Mak benci aku!

Assalamualaikum w.b.t. Nama aku Nora, 22, seorg penuntut di sebuah universiti tempatan. Ok aku nak cerita kisah aku yg dah lama aku pendam. Cerita pasal keluarga. Aku anak ketiga daripada 4 org adik beradik. Dan aku rasa aku di’anaktirikan’ oleh mak aku sendiri.

Lepas habis PMR, aku terfikir nak sambung study kat sekolah teknik sebab aku nak ambil satu kos ni. Kiranya bila aku besar nanti aku nak kerja kat hotel. Jadi aku pun apply kos tu supaya aku ada basic la nak memasak dan urus restoran bagai. Dan akhirnya aku dapat. Mulanya, babah tak bagi aku pergi sebab sekolah tu dekat pedalaman dan memang takda kenalan pun dekat sana. Siapa yg boleh tolong tengokkan aku kat sana kan. Mungkin tu dalam fikiran babah. Tapi sebab aku selalu ponteng sekolah masa aku form 4 (sebab aku tak minat study perakaunan and kira-kira semua tu) akhirnya babah mengalah dan hantar aku sekolah kat teknik. Yahoooo! Dua tahun aku belajar kat sana dan aku temui sinar yg baru sebab dapat lepas dari mendengar bebelan mak tiap hari dan kongkongan keluarga huh.

Aku taknak cerita pasal sekolah kat teknik dulu sebab semuanya indah-indah belaka. Hidup takda gangguan dan kawan-kawan semua pun takda masalah. Ok, bila aku dah habis SPM, aku balik rumah dan jalani hidup aku macam biasa. Tapi tak sampai pun sebulan aku stay kat rumah, perangai mak yg selalu marah aku dan compare aku dgn adik-beradik lain muncul kembali. Mak selalu marah aku sebab aku bangun lambat (pukul 8 je kot), tapi dia tak pernah bising pun kalau kakak aku bangun tengah hari pastu sambung balik baring-baring kat bilik tak buat apa pun! Kalau aku tak masak, mak marah lagi. Mak cakap ”Kenapa tak masak nak tunggu mak jugak ke? Tak Nampak ke mak buat kerja dari pagi tadi? Kau sikit pun tak tolong mak!” Padahal aku yg selalu tolong mak buat kerja. Kalau mak buat kerja kat depan, aku tolong bersihkan dapur, basuh pinggan mangkuk, masak, sapu rumah. Aku tolong mana yg patut. Kakak? Duduk terbangkang kat bilik sambil online. Takda fungsi langsung. Pernah sekali tu, mak marah sangat kat aku sampai dia pukul aku. Aku tak dapat nak buat apa. Aku menangis. Aku bukan jenis yang melawan kalau mak marah. Aku just diam biarkan dia luah semua yg dia tak puas hati dengan aku. Tapi kalau kakak atau abg aku, dorang jenis yg melawan. Kadang tu sampai mak aku tak tau nak kata apa dah. Speechless. Sebab tu rasanya mak jarang nak bergaduh dgn dorang sebab mak tahu mesti kata-kata dia akan dilawan dan dibantah oleh manusia yg bernama abg dan kakak.

Apa yg aku tak boleh terima, bila mak pukul aku sebenarnya. Umur aku dah 18 tahun dah time tu. Sapa lagi yg kena pukul bila umur dah cecah 18 tahun zaman ni? Aku je kot. Padahal kesalahan aku cuma sebab mak tak puas hati dengan aku. Aku bukan spesies pemalas. Dari kecik aku biasa buat kerja. Tolong mak. Aku je yg selalu buat. Kakak aku memang tak lah sebab dia punya jenis malas aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa dia ada ke takda ke sama je sbb mmg macam tak wujud kat rumah ni. Dia duk terperap kat bilik. Dia memang pemalas sejak azali. Adik aku pula anak kesayangan mak tambah2 pula sekarang dia duk hostel memang aku jelah yg selalu buat kerja rumah. Dan kali terakhir mak aku pukul aku masa bulan 1 hari tu. Ya, aku ingat lagi. Sebab tu kali pertama mak pukul aku depan babah. Babah yg tenangkan mak. Aku melawan time tu. Aku kata kenapa mak benci aku. Kenapa mak pukul aku tapi tak pernah pun pukul kakak atau adik. Kenapa mesti aku yg salah. Kenapa aku je yg selalu mak marah. Aku ni anak mak ke? Semua tu aku tanya sebab aku dah tak tahan lagi dah simpan semua tu sebab aku sakit hati sangat. Aku penat. Bukan penat apa, penat dengar bila kena marah oleh mak. Apa yg lagi teruk, bila mak marah, segala jenis perkataan yg tak baik akan keluar. Mak pernah cakap “Kau ni anak tak guna. Kalau kau takda kat rumah, takda apa yg buat mak fikir kat kau. Semua ok je kalau kau takda. Tapi bila ada kat rumah, menyusahkan mak je!” Pernah juga mak cakap, kalau aku ni anak angkat, dah lama mak buang. Takda kepentingan pun nak jaga anak mcm aku ni. Perkataan ‘benci’ dari mulut mak, aku dah hadam dah. Apa salah aku? Apa yg aku dah buat? Aku bukanlah budak jahat yg selalu bersosial sampai tak igt dunia. Aku tak pernah kurang ajar dgn org yg lebih tua Cuma sekali tu je aku melawan sbb aku betul betul fed up dgn gaya mak. Selama ni aku ikutkan je apa yg dorang suruh. Dulu aku sanggup sekolah jauh-jauh sebab nak capai cita-cita aku tapi last-last dorang yg tentukan. Suruh aku jadi cikgu. Ok, aku ikut. Aku dapat kos pendidikan sekarang dan in syaa Allah bakal jadi cikgu. Walaupun aku tak pernah berniat atau bercita-cita pun nak jadi cikgu selama ni. Aku terpaksa lupakan cita-cita aku demi mak. And kalau duit biasiswa aku masuk, aku akan pastikan bagi mak walaupun cuma RM100. Asal ada. Sebab aku pun student, lagi banyak perlukan duit dan aku jarang minta duit dekat parent.

Kalau nak diceritakan lagi, memang banyak benda yg mak buat, cakap kat aku yg sangat-sangat menyakitkan hati aku. Aku tak pernah cerita kat sesapa. Cuma aku dan Tuhan ja yang tahu. Sekarang ni aku terfikir, apa yg patut aku buat lepas aku grad nanti. Ada lagi 2 tahun masa aku utk study tapi aku risau kalau lepas study nanti, aku kena stay rumah dan dengar mak marah dan pukul aku. Bayangkanlah sakit hati aku sampai aku rasa dah taknak hadap family aku. Aku nak ada kehidupan sendiri. Aku tak nak dah hidup mcm ni. Aku stress.

– Nora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit