Manis Diluar, Pahit Di Dalam

Nama aku B. Aku berumur 30 an. Sudah berkahwin hampir 8 tahun dan belum mempunyai anak. Suami aku K, berumur lewat 30 an.

Luarannya orang sekeliling kami merasakan kami pasangan yang bahagia walau belum direzekikan untuk punya anak.

Aku redha kalau ditakdirkan tidak akan ada anak. Tapi yang orang tak tahu aku menderita dalam diam.

K, suamiku, seorang suami yang baik. Walau banyak kekurangan. Dia bukan suami romantik tapi dia banyak juga membantu urusan rumah walaupun kena suruh.

Secara umumnya dia melayan aku dan bertanggungjawab dengan keperluan ku dengan sangat baik.

Perkahwinan kami dari luaran orang nampak sentiasa manis. Kemana- mana sentiasa berdua. Bak merpati dua sejoli.

Luaran, ya, pasangan bahagia. Sentiasa ceria. Hakikatnya aku saja yang tau. Dari tahun pertama perkahwinan kami, hanya beberapa kali saja K menyentuh aku.

Dalam setahun ada lah dalam 9,10 kali. Itu pun bila aku yang mulakan dulu. Makin lama makin berkurang.

Bila aku tanya pada K, selalunya dia akan cakap dia stress dengan kerja. Badan letih, otak letih jadi tak ada mood.

K berkerja di sebuah company yang well known dan ada pangkat. Aku faham nature kerja dia yang berat dan penat. Tapi kalau setiap masa penat, entah lah.

Saat aku menulis confession ni, dah hampir 1 tahun K langsung tidak sentuh aku. Dia mengalami ED (mati pucuk).

Aku kecewa sebab dari awal K tak mahu berterus terang dan dapatkan rawatan. Setiap kali aku pujuk dan ajak untuk berubat jawapan dia sama. “Ok.. Nanti kita pergi”.

Sampai sekarang tak pergi. Aku rasa kecewa, marah, sedih sebab K tak ambik berat langsung soal ni. K seolah- olah tak ada inisiatif langsung untuk berubat. A

ku dah penat mengajak dan mencari jalan untuk dia. K seperti tidak sedar yang dia mengabaikan hak aku selama hampir 8 tahun ni.

Aku teringin untuk ada anak. Keluarga mentua kadang-kadang ada bersuara tentang ni. Walaupun dorang tak bagi tekanan pada aku tapi sedikit sebanyak aku rasa sedih.

Sekarang ni aku rasa hubungan aku dan K seolah-olah tiada yang istimewa. Seperti teman sebilik saja. Aku sayangkan K. Dan aku tahu K juga sayangkan aku.

Tapi mungkin kerana ego seorang lelaki, atau mungkin kerana malu K seperti dalam denial dengan keadaan diri dia.

Aku sebagai isteri sentiasa support dan bagi dorongan pada dia. Tapi semua takkan berubah jika K sendiri tidak mahu bertindak untuk dapatkan rawatan.

Aku terus memendam rasa yang tak terluah pada sesiapa. Aku semakin tertekan.

– B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *