Hikmah Disebalik Kejadian

Assalamualaikum semua, saya Ela (bukan nama sebenar)

Allah tak tidur dan Allah pasti ada rancangan yang terbaik untuk kita, walaupun mulanya ia sangat menyakitkan.

Cerita nya macam ni…

Masa saya dan suami bercinta dulu, saya pernah curang sekali dengan dia, sampai terlanjur dengan orang lain.

Bila suami dapat tahu dia kecewa, ingatkan sampai situ saja lah hubungan kami. Tapi dah namakan jodoh tak kemana kan.

Terus dia bawa saya kahwin, sebab dia tak nak orang tu ganggu² saya lagi. Saya pun setuju lah nak kahwin dengan dia sebab sayang,

Pasal curang tu saya pun tak tau, saya mula selesa nyaman dan selamat dengan lelaki tu, perasaan cinta tu takde lah cuma rasa nyaman. Dan kami pun tak bercinta macam pelik je boleh terlanjur kan.

Lepas je kahwin suami tak pernah sekali pun ungkit pasal kejadian saya curang tu. Saya tahu dia kecewa,

Dari mula kahwin saya buat yang terbaik, jadi isteri yang baik, tak pernah lagi saya terfikir nak curang.

Masa dah pun berlalu 4 tahun kemudian, saya mengandung, Alhamdulillah rezeki anak pertama.

Masa dalam pantang, terlalu banyak perubahan suami,

Masa habis kerja sepatutnya dia balik, tapi tak balik biasanya dia bagitau nak ke mana, tapi pelik tiba² tak balik dan block whatsapp saya secara tiba2 tanpa sebab apa².

2 hari lepas baru balik, saya tanya tapi dia marah tengking saya,

Dan begitu lah berulang ulang, dan itu juga lah punca kami begaduh besar.

Pada malam suami tak balik lagi, saya sujud doa, Ya Allah seadainya suami saya ada buat tak baik di luar sana, kau permudahkan lah untuk aku tau semuanya.

Selang 2 hari Allah makbulkan doa aku, masa ni lah aku percaya Allah makbulkan doa orang teraniaya.

Dia ada perempuan lain,

Perasaan yang susah nak ni ceritakan, badan saya semua rasa panas gegar² nak marah ke nak nangis dan jantung berdegup laju, macam tak sangka sebab kita terlalu percayakan dia.

Saya pun lari rumah biarkan dia kat rumah seorang² tanpa minyak kereta, tanpa duit sebab belum gaji, tanpa makan.

Sebab sebelum ni saya yang banyak keluarkan duit kalau gaji dia tak masuk, duit deposit kereta tu pun duit saya sendiri. Tak pernah bebankan dia kalau pasal duit.

Baru 3 hari saya tak balik rumah, (padahal saya dekat je menyewa bilik)

Dia berabis ganggu mak nya (mak mertua saya) sebab hanya mak dia yang tau saya dekat mana, dan cadangan mak dia juga lah untuk saya lari rumah tu. (Lagipun masa begaduh tu depan mak dia halau saya) mak dia yang tolong.

Dia ganggu² mak dia, tanya² pasal saya, tapi mak dia langsung tak layan kena bluetik je.

Saya tak block dia kat whatsapp, cuma apa saja chat dari dia saya tak layan.

Pagi subuh tu, saya doa Ya Allah seandainya dia bukan terbaik untuk ku, Allah permudahkanlah perpisahan kami, tapi jika sebalik nya Allah permudahkan kami berbaik.

Allah makbulkan lagi doa aku, suami call nangis² call saya dia nak jumpa anak, (dalam hati saya masa curang tak ingat anak pulak, dah berjauhan baru tahu kan tak tahan tak jumpa anak.)

Masa call tu saya tanya dia, kenapa curang, katanya sebab mulut saya (baru saya sedar kat mana kesilapan saya, mulut saya suka tuduh dia yang bukan² suka bebel) saya akui salah saya tapi tu bukan alasan untuk dia curang.

Lepas kejadian tu saya balik, (sebab saya ingat dulu saya pun perna curang dengan dia, dan dia maafkan dan cuba lupakan)

Sebelum kejadian ni semua, saya banyak kongkong suami saya, nak pergi jumpa kawan dia minta izin bagus2 dengan saya, tapi saya selalu tak izinkan,

Saya suka tuduh dia yang bukan², hampir semua apa yang dia buat negative bagi saya, semua buruk, (sebab saya tak nak hilang dia)

Betul lah kata2 tu satu doa.

Dah 2 tahun berlalu, banyak sangat berubahan saya dan suami sampai hari ni, hubungan kami semakin lama semakin erat, urusan semua Allah permudahkan,

Apa yang saya ubah diri saya adalah, saya dah tak fikir negative dah, ke mana je suami pergi saya izinkan, bila dia lewat balik ke apa saya tak call,

Bila sampai saya tak tanya pergi mana tadi, semua tu saya dah tak buat, dia sendiri yang cerita pasal apa dia buat harini dengan siapa.

Begitu lah. Saya bagi dia kebebasan, Dan saya mula sayang Allah dari segala galanya.

Dan itu lah hikmah disebalik kejadian.

Jadi kan pengajaran dengan apa yang berlaku, manusia tak sempurna, kita cubalah bagi peluang, mana tau dia akan jadi terbaik dari sebelum ni.

Dan suami saya hari ni jauh lebih baik dari yang dulu.

Nak pasangan kita berubah, ubah diri tu dulu insyaallah.

Apa² pun jodoh itu di tangan Allah, pertahankan jika boleh. Dan jangan lupa doa itu senjata dari segala galanya.

– Ela (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit