Hai assalamualaikum. Aku harap kali ni admin approve confession aku. Aku bukan nak cerita pasal hal cinta atau jodoh dan sebagainya. Tapi aku nak cerita pasal hal keluarga. First, aku bukan berniat nak membuka aib keluarga aku atau aib aku sendiri. Tapi aku nak share pasal cerita hidup aku yg tak seberapa nak bahagia macam orang lain. Aku just nak meluah sebenarnya.
Cerita dia pasal mak dan kakak aku. Mak aku seorang yg kuat marah, panas baran, selalu migraine plus ada darah tinggi. Tapi yg part kuat marah dan panas baran tu cuma aku yg selalu kena. Lebih-lebih lagi masa aku ada kat rumah. Mak memang selalu marah kat aku. Kakak aku pula seorang yg sangat sangat tersaaangatlah pemalas. Pemalas yg macam mana? Dia cuma basuh pakaian kotor dia yg bertimbun kat bilik tu dalam dua minggu sekali. Kalau tak tahan dgn bau baju dia tu, mak atau aku yg basuhkan pakaian dia. Pastu tiap hari dia akan bangun dalam pukul 10-12 tengahari. Ye, dia memang tak kerja. Penganggur sepenuh masa. Belajar tahap diploma je tu pun dah nak mampos aku tengok dia struggle bila dah nak dekat exam. Dia malas belajar sebab dia fikir nak kahwin je. Dia jumpa tunang dia masa dia ambik diploma. Dah gatal sangat sampai ayah pujuk suruh dia sambung belajar tapi dia tak nak. Last-last sampai sekarang tak kahwin-kahwin sebab masih belum stabil. Padan muka, tunang je lah sampai tua. Tak payah kerja cari duit untuk kahwin. Masak kengkadang je. Bila dia lapar dia masak. Tapi bila dia kenyang, dia tak keluar bilik pun. Dia ikut rasa perut dia je. Tak fikir pun orang lain lapar ke apa ke kat rumah ni. Kemas rumah? Setahun sekali je beb. Tu pun aku rasa dunia ni dah terbalik ke apa ni bila dia tetiba buat kerja. Pastu hari tu je dia buat esok-esok dia jadi pemalas balik. Pastu kalau dia buat kerja satu, dia boleh-boleh ada hati nak membebel kat aku kata aku pulak yg pemalas?! WTF. Kekadang aku rasa nak tepok je dia sebab acah-acah konon dia yg selalu buat kerja kat rumah padahal tak sedar diri dia jadi parasite selama ni kat rumah. Pui!
Balik ke cerita mak aku. Mak aku ni aku tak faham dengan perangai dia. Aku ni bukan spesies pemalas. Dari kecik aku buat kerja rumah ni tolong mak. Aku bangun je aku menyapu, mop lantai, cuci pinggan mangkuk, bersihkan dapur, kemas rumah pendek cite aku yg buat semua. Sarapan lepas aku selesai buat semua. Bayangkanlah, dah nak dekat tengahari baru aku isi perut. Kakak aku tak buat apa pon. Dah la bangun tengahari. Harem tol perangai.
Aku ingat lepas aku habis SPM dulu, mak selalu marah aku. Sampai aku rasa aku didera oleh mak sendiri. Korang bayangkanlah, aku buat kerja rumah tolong mak, tapi bila aku start goyang kaki, tengok tv ke apa tetiba mak boleh tengking aku cakap aku pemalas. Padahal aku dah settle dah buat kerja rumah tu. Kakak pula masih pengsan kat bilik tak sedar diri sebab dia tidur 24/7 tiap hari. Tapi mak tak bising pun. Kekadang tu aku mengaku juga la aku tak buat kerja. Sebab aku rasa tak adil, bila kakak bangun lewat tapi mak langsung tak bising kat dia tapi bila aku tengok tv dan lambat buat kerja rumah tu mak boleh bising kat aku sampai aku rasa satu taman perumahan ni boleh tahu masalah keluarga kitorang sebab mak teriak kat aku. Pastu yg tak boleh blahnya tu bila mak marah, dia akan migraine pastu dia mengadu kat adik-beradik dia yakni pakcik makcik aku. Dorang pesanlah jangan terlampau buat kerja kat rumah tu, bawa-bawa berehat. Suruh je anak-anak tolong buat kerja. Sampai aku ingat masa raya hari tu, makcik aku tengok aku semacam. Pastu masa kitorang dah nak balik rumah, makcik aku sempat pesan, “kau jangan malas kat rumah. Tolong sikit mak kau tu, dia selalu sakit”. Dalam hati aku, hello makcik aku kalau balik rumah aku tolong mak ok. Sepanjang bulan ramadhan pun aku yg tolong mak masak walaupun aku baru balik dari hostel. Kakak tu layan perasaan dia duk kat bilik tunggu masa nak buka puasa je. Tolong apa pun tak! Tapi kalau balik kampung dia yang dibangga-bangga, disayang-sayang padahal sumbang apa pun tak dalam keluarga. Bengang pula aku kalau ingat perangai dia nih!
