neraka,sume org bantai gelak je tgk keadaan tu.Yg lain x sokong termasuk aku hnya senyap je.AKU PENAKUT.Prnh sekali Ria ni dimalukan sbb pakai baju sama tiga hari berturut2.Yup ak admit.Mmg berbau la.tapi perlu ke ko pggl dia busuk dan tnya kuat2 biar satu kls dgr yg berapa kali dia nk pakai baju busuk.Hal dia bia dia la.Ria ni senyap x ganggu org pun.

Malahan ak tgk ad sorang ni sengaja pijak kaki Ria smpi mengaduh sakit org tu sambil dipuji oleh kwn2 dia sbb buat mcm tu.Muka x berslh sambil senyum bangga lagi kne puji.kadang2 dia sampai merayu nk masuk dlm kumpulan belajar sbb sume org kne ad utk presentation.Ak kesian tapi AKU PENAKUT.lelaki perempuan sama naik.Yg menambahkan lagi neraka tu,lecturer kitaorg pun join sekaki pinggirkan si Ria ni.buat x nmpk,buat x dgr bila Ria tnya soalan.Ko lecturer,patut x ad bias kpd student.ak sedih ,ak geram.tapi AKU PENAKUT.Kalau ak,dh lama ak lari kluar.Tapi Ria nie bertahan juga sampai 1 sem.

Bila result sem 1 klua, Ria ni dpt result yg teruk.mne x teruk,sape boleh tahan tekanan mcm tu.Lecturer utk kls ak menasihatkan dia keluar.Ya Allah,ko bkn bg semangat,ko patahkan semangat dia lagi.Dan akhirnya,Ria nie klua juga.Ko tahu apa kls ak buat,dorang berpesta sbb Ria klua.Lecturer pun sama.Ak rsa sedih gler sbb ad manusia perangai cmtu tapi snyp je sbb AKU PENAKUT.

Lepas Ria klua,maka ad la mulut2 bercerita.Yg ak dgr,Ria ni mmg suka perempuan dan psiko.Ad sekali tu,seseorg ternmpk dia simpan satu album penuh dgn gmbr perempuan bogel.Roommate dia pun takut dgn dia.Bila roommate tu tukar baju, Ria akan tenung atas bwh x berkelip.Jadi satu bilik,mmg x tukar baju kat dalam tu.Berkemban mmg jauh sekali la.

Salah seorang roommate dia,Minah prnh terjumpa pakaian dlm dia bwh bantal Ria ni.Bila tnya,Si Ria nie x mengaku ambil.Yg seorang lagi, terjumpa tuala wanita yg dh digunakan ada merah2 sikit(darah).Bila tnya,dia ckp terkena cat merah kat tangga.mmg masa tu ad org cat tangga.jadi syg nk buang tuala wanita tu.dan ada lagi la citer lain.mls ak nk citer.

Bila dh jd mcm ni,entah knp ak menyesal sbb x berani bangun dan backup dia.x cuba utk berkwn dgn dia.x cuba tau masalah dia knp dia jd psiko cmtu.kpd ria,kalau ko baca ni.ak mtk maaf sgt sbb jadi penakut.mendiamkan diri masa ko kena buli.ak mtk maaf sgt2.

– Penakut

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *