MAK atau SUAMI????

Assalamualaikum semua umat Muhammad.. Selamat menunaikan ibadah puasa..

Aku rasa terpanggil nak confess hari ni.. ok, aku nak sangat tanya, mak kau atau suami engkau yg patut kau lebihkan layanan? kalau belum berkahwin, lebih kan mak kan? kalau dah kahwin, lebih kan suami kan?

Tapi, macam mana pulak kalau masa syurga kau adalah mak kau, kau layan tak sebaik kau layan suami yakni syurga kau selepas kahwin?
Aku kesian, selalu nampak anak2 yg layan mak dia kasar2.. Bila mak kata tak boleh, kau tarik muka.. Bila kita minta izin nak keluar rumah, mak membebel tak bagi, kau buat apa? kau tarik muka, kau jalan hentak kaki, kau sebut 'ah' dekat mak, kau melawan kata nya kenapa tak bagi keluar rumah, kau berkerut dahi dan macam2 lagi yg kau tunjukkan tanda protes..

Tapi, lepas kau kahwin, bila suami tak izin kan keluar, kau ikut.. bila suami kata jangan, kau ikut.. bila nak beli spender baru untuk ganti spender terkirai kau tu pun, kau siap mesej n col suami nak minta izin untuk beli spender.. aik, kemain siap minta izin beli spender.. kata nya konon kalau suami tak bagi, berdosa besar.. yaa i know that.. tapi, kenapa bila dengan mak, kau tak layan seperti kau layan suami? mak mengandungkan kau 9 bulan, beranak kan kau yg sebesar gajah tu, ingat senang? tapi selalu melawan mak.. dengan suami kemain lagi semua nak ikut telunjuk kata..

Aku tahu memang betul kau kena layan suami dengan baik, tapiiiiiiiii kau kena ingat dan bandingkan sendiri, layanan kau pada suami kau sama baik tak macam layanan kau pada mak kau?? biar seimbang.. lagi aku tak faham, yg suami nya pon ikut cakap kasar dengan mak si isteri.. wey mak mertua kau wey.. yg pompuan nye diam je suami dia cakap kasar.. patut kau sebagai isteri, ajar la suami tu buat baik sikit dengan mak mertua.. nnti automatik kau kalo terkasar dengan mak kau, suami kau boleh menegur..

Alahai.. lg aku kesian bila ade segelintir manusia yg lepas kahwin terus pakai tudung.. kata nya nak suami nya masuk syurga.. tapi, sebelum kahwin, kenapa bila mak ayah tegur berbuih mulut suruh tutup aurat, kau kata nanti dulu, kau kata belum sedia, kau kata kau belum dapat hidayah, kau kata pakai tudung tak semestinya baik, kau kata luaran je tu, dan macam2 lagi.. tapi bila suami suruh, kau terus buat.. Apa kurang ke didikan mak n ayah kau? aku rasa macam tidak.. cukup dari segi agama semua nya.. tapi kenapa layanan kpd suami dan mak ayah tak sama?

mak kau kau tengking, dengan suami cakap lembut ja.. mak kata jangan, kau melawan.. suami kata jangan, kau terus diam dan kata ya.. alahaii.. tolong la semua, kaji balik diri kita, adakah kita seperti diatas? biarlah layan mak ayah sama baik macam kita layan suami kita.. ni pandai cakap, syurga isteri trletak pada suami.. habis masa sebelum kahwin, kenapa tak terfikir syurga bawah telapak kaki ibu pulak? Semoga boleh membuka mata semua.. InshaAllah

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya mendapat hidayah. Ada perempuan yang layan maknya tah hapa-hapa. Bila dah kawin maysaAllah…. layan suami lagi buruk. Saya pernah kenal seorang perempuan yang pernah menyialkan ibunya sendiri. Menanam kebencian ibu pada suami tapi lepas tu, dia berbaik2 semula komplot dgn mak dia mintak cerai dgn suami. Moga dapat hidayah utk semua…

  2. nk beli sepende kene minta izin?? kalau x dosa?? ekceli suami wajib bagi nafkah kat isteri…tp duit isteri sukahati la nk beli ape pun…minta izin nk kua je..nk beli sepende tu pakai duit bini x salah pun

  3. Penulisan yg agak bodo. Allah suruh ko nilai akhlak sebelum pempuan tu kahwin ke? Bukankah setelah akad, sah jd isteri maka segala dosa isteri suami yg tanggung? Dosa isteri cakap kasar, tarik muka, cakap ahh kat ibubapa dia smua ditanggung suami. Salahkah isteri berubah selepas kahwin terus tutup aurat? Terus taat pd suami walhal sblum kahwin isteri tu byk buat dosa? Hidayah tu Allah punya. Ko sape nk compare si isteri tu sblum n selepas dia kahwin? Apa motif ko tulis tajuk Suami atau Ibu? Banyakkan blaja munkahaat n fiqh keutamaan kpd siapa selepas berkahwin. Ko jahil gila takyah tunjuk bagus dgn title UIA la. Poyo gila penulisan. Mesti gay/less yg tulis ni kan? Loser ko neh..

  4. Good sharing..harap yg memaki tu timbang balik ye..fokus tak terletak pada isteri je..suami tu pun lepas kawin jangan lupa mak ayah sndiri..isteri mmg hak milik kamu lepas kawin.tp ingat,mereka juga ada mak ayah..suami wajib ajar dan didik mereka utk sntiasa berbuat kebaikan pada keempat2 mak ayah. Suami juga kne take note,dia ketua rumahtangga kena adil. Kalau buruk layanan kita pada org tua,esok2 bila dah tua anak2kita sndiri akan layan kita mcm tu. Take it positively,confessor mungkin ada pengalaman buruk sndiri.

  5. betol la~ setuju sgat cofessor nie ckp. tetibe teringat satu cartoon nie. before kawen ayah suruh pakai tudung melawan, pas kawen teros pakai tudung sebab tak nak laki dye tanggung dose. what the fish. macam2 perangai~ walhal kene hormat and taat kat ibu bapa dulu before kawen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *