Assalam.. harap sagt admin approve post ni…ni bukan penulisan saya
ni penulisan ustaz zakuan aka ibnu batoota~
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya? Sudah hilang kekuatan hati? Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah,
mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja,
tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram),
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta,
tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah,
lelaki soleh untuk perempuan solehah, cinta itu fitrah,
carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain…
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik…
Ngurat sikit, dah sangkut….
Ajak couple sikit, terus setuju…
Lepas tu, putus cinta,meleleh2…
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia…
Exam failed, kata taknak hidup lagi…
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu.
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram…
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam
dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.
Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka?
Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH!
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan
jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam
perempuan tiada harga!
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (aukamaqaal),
Jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna.
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?
note :semua ada telinga dan mata kan semua?
.
ulasan sikit dari saya:
saya pernah jumpa quote yg brbunyi(dr.harlina yang tulis tak silap saya)
"jangan kahwini seseorang lelaki itu,melainkan awak rasa bangga kalau awak ada anak macam dia"
sememangnya janji Dia tu benar:
'wanita yg baik untuk lelaki yg baik.' Allah sebut kita *perempuan* dulu kerana;
"Generasi / Anak yang baik terdidik daripada wanita yang cerdik;dalam memilih suami terbaik;sebagai pendidik "
apapun,mendapat pasangan yg tak baik bukan lah kerana kita tak baik/tak cerdik…semak sirah Nabi balik…kenapa isteri Nabi Nuh tetap ingkar,walau menjadi isteri kepada seorang Nabi?Mengapa Firaun menjadi suami Asiah;si wanita jaminan syurga?
Walau macam2 nasihat kita dah baca dan hadam,tapi kalau kita tak nak buat dan berubah;tulisan tetap menjadi tulisan ; bukan menjadi 'penggerak amalan'
begitu juga dengan Al-Quran…berapa ramai yang hafaz,tapi dapat buat dalam bentuk amalan?
berapa ramai yg tahu teori,tapi praktikalnya?
tepuk dada,tanya iman
~muhasabah untuk 'umat akhir zaman'
– miss single available
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kang nnti ada yg counter-post, ‘DON’T LISTEN TO THEM’… haha xD
Butt-hurt dgn post tu ke bro?
Haha, not really, saya just rse kelakar dgn counter-post tu…
Butthurt la tu namanye. Kelakar konon
Haha, its up to you… :D
Haha last2 miss single available ,, lawak la
ahaha yup. tak kena ?
Iklan berbayar kot tuh ?
Sempat advertise!! Motif?
Ya go find someone get married la please.
ha ah. last last dia pulak iklan single and available.
Nasihat yang berguna.. tapi kalo tuju ke perempuan2 yg couple, tak tutup aurat dan sebagainya, mostly susah nak dengar advice macam ni. Sebab apa? Berbunyi kasar….dan sebab itu lagi ramai yang menjauh oleh kerana nasihat yang berbaur sinis #justmy2cents
Agreed with you. Pelik sekarang ni kenapa nak tarbiyah sentap bagai.. Nasihat yg berhikmah dan berhemah..itu lebih banyak manfaatnya
Berlemah lembut itu cara nabi. Ikutlah cara nabi, pasti ada kejayaan. hidayahNya itu ketentuan Allah, manusia wajib berusaha.
Tarbiyah sentap ni sesuai utk yg umur mcm hacik ni. 40 plus. Kalau yg muda muda ni, ada kebarangkalian akan jauhkan diri. Tapi tak pa, try saja approach yg bersesuaian. Asalkan kita balik ke jalan yg diredhainya. In shaa allah.
Huhu..tu la namanya nasihat…ada yg bleh org terima…ade yg tak…sebab tu cra na smpikan tu byk…ade yg lembut..ade yg mcm agak kasar bunyinya..depends..yg terima ..alhamdulillah…yg tak…its okay… bila kita smpikan sesuatu…bkn semua org kene terima ape yg kite smpikan..huhu…cube imbas balik masa zaman rasulullah sendiri…baginda berdakwah punyelah lama..ada yg terima ade juga yg x terima..? sebab ape…sebab hidayah tu milik Allah..
Nasihat berhikmah tak semestinya berlembut.. Kasar dan sinis pun boleh jadi berhikmah bila terkena pada masa, tempat, dan orang yang tepat. It’s just that mass media like fb is widely used and response from public also varies
Farah Yusof, Sharmina Idris II
Nsb aku x meleleh2 .hahhaa. Ct Hyerah. Thnks ct :*
Thanks Ct.. alhamdulillah blom meleleh2 lg..hahahaha
aku tak macam tu pun brother… bagi aku dua2 kau kena tarbiah bukan sebelah pihak jer… my 2 cent
i really need this rn. thank you sis. god bless your kind soul.
Mujur xterasa dgn post ni. Kuikuikui