Semua Lel4ki Macam Sol Ke?

Sedikit pengenalan, aku dan suami berumur 30-an, berkahwin di usia muda selepas habis degree dan kini 11 tahun usia perkahwinan bahagia kami bersama 4 orang anak. Anak paling sulung 12 tahun dan bongsu 4 bulan.

Hidup kami hampir sempurna. Suami kerja kerajaan dan aku bekerja swasta MNC. Gajiku berbelas ribu, 2 kali ganda gaji suamiku. Kami mempunyai 2 rumah, 2 kereta dan seorang pembantu rumah.

Dengan gajiku yang lebih dari suami, kalian tentu faham siapa main provider dalam keluarga kan?

Walaupun aku tanggung 90% pebelanjaan bulanan, duit untuk mertua pun aku bagi, aku tak pernah minta nafkah untuk diriku sejak awal perkahwinan lagi.

Memang aku tak pernah meminta dan awal-awal lagi aku halalkan semuanya. Kalian boleh kata aku bodoh dan aku sendiri sedar diri.

Tapi aku tak kisah sebab suami baik, lembut, penyayang, ayah yang rajin melayan anak anak, tak pernah tinggi suara denganku, pendengar yang baik, menjaga solat, hormat orang tua dan keluargaku sayangkan dia. Kami sangat jarang bergaduh.

Walaupun gajiku banyak, dugaan aku selalu berkenaan dengan kerja yang sentiasa memerlukan aku untuk standby (aku work from home) dan tidurku cukup paling lama 5 jam setiap malam.

Tapi aku ok, aku suka kerja aku dan aku dah biasa kerja keras sejak aku memulakan career lagi.

Aku cuba sehabis baik balance kan antara keluarga dan career. Aku still luangkan masa untuk bercuti dengan keluarga, check in hotels, cafe/food hunting, movies, shopping, etc. Kedua2 family pun tahu aku sentiasa sibuk, mereka supportive je.

Berbeza dengan suami yang rajin keluar dengan kawan kawan lelaki sama tempat kerja untuk badminton, bola dan keluar saja-saja.

Hampir setiap minggu ada saja balik rumah sampai 4 pagi, aku tak pernah persoalkan atau complain sebab aku sendiri sibuk dengan kerja dan aku percaya lelaki forever is a boy yang mahukan kegembiraan dengan kawan-kawan.

Lagipun kami kahwin muda, mungkin dia tak puas enjoy dengan kawan-kawan sebelum kahwin.

Baru-baru ni aku lahirkan anak ke 4, bercuti 3 bulan berpantang di rumah sendiri, aku tidur di bilik asing.

Suami masih dengan aktivitinya dan jarang sekali denganku jaga bayi yang baru lahir, lagipun baby menyusu badan.. tapi aku ok maybe sebab ada maid, semunya terurus.

Tapi, minggu lepas semasa suami bersiap untuk ketempat kerja, aku tergerak hati untuk guna phone dia snap photo anak bongsuku,

Terkejut aku tiba tiba message di Facebook Messenger penuh dengan message bersayang sayang antara dia dengan ex colleague (perempuan tu dah berkahwin dan ada anak seorang).

Aku mengamuk habis, badan aku menggigil dan aku menangis semahu mahunya.

Of course anak-anak aku terkejut dengar sampai ke tingkat bawah suaraku yg menjerit maki dia sekuat hati. He is the last person that I thought would betray me!

Aku screenshot semua perbualan dan hantar ke phoneku. Dia ambil MC 2 hari puas menangis, pujuk, janji takkan buat lagi. Aku tak tanya langsung sejauh mana hubungan dia dengan perempuan tu, sejak bila?

Was it involve s3x and emotions? Aku tak nak tahu, mungkin aku sendiri takut hadapi kenyataan sebab aku tahu aku tak kuat. Yang aku tahu, aku kena kuat untuk anak-anak yang masih kecil. I need to survive this marriage, have to.. for them!

Berhari-hari aku susah tidur, tak lalu makan. Aku rasa semua orang tengah ketawakan aku, aku tengok diri dalam cermin pun aku boleh nangis sendiri. Aku fikir sedalam- dalamnya punca semua ni jadi.

Honestly aku sangat menjaga penampilan, aku ramai peminat sejak aku di bangku sekolah, university (termasuk lecturers), even di tempat kerja pun ramai ingat aku umur 20-an.

Aku tak pernah tak bersiap bila dengan suami, masa pantang pun aku bermake up tipis, setiap sudut rumah aku ada berbotol2 branded perfume yang aku sentiasa spray.

Bila aku tanya dia apa kurangnya aku dan hubungan kami, dia kata tak ada apa yang kurang, he admitted ‘i am just being stupid!’

Aku tak bercerita langsung pada sesiapa pun kecuali MakNah (tukang urut favourite yang selalu urut aku di rumah).

Selama ni aku baca kes artis, trending Syamsul & Puteri Sarah, kawan2 seusia denganku bercerai, colleague yang maafkan suami 3 kali curang.. sekarang kena batang hidung sendiri!

Aku perlukan jawapan untuk teruskan hidup..

Kenapa lelaki pilih untuk curang?

Semua lelaki sama ke?

Apa lagi yang lelaki nak?

Dia akan buat lagi ke? Once a cheater, forever a cheater? Betul ke?

Aku perlukan jawapan..

Love,

– Myra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit