Majikan Dari Neraka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/majikan-dari-neraka/).

Okaylah. Aku baca komen pun berderau dara siap ada perli confess panjang-panjang ni ada pergi pejabat buruh tak?

To clear things up, aku akan pergi bila aku rasa aku dah dapat banyak bukti. Sebab kalau aku nak pergi sekarang pun boleh, kawan aku ada kerja pejabat buruh. Tapi aku nak kasi diorang rasa akibat dulu sebelum aku ambil tindakan undang undang. You give shit, you will get shit.

Yes. Bos aku melayu, islam, solat tak tinggal, solat sunat apatah lagi, tiap hari jumaat buat baca yasin kat ofis siap ambil gambar nak update kat social media.

Bestnya lagi, staf-staf ni dipaksa untuk solat dhuha kat ofis dan dipaksa untuk berdoa supaya company dia dapat sale ratus ribu sebulan. Kau rasa?

Relax okay? Bagi aku mempermainkan perasaan diaorang pulak. Ngeeeee.

Semasa aku tulis confession no, aku tengah cuti and guess what? Dia (laki) whatsapp voise note aku personal selama 1 minit 30 saat just to clarify tema design yang aku kena buat untuk minggu seterusnya.

Dan aku bagi blue tick je.

Benda simple je kut. Kau boleh je bagitahu esok sebab esok nya tu aku bekerja.

Aku tambah lagi kau orang punya geram. Ni kes terjadi beberapa bulan sebelum aku berhenti.

Anak aku warded sebab demam dan kena neb. So kena tahan wad dalam 2 hari.

Bila aku bagitahu aku EL sebab anak aku sakit, kau tau dia (bini) boleh cakap apa?!

“Macam mana ank boleh sakit? Macam-macam hal la! Saya ada banyak kerja nak bagi. Tiba-tiba anak sakit pulak! Abis tu bila anak boleh keluar wad?!”

Aku waktu tu macam kena sambar petir. Mesej tu aku tak tunjuk kat husband aku sebab kalau aku tunjuk mau satu ofis tu nanti dia bakar termasuk dengan bos-bos aku sekali.

Korang jangan risau. Tahulah apa kami nak buat. Setiap kali meeting aku akan terang-terang letak fon atas meja dan aku rekod setiap perbualan.

Dan setiap SOP, Skop kerja, Offer letter semua aku ada rekod.

Company dah tak ada duit. Produk nak kena restock dengan kilang. Gaji kami saja dah nak dekat 5k. Epf, socso lagi.

Aku boleh cakap, dalam setahun lebih 3 kali produk dia tukar packaging. Itu kos. Kitaorang pulak yang risau. Kerja aku tak pernah habis malah makin bertambah.

Sekarang dah ada sales clerk pulak beberapa orang. Dan dia menjanjikan bulan dan bintang seperti biasa dan bagi target pada diorang untuk buat sales minima RM 8500 seorang!

Gila ke? Sangat tak logik! Sebab apa aku cakap tak logik?

1. Leads dari FB Ads hanya ada 2-3 saja sehari.

2. Stock tak banyak dah. Semua ada bawah 1000 pcs. Lainlah kalai stock kau tak pernah putus. Nak restock dengan kilang pun kau dah berkira.

3. Estimate kena jual untuk dapatkan RM 8000 dalam masa 2 minggu lebih saja lagi sebelum hujung bulan ni, diorang kena jual at least 5 set bernilai RM 150 sehari. Produk dia paling mahal pun RM 60 dan bukan produk keperluan pun.

4. Kalaulah team sales ni dapat jual 5 set sehari, stock yang ada ni pun nilai dia tak sama dengan keuntungan yang kau expect. Team sales ada 4 orang kali dengan 8000 sama dengan RM 32 000!
Stock kau pun tak sampai RM 10 000 yang tinggal!

5. Pandainya kau kat sini bila diorang tak achieve target, komisyen diorang burn dan kemungkinan besar kau akan terminate diorang. Sedih kan?

Dalam company tu, aku yang paling rebel sebab aku berani bersuara. Diaorang dah tak berani nak maki-maki lagi aku sebab aku jenis bagi balik.

Dan diaorang sendiri mengaku takut aku akan report buruh.

Aku cakap, well, not now. Tapi soon. Aku akan buat kalau aku rasa korang menindas!

Aku nampak. Company dalam masalah. Ejen makin ramai yang lari tak mau jual. Musuh makin ramai, staff makin meluat, melugai.

Aku? Just go with the flow. Kau kacau aku, aku kacau kau sampai kau jatuh tak boleh bangun. Tunggu je la. Kumpul bukti hitam putih, recordings.

Masing-masing dah ada planning. Kau buli kitaorang secara diplomatik, kitaorang akan balas balik cara yang sama. Sebab kau sendiri claim yang kau tahu law buruh. Kau dah katam. Kau dulu kerja HR sebab tu kau tahu.

Kah! Berguling-guling aku ketawa.

Doakan kami.

– Ting (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *