madu

Fakta tentang catur.

Catur ni ada yang cakap dari India, dan ada yang cakap dari sejarah Iran Purba.

Sebagai rujukan Laki bini, orang perempuan tentu suka kuasa yang diturunkan kepada Permaisuri atau Ratu dalam permainan catur kerana mampu bergerak bebas, tak macam Raja, hanya setapak pergerakkan sahaja.

Pada mula permaintan catur dicipta, Ratu hanya boleh bergerak satu persegi pada satu masa, kemudian bila dunia mulai di perintah oleh Ratu Wanita, maka pergerakkan Ratu dalam catur mulai berkembang, mula mula menyerong. Kemudian, dia boleh bergerak dua kuasa dua pada satu masa, termasuk menyerong. Hinggalah hari ini, Ratu boleh bergerak ke semua arah, kecuali pergerakkan Pendekar,(atau kuda).

Ternyata, dalam permainan Catur, Ratu adalah Buah yang paling terkuat. Silalah kagum wahai orang perempuan.

Namun, Jika Ratu mati, permainan masih diteruskan kerana Raja adalah segala-galanya. Bila Raja mati, walau Ratu masih hidup, permainan tamat.

Lebih menarik, semakin ramai Ratu, maka semakin kuat pertahanan dan serangan.

Bermakna, satu dunia setuju…

Ratu boleh di madukan! Woha!

– woha

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *