mak rock

Assalamualaikum.
Meh sini semua duduk bagi selesa dan silalah baca cerita sis. Sejak kecil, sis takut sikit dengan mak. Aura mak selalu buat sis hormat mak sehormat-hormatnya plus perasaan takut. Disebabkan darah campuran yang mengalir dalam dirinya, keluarga sebelah mak agak berbeza budaya dan cara hidup daripada orang melayu. Mak tak pandai nak bercakap dengan bahasa yang elok, tak pandai bercakap dengan nada yang rendah. Memang sudah sebati dalam dirinya untuk bercakap kuat. Mulanya, sis agak sukar memahami karakter mak, kerana bahasa kasar mak sangat sukar untuk sis telan. Nak dijadikan cerita, sis ni turun ayah. Bagi sis, perkataan ‘kurang ajar’ tu dah cukup kesat. Lain dengan mak dan kakak, segala binatang dalam hutan, darat dan air disebut kalau angin tak elok. Jadi, sis mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul faham karakter mak dan kakak sis. Of course, sis selalu terasa, selalu menangis, selalu melawan sebab sis tak faham dan tak boleh hadam perkataan2 yang keluar daripada mulut mereka. Pernah suatu hari, sis tak angkat call mak, tak perasan sebab ada dalam beg. Bising pulak, memang tk dengar. Tengok-tengok mak hantar mesej ‘ Hang buat apa tak angkat telefon. Aku terajang hang balik satgi’. Terkejut sis membacanya. Mak aku ke ni? Angin dan2 tak elok. Tapi sebab mak, sis sabar. Cepat2 sis call balik, sekali lagi segala benda dalam hutan disebutnya.
Kecik-kecik dulu, sis pernah kena cabai mulut sebab melawan cakap mak. Tu tak kira lagi kena ligan dengan galah sebab balik rumah time maghrib. Dapat pulak tu, laju jugak mak sis lari. Mak sis pernah melompat atas sis sebab melawan, terkejut beruk jugak sis masa tu. Diam teruih tak kata apa. Lidah sis pernah terbelah sebab mak ligan kakak sis dengan penyapu, sis terkejut, ikut lari masuk bilik air, jatuh tersembam atas simen tu. Mak sis memang rock la. Berani buat main, memang sakit.
Tapi sebenarnya, sis bertuah daripada kakak. Kakak sis dah macam Cinderella moden. Dari kecik dah disuruh buat kerja2 orang besar. Darjah 6 dah pandai semua. Alasannya, sebab dia anak sulung. Tapi kakak sis ni lembut orangnya walaupun bahasanya agak kasar, dia ikut je. Sis je yang banyak melawan.
Dan disebabkan sis susah nak faham cara mereka, tambah pulak sis sekolah berasrama, memang sis jarang meluangkan masa dengan mak. Bercakap tu bercakap, tapi jarang sis nak share apa-apa.
Bila habis spm, bermulalah masa sis kat rumah. Sis ni kemas rumah no satu tapi bab masak jem. Bukan tak reti, malas nak belajar. Dan disebabkan sis tak pandai masak, selalu gila sis kena bebel. Mula-mula sis melawan jugak. Tapi lama-lama sis start fikir dulu sebelum bercakap. Sebab pelan2 sis dah boleh nampak siapa mak sebenarnya. Bila result spm keluar, Alhamdulillah sis dapat keputusan yang agak cemerlang. Tapi tawaran u, sis dapat apa yang sis taknak. Terfikir jugak, kenapa rezeki aku berat?
Sis fikir, kenapa kakak sis rezeki dia murah? Kenapa rezeki sis macam berat sikit? Apa dosa yang sis buat yang buat rezeki sis susah? Jujur, sis boleh survive sebab usaha sis semata-mata. Kalau tiba-tiba, sis tak pernah bertuah. Sis cuba tengok kehidupan kakak sis. Memang dia sosial banyak daripada sis, memang dia mulut tak jaga, pakaian pon boleh gagah ja, solat kadang-kadang tak terjaga. Tapi dia tak pernah tolak permintaan mak, sentiasa dahulukan mak daripada benda atau orang lain. Dia senang terima teguran. Senang tolong orang. Dia akan cuba sedaya upaya untuk tolong orang. Tak pernah sekali pun dia cakap ‘tak’ kat mak.
Tapi sis, walaupun secara luarannya sis nampak lebih baik dari segala segi, dalamannya, sis tewas. Sis kalah. Sis masih tak mampu sampai level kakak sis. Sejak ni, sis mula rapat dengan kakak. Masing-masing dah besar, dah tak ada nak gaduh-gaduh macam dulu-dulu. Pelan2 sis nasihat dia, ajak dia solat, mengaji sekali. Sis nak dekat dengan kakak, sis nak belajar daripada dia, dan dalam masa yang sama sis nak ajar dia. Alhamdulillah kakak sis sangat senang menerima ajaran. Settle dengan kakak. Mak pulak.
Tiba-tiba, nenek sis kena serangan strok. Kakak sis tengah busy dengan fyp dia, sis la yang tinggal untuk tolong mak jaga nenek. Masa ni, sis kena pilih, nak masuk u ke nak tolong mak jaga nenek. Setelah berfikir habis-habisan, sis memilih untuk tolong mak jaga nenek, sis tolak tawaran u dan ambil STPM. Banyak yang membangkang, tapi sis buat bodo ja. Jawab tak minat dengan kos tu, habis cerita.
Mak sis ada penyakit slip disc, kalau betul la eja macam tu. So memang susah kalau mak je yang uruskan nenek. Ni saat yang paling mencabar bagi sis, dengan nak study lagi, dengan nak penuhi keperluan nenek lagi. Sangat-sangat meletihkan. Selang 2-3 minit, tok minta tolong angkat dia. Selang sekejap, nenek panggil, sepanjang masa perlu berteman. Nenek tidur pukul 2-3 pagi, memang sis tak ada masa lansung nak study. Sis tak cakap banyak, sis turutkan saja. Cuba letak diri sis di tempat tok. Lagipun sis yang pilih nak tolong mak. Padahal hakikatnya, sis memang tak kuat, kat kelas sis asyik tidur, kerja sekolah selalu tertangguh. Mak sis macam faham je, mak cakap “ Hang tolong tok, allah tolong hang nanti, inshallah “. Masa mak sis cakap tu, sis memang nak nangis tapi tahan ja. Bayangkan sis tengah down sangat2 masa tu, tiba-tiba mak datang bagi semangat. First time sis rasa mak cakap lembut walaupun macam rock jugak. Sis kuat semangat nak teruskan.
Sepanjang dok rumah ni, sis perasan satu benda. Mak sis ni, dia suka termenung. Tengah-tengah malam dia suka termenung. Suatu hari sis bangun, nak ke tandas tiba-tiba nampak mak kat dapur. Sis menyorok sebalik dinding tu, sis nampak mak menangis. Sis tahu, mak lagi tidak kuat. Dengan badan tak sihat, nenek pulak sakit. Tak ada harapan nak hidup lama, sis cuba faham perasaan mak.Sis tunggu dalam bilik, tunggu sampai mak bangun daripada kerusi. Sis dengar mak bangun mengaji, sis dengar mak berdoa. Allah, sebak rasa hati. Boleh kata, 90% doanya hanya buat anak-anak. Sumpah masa tu, airmata jatuh tak berhenti. Kenapa selama ni sis tak pernah sedar? Sekasar-kasar bahasa mak, mak tak pernah maksudkannya. Dan memang personalitinya macam tu.
Sejak tu, sis mula rapatkan diri dengan mak, Share masalah dengan mak, Spend time dengan mak. Ambik hati mak, sis buat selagi boleh. Bahasa mak still kasar, tapi sis tak ambil hati. Kalau kena maki sis gelak ja, buat renyih2 sikit elok la tu. Kadang-kadang dapat lagi mesej tu, sebab sis memang letak handphone merata. Dah makin pandai mesej mak sis, dia asyik nak warning ja. “ Hang jangan lupa beli apa aku suruh, nak bagi laki aku makan tu”. Panjang sikit mesej sekarang. Alhamdulillah mak pun dah settle nampaknya.
Tok pulak, sis sempat jaga tok sampai exam sem 1. Masa tu sis memang gelabah bewak sebab sis tak sempat nak study. Sis baca yang mana sis sempat ja. Malam sebelum exam, tok panggil. “ Tok mintak maaf susahkan hang, tok tak mintak jadi macam ni. Hang jawab periksa elok-elok noh “, Ha meleleh lagi sis. Mata tok tu macam dia betul-betul rasa bersalah. Sis tak pernah rasa jaga tok satu beban, Cuma sibuk sikit la. Dan-dan sis peluk tok. Ha tok pon macam mak, bahasa memang hebat. Lagi sakan kot. Dengan riak mukanya, kalah ibu mertuaku punya riak muka. Tapi tok sis ni baik orangnya, bahasa ja rock lebih. Kalau yang jenis cepat terasa, memang tak boleh hidup dalam family sis ni.
Ha, Part ni sis macam nak sujud dalam dewan exam. Bayangkan, semua topic yang sis sempat baca, semua masuk. Bukan satu k, semua. Tulis lancer je, masa ni baru rasa mungkin betul mak cakap. Hang tolong tok, allah tolong hang. Alhamdulillah result sis okay. Tapi tak sempat result keluar, nenek sis meninggal. Al-fatihah.
And now, sis sangat2 bersyukur mak besarkan kami macam ni. Walaupun mungkin cara mak agak kasar, dengan bahasanya, tapi sebab tu la kami adik beradik behave. Sebab tu la kami adik beradik, satu family rapat. Anak 3-4 macam anak 10 orang punya bising rumah. Tapi sis terkilan sikit, sebab sis lambat nak sedar kenyataan ni. Sis selalu ingat mak tak sayang sis, sebab tu cakap kasar dengan sis, padahal sis ni yang nakal dulu. Pokok mana sis tak panjat, hutan mana sis tak masuk, semua redah dah. Sebab tu mak selalu membebel kat sis. So semua, sayanglah mak anda masing walau macam mana pun. Tunjuk kita sayang, mak pun nak rasa sweet2 jugak.

– qwertyuiop

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *