Macam mana nak betulkan cara dan niat belajar?

Salam.
Dulu time sis sekolah, sis malas ya rabbi. Selalu tidur dalam kelas ( time cikgu tak ada la ), jarang study selalu main2 time prep. Cuma sis tak pernah tak buat homework and kalau sis minat satu2 subjek, sis Akan bagi faham segala topik walaupun sikit. alhamdulillah sis dapat result yg baik untuk setiap exam. Orang selalu cakap untungnya, belajar sikit pon boleh score.

Sebenarnya, tak senang lansung dengar orang cakap macam tu. Buat macam aku tak study lansung. Tapi fikir2 balik, betul jugak. Aku malas. ruginya aku.kadang2 markah aku paling tinggi pun, tapi bila orang tanya aku blur. Aku cepat lupa, selama berpuluh2 tahun hidup, aku taktau ilmu yang lekat dalam otak aku banyak mana.

So, macam mana nak betulkan niat n cara aku sebab aku dah macam terbiasa dengan sikap malas ni. First year pulak, lagi blur aku belajar apa.

Macam mana nak scor kat u? Sekolah and universiti completely different and aku tak boleh terbawak2 perangai kat sekolah dulu tu.

– Sisserabut

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *