Mampukah Aku Harungi
Mohon admin approve confess ni sbb lama masa yang diambik nak tulis bnda ni + berterabur ayat tapi harap faham la apa yang saya nak sampaikan
This year ada exam terbesar bagi pelajar sekolah mcm aku,SPM.So dari awal tahun aku dah setkan dah my ambition dan hala tuju selepas SPM is nak mohon IPG nak jadi seorang pendidik.Hati mcm rasa tak sabar nak jadi guru nak ajar anak2 apa itu ilmu.Tapi hati aku rasa berbelah bahagi beberapa hari lepas yg kita dikejutkan dengan berita murid sekolah rendah dipotong lidahnya.Sekolah rendah?Buli?What the Fish!!!!Budak yang tak berapa nak tinggi tak masuk menengah lagi dah jadi pembuli.Ni cuma huraian je.Point dia adalah lemahnya guru untuk membentuk peribadi yang baik untuk diterapkan kepada murid.Sbb apa?Sbb kerajaan tak bagi guru guna rotan untuk mendenda murid kalau dia buat salah.Bayangkan budak zaman sekarang baru masuk sekolah rendah tak kenal apa itu rotan.Budak2 dulu cukup takut kalau krja sekolah tak siap lagi kalau cikgu tu garang nak mampos.Aku dulu darjah 4 tak siap krja sekolah math,kena pulak cikgu mcm harimau naga kena rotan drpd rehat sampai balik kesan kena rotan dkt tngn tak hilang2.Cara dia rotan melibas mmg kalau kena sapa yg anak manja mmg menangis la.Tapi disebabkan rotan tu saya dapat A math untuk UPSR.Selama 3 tahun dia ajar dari darjah 4 smpi 6 baru la masa darjah 6 tu dapat A untuk setiap exam.Masa darjah 4 dngn 5 ddk kelas belakang dan pernah math dapat 6 markah je.Start darjah 6 dpt masuk kelas depan sekali A je memanjang math smpi UPSR.Kita kalau salah mmg patut ditegur dan terima hukumun.Kalau tak ditegur kita mmg tak tahu yang kita salah dan sentiasa akan ulang kesalahan.Sekarang ni kalau murid tak buat krja sekolah takkan marah je?Marah tu dah biasa kena dkt rumah so dah lali.Selalu lepas kena denda,masa balik msti snyap jer pastu insaf maka buat la krja sekolah walaupun hati tak rela.Skrng kena marah pun relaks je siap boleh buat muka tak bersalah lagi masa kena marah silap2 lawan lagi ada.Mampukah aku harungi dengan budak2 zaman sekarang?Patutkan aku tukar cita2 aku?
– Cikgu Nizam isyaallah…..
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/