Bila tengok orang buat baik, terus rasa malu dekat diri sendiri. berapa banyak dosa aku dah buat sepanjang aku hidup. langsung tak pernah bertaubat. solat dah bertahun tinggal. tapi Allah masih bagi peluang untuk hidup. 1000 kali peluang aku dapat pun langsung tak ambil kisah. setiap nikmat yang aku dapat tak pernah sikit pun bersyukur. setiap kerja yang aku buat langsung tak pernah ikhlas. mama abah, adik beradik masih ada tak pernah sekali aku buat baik, aku marah diorang, aku tengking diorang, aku malu dengan diorang. memang dah neraka tempat aku.
aku ada niat nak berubah jadi baik, aku buat baik sebab nak tambah pahala, nak kurangkan dosa. setiap malam aku dengar lagu2 zikir, kisah2 islamic, video2 islamic dengan harapan aku dapat bangun semula untuk solat, dan setiap kali azan, aku hormat, tapi aku tetap malas nak bangun, aku malu dengan diri aku, malu adik beradik bahan aku sebab baru sekarang nak solat, baru sekarang nak taubat. aku cuba ambil peluang, tapi langsung tak buat. setiap kali nikmat yang aku dapat terus aku ucapkan terima kasih, tanda aku syukur dengan apa yang aku dapat, tapi ada jugak sifat iri hati. aku tak pernah sakit, aku jatuh pun, aku bangun sendiri. dengan mama abah aku cuba buat baik, cakap elok2, tapi masih ada lagi marah2, dengan adik beradik aku tolong diorang sikit2 mana yang mampu, tapi tetap ada tengking2. aku banyak perubahan sekarang dari aku yang dulu, tapi tetap buat dosa besar, solat lagi aku langsung tak gerak nak buat. aku nak mama abah, adik beradik masuk syurga, tapi tempat aku sendiri ke neraka.
layak ke aku buat semua ni? niat aku tak pernah betul. aku pernah janji untuk diri sendiri, tapi aku sendiri mungkir. aku langsung tak tahu apa tujuan aku hidup. aku banyak bagi nasihat kat orang, banyak bagi motivasi kat orang, selalu bagi orang nasihat, tapi diri aku sendiri? tunggang langgang beb. aku tetapkan visi misi untuk hidup, langsung tak pernah ikut. cita2 aku, impian aku, harapan aku semua angan2 mat jenin. tak payah berangan lah nak dapat semua tu walaupun niat aku nak bantu negara sekalipun. diri aku sendiri pun tak terbantu ni kan pulak negara.
ada suatu hari tu aku terpikir siapa aku bila besar nanti?, siapa kawan2 aku?, siapa suami aku?, siapa anak2 aku?, mana keluarga aku?, aku jadi orang yang berguna tak nanti atau sebaliknya?, macam mana keadaan aku bila aku meninggal nanti?, macam mana hidup aku bila dapat tahu keluarga aku meninggal nanti? sebab aku memang tak sanggup kehilangan keluarga, lagi2 orang tua aku. aku takut tengok jenazah, aku takut keranda, kain kapan, aku takut tengok kubur. aku takut semua tu. aku cuma mintak doa, cabut lah nyawa aku dulu sebelum nyawa diorang, matikan lah aku dan keluarga aku dalam keadaan yang baik. cuma doa ni setiap masa dalam kepala aku bila aku teringat pasal mati. Allahu.
Ya Allah, Engkau ampunkan lah dosa2 kedua ibu bapaku Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah, dosa2 keluargaku, dosa2 kawan2ku, dosa2 saudara-maraku, dosa2 muslimin dan muslimat di muka bumiMu Ya Allah, panjangkanlah umur kami Ya Allah, permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat Ya Allah, Engkau tambahkanlah rezeki kami Ya Allah, Engkau lembutkan lah hati kami Ya Allah, Engkau berikan lah kekuatan pada kami Ya Allah, Engkau berikan hidayah dan petunjukMu Ya Allah. Engkau tempatkan lah kami di SyurgaMu Ya Allah. Engkau lindungilah kami didunia dan diakhirat Ya Allah, Amin, Amin, Amiin Ya rabbal Alamiinnn.
Semoga aku dapat kembali ke jalan Allah.
– Lily
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
dalam doa tu selitkn sikit doa kita untuk para pngajar kita.. yg pernah didik kita slma ni jd org yg Berjaya..
Berubah ke arah kebaikan semata-mata kerana Allah. In shaa Allah, apa2 yang berlaku, kita dapat hadapinya dengan baik.
Kalau kita begitu lemah dan tak mampu tinggalkan dosa/maksiat, setidak-tidaknya kita kena usaha tingkatkan amal ibadah dan kebaikan.
Amalkan doa “Allahumma a’inni ‘ala zikrika, wa syukrika, wa husni ‘ibadatik” (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu/berzikir kepadaMu, mensyukuri nikmatMu dan memperindah amal ibadahku kepadaMu) :)
Semoga Allah Taala melimpahkan seluruh kasih sayang dan kebaikanNya buat saudara/i, serta meneguhkan saudara/i di atas jalan kebaikan.. Allahummaa aameen.
Barakallahu feekum.