ssalamualaikum
saya harap admin dapat post confession saya. niat saya satu jaa, saya nak tahu apa pandangan korang pada orang yang mengalami keadaan sama dengan saya.. dan mungkin jalan penyelesaian?
Saya anak sulung daripada 4 beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. 2 lelaki adik saya sekarang dibawah tanggungan jabatan kebajikan masyarakat. si bongsu sudah berada disana dalam tempoh 4 tahun bermula dari darjah 5, manakala si tengah sudah mula memasuki tahun ke tiga dan dijangka berakhir tempoh jagaan dalam tahun ini.
kami, adik beradik dilayan sangat berbeza. saya, menurut kaca mata sebagai anak pertama melihat sayalah yang paling teruk didera diikuti si bongsu. si tengah pula boleh dikatakan tidak didera secara fizikal, tetapi sangat teruk didera mentalnya kerana diabaikan haknya sebagai seorang anak, sebagai seorang warga malaysia yang bebas; tidak dibenarkan menyambung persekolahan setelah berakhirnya sekolah rendah. akhir sekali, si perempuan (anak kedua) paling tidak teruk; mungkin kerana faktor wajah yang menyerupai bapa, dan pandai bemuka dua.
saya pernah dibuang kedalam sawah padi yang airnya tinggi kerana musim tengkujuh pada umur 5tahun. diikat dalam guni, dan dihanyutkan bersama-sama seikat pisang. (okay, masa tu, saya sangat gila pisang! sanggup merangkak masuk guni kerana hanya nampak pisang dalam tu), akhirnya diselamatkan oleh bapa saudara. juga pernah tidak diberi makan dan minum selama hampir 2 hari, haus sehingga minum botol yang mengandungi air jernih di bahagian dapur rumah jiran kerana menyangka air tu air kosong, rupanya petrol. selepas beberapa minit, muntah dan koma. di hospital, dihantar oleh bapa saudara, sepanjang seminggu hanya dijaga oleh nenek, hanya diziarahi oleh keluarga bapa saudara, mak dan ayah apatah lagi..lansung tidak muncul! parut juga berbekas di beberapa bahagian badan kerana dipukul. orang kampung semuanya kenal bapa saya, dan kejadian-kejadian yang berlaku kepada kami, tetapi tida siapapun yang berani mendekati. kalau membantu pun, hanya sekerat jalan, kerana apabila bapa saya mengetahui kami dibantu, mereka diugut, jadi akhirnya mereka berpura-pura tidak mendengar permintaan kami.
kami adik beradik biasa didera dengan tidak diberi makanan lansung selama beberapa hari. jika kami lapar, apa yang kami buat, adalah mengetuk rumah jiran, dan meminta makanan. adik bongsu saya, pakaiannya dibakar, satu-satunya pakaian yang tinggal hanyalah dibadannya; makanan lansung tidak diberi dan rumah lansung tidak boleh singgah, apatah lagi tumpang tidur. kadangkala, si bongsu cuba untuk tidur di bawah rumah (rumah saya rumah kayu), tapi dihalau di hadapan mata saya sendiri..
sejujurnya saya sangat membenci ayah saya. saya benci dia sebab dulu, saya pernah sayang dia. saya pernah rindu dan saya pernah nak rasa buat dia gembira. saya pernah rasa overly excited bila saya lihat dia gembira dan cuba gembirakan kami dengan caranya. saya belajar bersungguh sungguh semasa sekolah rendah semata-mata hendak dia beli roti canai sebagai hadiah. kami orang miskin. kadangkala, bila dia dapat duit, kami dapatlah makan benda yang bergoreng. seperti mee, ayam, dll. rumah kami tidak menggunakan kicap, minyak masak (sekarang dah ada) dan apa-apa yang berbotol kaca. kebanyakan masakan adalah rebus atau raw. kalau tiada pendapatan, ayah saya sangat stress, dan kami hanya makan ikan sungai atau ikan kering sahaja untuk beberapa minggu.
sakit..bila kita pernah rapat, pernah dengar luahan dia, pernah tengok dia gembira dan pernah tengok dia ada jiwa manusia. dan lagi sakit..bila kita rasa, kesakitan kita tu dialami oleh orang lain, yang juga kita sayang. kan?
at one point, saya trauma. saya trauma sampai saya jadi tak ada perasaan terhadap apa-apa yang ada kaitan dengan dia. macam kacang soya, kelapa, durian,. saya jadi lost interest tanpa sebab. saya gementar dan badan tak stabil bila saya melihat ada orang mengasari orang lain di mata saya. dari sekolah menengah lagi, saya selalu sakit kepala. saya suka menghantukkan kepala saya ke dinding untuk hilangkan kesakitan tu. saya suka bersendirian, dan suka berada di bawah katil. (bawah papan katil tu..sekarang, fikir balik, weirdnya aku…) dan ada beberapa ketika saya mencuba bunuh diri. saya even ugut Allah, masih jelas lagi di mata saya, bagaimana saya solat hajat beberapa kali dan berdoa..Allah., kau pilih.aku atau dia. kalau kau xnak matikan dia cepat, aku nak mati.
lebih kurang macam tu lah ceritanya..
panjang lagi kalau nak ingatkan..
cuma, sekarang, saya dah pun mendapatkan rawatan di klinik psikiatrik. alhamdulillah. saya pun cuba untuk menjadi ibubapa kepada adik-adik saya. melawat diorang, mendengar masalah diorang, dan kadangkala memberi bantuan emosi dan kewangan kepada mereka. bagi mereka, sayalah orang penting yang menyebab mereka kuat. kami kuat bila kami ada kisah yang hanya kami saja yang tahu dan kongsi.
cuma, yang merisaukan saya..si tengah tu akan habis tempoh penjagaan pada tahun ini, dan saya masih belajar. universti saya jauh dengan kampung halaman saya. entah macam mana nanti. saya risau..Allahu.. baru-baru ini, ada buat lawatan jumpa mereka. si bongsu mengadu kerap sakit kepala, begitu juga si perempuan. si tengah pula membuatkan saya sentap dan sedih..
"aku ada mak, tapi aku tak ada ayah"
sebagai anak sulung, apa kau rasa? tipulah kalau tu juga yang sebenarnya saya rasa. tapi, jujurnya, saya juga rindu ayah saya yang dulu. tapi, saya tak nak menjadi anak yang derhaka. dan saya pun tak nak jadi seorang yang tidak memahami diorang. kerapkali juga, apabila saya tegur supaya mereka cuba ada rasa "kasihan" kepada ayah, tapi saya diperli..
dan. si perempuan, baru-baru ni pitam dan dibawa ke unit kecemasan hospital semasa di kampung. ayah yang melihat seolah-olah nyawa anaknya akan dicabut, bersungguh sungguh meminta maaf dengan si perempuan.
dan ni jadi "lawak antarabangsa" antara kami bila kami berjumpa semula baru-baru ni. semua orang nak buat-buat sakit depan ayah, dan berharap dia mintak maaf.
saya? entah. rasa nak jugak.
hmm.. tapi, saya xnak ayah tahu..sakit saya sebab dia.
– tin