Ok balik cerita mak aku, dalam adik-beradik kitorang, aku je selalu jadi mangsa teriakan dan tengkingan mak. Mak ni dia takda istilah tegur-menegur. Dia kalau marah terus direct hentam aku. Dia marah plus menjerit kalau dia dah geram kat aku. Tapi seriously apa masalah mak ae? Kenapa dia tak marah atau tengking kat adik-beradik lain? Tapi kenapa aku? Padahal kalau nak ukur tahap kerajinan tolong dia kat rumah, aku ranking paling atas sekali. Kalau bab melawan mak pula, aku tak pernah serious tak pernah lawan mak. Kecuali satu masa tu, aku kena pukul oleh mak bayangkan sampai berdesing telinga aku bila mak tampar. Aku dah 22 tahun kot. Kena pukul macam tu. Apa tak aku melawan. Kalau aku duk diam macam selalu aku rasa aku kena pukul lagi teruk dari tu. Aku cakap kat mak, kenapa mak benci aku? Kenapa mak pilih kasih? Kenapa mak layan aku teruk tapi kalau adik beradik lain mak boleh sayang-sayang padahal dorang lagi perangai teruk. Mak apa lagi, tambah menyirap dia tengking aku balik. Kekadang tu sampai menangis-nangis marah aku sebab dia sakit hati. Tapi masalahnya, APA SALAH AKU? Aku tak faham dengan mak. Mak kata aku kalau kena marah aku melawan. Masalahnya AKU TAK PERNAH MELAWAN. Sekali tu je aku melawan. Kakak dengan abg lagi teruk sampai keluar rumah tak balik-balik lepas kena marah. Aku tak pernah pun buat macam tu. Aku rasa mak kalau marah dengan adik beradik lain dia akan lepaskan kat aku sebab dia tahu aku tak kan berani nak buat hal lebih-lebih.
Dulu, kakak pernah lari dari rumah tak balik-balik. Aku tahu dia pergi mana pastu mak pujuk dia suruh balik sampai mak dan ayah dah tak keruan aku tengok. Aku suruh kakak aku balik sebab aku kesian kat mak. Kalau ikut aku, tak payah la kau balik lagi menyusahkan family je. Tapi lepas dua hari tu dia pun balik. Mak punya senang hati sampai dia masakkan kakak makanan kegemaran dia. Time tu aku rasa apaaa ni? Dia buat hal boleh pula mak manjakan lagi pompuan tu bagi dia makan sedap-sedap. Lepas dari tu, apapun yg kakak buat mak tak pernah tegur atau marah pun. Dia biarkan je. Tapi aku? Pijak semut pun dihukum umpama aku telah membunuh ahli keluarga sendiri sambil merompak 2.6b kat bank mak (umpamanya macam ni lah). Gila tak rasa tersisih aku ni. Rasa macam anak pungut pun ada. Nasib lah aku ni ada otak, ada akal, tak buat benda-benda merapu macam tu. Kalau tak, dah lama aku bunuh diri sebab mak layan aku macam sampah.
Aku ingat lagi masa form 6 dua tahun lepas. Masa tu batch kitorang adalah batch pertama yang pakai sistem semester ni. Masa tu belajar dah cukup dah buat aku stress sampai aku rasa macam nak terjun bangunan je masa tu. Tambah-tambah pula mak aku yg selalu bebel kat aku. Kalau malam aku tak masak, startlah dia ungkit semua kesalahan aku. Bayangkan malam-malam aku kena marah weyhh. Padahal aku hadap laptop sebab buat esaimen dan homework yang bertimbun. Yes, sape kata STPM tak susah? Aku rasa, aku belajar degree ni lagi senang kot berbanding masa STPM dulu. Lagi-lagi aku tinggal kat rumah, selalu lah aku dengar mak membebel kat aku. Sampai mencarut pun ada gak. Sebab tu lah aku rasa sekarang ni aku hati batu. Sebabnya kalau mak marah aku sampai keluar ayat makian dia, aku dah buat don’t know je. Aku buat biasa sebab mmg dah biasa dengar mak cakap mcm tu kan. Pernah sekali tu mak marah aku depan sepupu-sepupu aku sampai dorang tak layan aku sebab anggap aku ni anak derhaka sebab selalu buat mak aku marah padahal dorang tak tahu pun cerita sebenarnya macam mana. Mak tak pernah peduli kalau aku tengah study ke buat esaimen ke kalau dia nak aku buat kerja tu dia suruh je. Dia tak pernah tanya pun pencapaian aku kat sekolah macam mana. Aku ok ke tak. Stress ke tak. Tak pernah dia ambik peduli. Tak pernah! Apa yg dia tau, pagi aku g sekolah, petang dan malam tu aku kena tolong dia buat kerja. Kakak? Tak payah tanya. Aku balik sekolah baru dia bangun kot! Bangang betol.
Kalau korang fikir aku ni teruk, aku lagilah rasa teruk sebab aku tak pernah melawan, aku tak pernah nak kurang ajar dengan mak atau ayah atau abang. Kakak pernah la sebab memang patut pun aku tak hormat dia sebab dia langsung tak menunjukkan sikap yg patut dihormat oleh adik dia. Aku rasa teruk sebab aku tak dapat nak defend diri aku sendiri. Aku tak dapat nak sedarkan mak, betapa aku rasa terpinggir dan sakit hati bila mak buat aku macam ni. Mak tak pernah nak ambik tahu apa masalah aku. Tak pernah nak dengar dari persepsi aku. Yang dia tau cuma sakit dia dan sikap aku yang ‘jahat’. Aku cuma nak mak dengan kakak sedar, suatu hari nanti kalau aku berjaya, dorang akan cari aku juga. Minta tolong dengan anak dan adik yang ‘tak guna’ macam aku ni juga. In syaa Allah kos aku ambik sekarang ni menjamin pekerjaan masa akan datang. Jadi aku cuma perlu usaha lebih untuk dapat pencapaian terbaik di Universiti. Sekarang ni aku tengah study dalam peringkat degree. Dah dua tahun aku stay asrama. Ada lagi dua tahun aku kat U. Tapi aku dah start fikir apa yg aku patut buat lepas grad nanti sementara tunggu kena posting. Sebab aku tak nak dah tinggal kat rumah ni. Azab dia masih lagi terasa. Perangai mak yg selalu marah, bebel dan tengking aku ni masih lagi menjadi-jadi. Aku tak tahan bila aku kena layan macam ni. Tak da rasa special pun bila cuti sem ni. Aku rasa best lagi stay kat hostel, study. Lagi tenang fikiran aku.
So kepada makcik pakcik kat luar sana, janganlah selalu marah, teriak atau tengking kat anak-anak anda apatah lagi memaki. Kan kata-kata anda itu satu doa? Kalaupun anak-anak anda buat masalah, cuba tanya baik-baik dan bawa berbincang. Jangan terlampau ikut perasaan. Kids nowadays tak sama dengan zaman pakcik makcik. Apa pun dorang boleh buat tanpa pengetahuan pakcik makcik. Benda jahat semua hujung jari je nak buat ke tak. Kalau dah terlampau stress dorang dah tak guna otak dah. Dorang akan ikut hati.
Kepada mak, bersyukur lah dapat anak macam adik. Doakan je adik berjaya. In syaa Allah adik akan jaga mak sampai mak tua. Satu je harapan adik, tolonglah ubah perangai mak yang selalu marah dan tengking adik. Layanlah kitorang adik-beradik dengan adil. Jangan sisihkan adik. Terima kasih.
– Cik F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit