Makan banyak, kurus… Bela saka ke ?

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve.

Aku perempuan yang dilahirkan dengan high metabolisme rate which means aku makan banyak mana pun aku berat aku tak naik. BMI aku tak pernah cecah normal pun sebab aku memang underweight. Berat 41kg dan tinggi 169cm. Haha. Dan sebenarnya aku tak kisah pun pasal benda ni cuma orang sekeliling aku yang duk sibuk sampai aku rasa stress gila.

Sebab tu orang kata, mind your words. Macamana orang gemuk tak suka kena kutuk, orang kurus macam aku ni pun tak suka jugak. Tak payah lah sampai tiap kali jumpa nak kena ukur pergelangan tangan aku nak compare ngan pergelangan tangan korang. Memang jauh beza lah cerita dia. Bengap biar bertempat. Haaa kan dah emosi ni. Aku tak boleh terima jugak bila orang suruh aku makan banyak sikit. Pastu bila tengok aku makan banyak cakap aku bela saka. Kepala hotak kamuuuu. Hahaha. Dah aku memang makan banyak cuma berat aku memang takleh naik. Kau nak aku buat apa syaitooonnn?! Hahahaha. Aku tak pernah kisah pun sebenarnya sebab aku bukan dilahirkan untuk puaskan hati semua orang.

Tapi jauh di sudut hati, sedih kot. Bila orang duk cakap pasal aku kurus lah apa lah masa tu aku mampu diam je lah. Kalau ada pilihan weh, aku tak pilih untuk jadi macamni. Bukan tak usaha amik supplement bagai tapi tak jalan jugak. Aku aktif bersukan jugak sebab aku selalu main squasy and netball. Usaha macam2 sampai at the end of the day, aku redha dengan semua benda. Pernah jugak nangis bila orang duk kata kurus sangat and orang duk tanya berat berapa lepas tu kata tak makan ke. Aduh tiba2 rasa nak nangis pulak.

Pesanan aku untuk korang yang ada badan cantik sangat tu, tak payah lah duk hina orang yang gemuk dan orang yang kurus sangat ni. Cukuplah korang bersyukur dengan apa yang korang ada, kitorang bersyukur dengan apa yang kitorang ada. Setiap orang ada cerita dia masing2. So, tak payah judge lebih2. Lagipun, dalam dunia ni takde manusia yang sempurna. Kan ?

– Orang Lidi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

102 Comments

  1. bertabah la sis… kite senasib. mkn byk mne pom bdn maintain.. cumenyer lepas lahirkan baby no dua bdn naek sikit tu pom mcm same jer… hehe.. ape2 pom.. syukurrr alhamdulillah..

  2. Saya dulu kurus juga sis. Sukan kuat. Makan banyak. Tp tak gemuk. Bila nenek nak bagi cincin dia masa zaman dia muda dulu asyik tak muat. Means longgar. Bising dia. Sebab saya cucu perempuan sulung. Suka nau dia nak hiaskan saya. Tp tu dulu lah. Sekarang dah kahwin. Anak dua. Berat badan dah naik. Sis nak naik berat badan boleh lah beranak pinak. Hihihi. Just joke.

  3. Adik…akk pn mcm awak jgk…nanti umo awk dh start 25 above.. metabolisme dh makin rendah…insha Allah berat awk naik .tp masih lah xnaik byk mcm org lain…klo kwn2 lama jmpa awk time 2,mesti dorg kata…weh apasal ko dari dulu kurus je…aku dh mcm di pam2…haha..xpyh stress2 sbb Allah xnilai kita pd paras rupa pn….Allah melihat hati kita…no worries….adk kt uia bawa amanah parent utk bljr sungguh2….mg Allah mudahkan…slmt bedribadah dlm fasa akhir ramadhan….mg Allah mberi kebahagian n kejayaan pd awk…amiin

  4. I feel u. APA je org x panggil,semua ada. cicak kubing/papan/lidi/tak melayang ke ditiup angin/sekeping/Bini poppeye. dah tu nak buat came mmg mkn byk tp x naik pun Berat. ada own prnh kata mesti xde laki nak kawin kau SBB kurus sgt (Allah maha adil,aku dah kawin sejak umur 23 alhandulillah)

  5. Same goes to me . Bertabahlah sisthurr.. Sy punya berat 37kg tinggi 156cm pd usia sy 21 tahun .. Dah lali dahh hadap org yg suka komen “kauu takmakan ke , kurus melidi je kauu ya” .. Dia taktahu gaya pemakanan kita kalah org kebulur takmakan bertahun. Last2 sy dah fed up sgt , better diam , teruskan hidup dan jadi diri sndiri ..

    Kita badan kurus , orang mengata .
    Badan gemuk juga , orang mengata .
    Susah nk puaskan hati orang sebenarnya.

    Bersyukur dgn apa yg ada .
    Sbb , ramai lagi org luar kat sana nk jadi kurus .
    Pendapat saya , lebih sukar naikkan berat badan berbanding dgn turunkan berat badan sbnrnyaa. Jangan sedih okayy ! Be yourself ! Asalkan kita sihat walafiat.. itu sudah cukup :)

    • Sy obes. Derma sikit metabolism kat sy la kalau gitu haha (i wish it is that simple) penat tahan mkn n exercise turunnye sikiiit sikiiit je. takpe sis, bdn ringan lincah beribadah. Rupa awk cantik bonus tu, japgi bdn membesar sikit fuhh letopss! ?

    • hahaaha ada ada sahaja awak ini . yup.. satu bonus jugaa bila badan kurus kering semua benda boleh buat dgn mudah . Alhamdulillah ! :) .. Kalau nk turun berat , jgn jaga makan . Cuma , makan jaga . Boleh cuba diet atkins . Gantikan nasi dgn makanan2 yg lain . Lebihkan buah-buahan , kekacang almond terutamanya dan minum air masak kurang2 8 gelas sehari . InshaAllah badan akan lebih sihat selepas itu . Good luck sisthurrrr ! :D

    • Dah buat dah semua n dan dlm proses la ni. So far ada improvement la. Tp kdg2 rasa penat gak. Rindu nak mkn sedap2 takyah tahan2. Kdg2 la. Hehe thank you sis! Jgn sedih2 ye, kurus awk kurus cantik. ??

    • Hehee utk dapatkan hasil yg terbaik kena susah dulu okay . Sy ni haa yg susah2 nak badan besar sikit . Hahaha good luck sajalah utk kita berdua ! miahahaa :p

    • Btl sgt… dulu mase bujang org dok kata sy makan hati kurus kering x gemok2.. sekarang dah anak dua.. bdn maintain…. yg dok mengata tu bagai di pam2 walau anak srg ????

  6. Hehee..mcm laki sy..halus mulus je bdn..sy plak bambam mcm hot air belon..hahaha..mmg mcm lidi dgn kayu balak..abaikan je la mulut2 org tu..kalu nk dgr kata org je..blh hancur hati makcik ni..hahahaha…

  7. penah skali ttbe kawan muncul dpn pgr rumah ckp “kurusnya ko” ttbe mlm tu dia update status suami dia xsuke org keding so dia bsyukur dia mcm tu… krik krik je bace kang suami dia suke kt si keding ni dia pulak nangis tgolek2.. -,-“

    • Kita geng…sekian lama nk berat bdn cm skrg haha rasa klakar..sbb kurus dr sekolah lg..smpai u..dh keja pun sama..end up lepas kawen alhmdulillah naik..dlu salu berangan nk bdn cm skrg..smpai beratus ringgit beli supplement weight gain..skrg sume baju lama ketat

  8. Okay kita geng.. sy dari kecik until now tak penah naik even lepas bersalin. Time preggy pun berat tak cecah 50kg pun walaupun dah 9 bln. Bila bf baby lagi la banyak mengunung makan.. still tak naik naik juga. Tak kesah pun sebab senang nak cari size baju.

  9. Dulu i underweight. Org bagi gelaran macam2. Papan lapis. Skeleton. Keding. Rangka. Cengkung. Angin terbang.

    Skrg overweight, biasala dah beranak 2. Berat turun naik. Ada jugak orang komen2. Tp i terus sound sedas lagi2 kalau yg cakap2 tu budak bujang. Eh aku masa bujang umur2 kau dulu, kurus gila. Ni kau baru umur xx pun dah mcm ni. Esok mesti ko lagi gemuk dari aku.
    Dan semenjak itu mereka pun diam..

  10. Saya pn sejak azali mmg dh kurus. 164cm, 45kg. Ank 4. Ingatkn lps kawen & bersalin, bdn leh naik. Tp ttp camtu jgk. Kuat mkn..tetmbh lg menyusu baby. Saya dh x kisah apa org ckp. Slalu kwn2 timbang berat..naik sket dh risau. Pastu saya pn sj timbang jgk. Saya ckp saya nk timbang ringan..bukan timbang berat. Dorg plak naik tension. Kita leh mkn mcm2. Dorg plak asyik diet..ctrl mkn.

  11. Manusia memang suka mengata. Tanpa melihat diri sendiri dulu. Sy fhm situasi ni. Sebab selalu kena jugak. Haha mula2 memang trasa juga tapi biar je la kat org. Jeles la tu dorng tak kurus2

  12. Aku dulu kurus sbb aktif gile sukan bak kat time tu metabolism tinggi..mostly orang metabolism tinggi ni kuat sukan…so after 2tahun kemudian aku busy dlm alam uni. Aku dah jarang bersukan. Just bayangkan dulu 60kg skrg 76-78kg

  13. Sama mcm situasi aku, tp berbeza sket.

    Berat aku naik turun gak, tp orang tak perasan sbb genetik aku memang lemak tak naik ke pipi dan pergelangan tangan, tu yang tgn aku kecik, muka aku cengkung. Dan mereka semua mungkin rabun, dan apparently aku pun bela saka sejak kecik dan aku tak normal

  14. Gemok ke kurus sama je sbb org lain xkn pernh puas hati tgk kita….buat bodoh xyah kesah… mcm sy, anak dah sorang…. sblom kawen berat 33kg…. dah kawen still dlm 34/35kg….. dah 9bulan pregnant 43kg, baby dah lahir n now back to normal 35kg….. so xde masalah asal happy n bahagia… umo dh 24 org piker still sekolah menengah… pegi sekolah ngajar pun parents mcm xcaya kita ni cikgu ajar anak diorang…. kurus ke gemok masing2 ada bestnya.. part xbest kena hina….

  15. Aku pun high metabolism rate. Lepastu bila ada orang cakap aku ‘bela’, aku cepat2 buat macam gelabah sambil suruh dia senyap. “Shhh, jangan komen, nanti dia dengar. Dia tak suka”

    Lepas aku buat tu, takde sape dah berani komen aku kurus

  16. Dulu aku kurus..dulu la..satu masa dulu..skrg tidak lagi.rahsianya adalah..terlebih gembira.harap confessor bertabah..kurus takpe janji xde penyakit.so as org yg gemuk.

  17. Sama LA kita dik.. Akk dulu kene gelar cicak kobeng, papan, mcm2 LA. Sedih woo.. Hilang self esteem weh.. Tapi xpe. Ko kawin, dah ada ank, badan naik LA. Mcm akk ni ha. Alhmdulilah. Ank 3 Baru berat lebih skit Dari 50.. Jadi lah. Sabo jelah.

  18. Sy pulak penah kurus ms sy student dlu… tp ms tu xbf sy ckap tk elok kurus sbb mcm org sakit.. ye la, ms tu sy stress studi kot… tp lps masuk keje bdn sy bagai dipam2… skrg nie bila dh masuk angka 30an nie… susah betoi nk dptkan balik berat yg dlm BMI normal. Kiranya bersyukur la ngan apa yg adik alami skrg. Mulut org nie memg tkleh nk tutup. Kurus sgt pun mengata, gemuk lagi la teruk kena kutuk.. yg penting kita sihat n hepi dan buat hal kita je

  19. chillex je sis diorang kutuk ketawa jelah jgn ambil hati, saya sebiji mcm sis tp berat 38 tp sjk ambik ubat gemok naik 45 hoho tp kurus juga…chilex ye

  20. Betul tu. Dulu sy pun kurus.. berat 40 je..mcm2 kawan2 kutuk. alhamdulillah sekarang berat dh 50 . emm Masalahnye yg kutuk tu aku tgk body dia bukannye cantik sgt pun. yg gemok pun ada jugak kutuk. (diorang brgurau tapi bg aku gurauan diorang tu ibarat kutuk aku). Family aku je yg bg semangat.. family aku ckp “x payah lah nk gemuk. mcm ni dh ok dah. nati kawin gemuk la”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *