Su4mi Toksik dan Panas Baran

Hi saya Aisyah berumur hujung 30an. Saya telah berkahwin selama 2 tahun dan hidup bersama seorang lelaki yang toksik dan panas baran.

Awal perkenalan semua begitu indah. Sebelum bernikah memang dah nampak red flag tapi ingatkan selepas berkahwin dia akan berubah rupanya semakin teruk.

Suami saya kerja biasa saja dan saya bekerja di bahagian admin.. Gaji saya lebih besar dari dia. Dan disebabkan itu dia membuat undang-undang untuk mengawal gaji saya dengan membayar sewa dan bil rumah.

Selepas saya gaji, dia akan minta saya beri semua gaji saya kepada dia dan dia akan mengawalnya.

Saya diberi duit belanja RM20-30 sehari dan disuruh untuk berjimat lagi. Hukum nafkah sepatutnya diberi oleh suami, tapi disebabkan gaji dia lebih kecil dan lambat, gaji saya digunakan dahulu.

Awal pernikahan saya terpaksa faham keadaan dia dan ikutkan saja rentak dia.

Berkali juga saya mengingatkan dia soal nafkah dan sekiranya bergaji kecil, carila sumber pendapatan lain untuk membantu,

Tetapi setiap perbincangan lebih2 lagi bab duit akan berakhir dengan pergaduhan samada berperang mulut atau suami akan naik angin dan mula mencampak atau menghempas apa-apa barang yang ada dihadapan dia.

Bila jadi camtu, saya akan sedih dan menangis mengenangkan nasib kenapa dilayan sebegitu rupa. Dan suami akan berkelakuan seperti tiada apa2 yang berlaku selepas dia naik angin.

Benda ni memang amat menyakitkan hati saya. Bila dia marah dia tak ingat saya isteri dia yang sanggup bersusah payah hidup dan terima dia sebagai suami saya.

Saya pejam mata bila dia culas nafkah begitu dan bab duit, pasti dia akan gabung pendapatan dengan saya.

Bila saya berkata saya yang bayar hampir semua perkara dirumah, dia akan berkata saya tidak berhak mempersoalkan begitu kerana dia yang kena fikir perbelanjaan rumah dan bukan saya. Dia kata saya perlu memahami dia.

Dan saya sentiasa kena faham dia, beralah dalam banyak perkara semata mata demi menjaga hati dia dan saya tak nak dia mengamuk.

Dia memang tak pernah pukul saya tapi bila dia marah dan naik angin, dia akan menjerit, memaki hamun dan akan memusnahkan apa jua benda dihadapan dia.

Sebab tu rumah kami kosong sejak dari awal pernikahan sampai sekarang.

Untuk pengetahuan, kami telah dikurniakan anak yang dah berumur 8 bulan dan bab duit menjadi lebih teruk seolah2 ada anak ini menyusahkan hidup dia.

Suami saya memang jenis yang dia akan dahulukan diri dia, masa dia, perut dia berbanding saya dan anak.

Dia masih bermain game di hp dan bila waktu berehat bekerja, dia akan rehat sampai 3 jam.

Saya pun tidak faham bagaimana majikan boleh memahami dia. Sedangkan saya bekerja dari pagi sehingga malam dan balik kerja pun masih menguruskan anak.

Bab anak, memang 100% saya yang uruskan dan saya yang bersengkang mata menjaga anak. Suami saya pantang waktu tidur dia diganggu dengan alasan kerja awal pagi.

Saya teringat masa pantang dulu, dia ambil cuti seminggu konon-konon ingin menjaga saya.

Padahal baru 3 hari dia jaga, dengan memasak dan sediakan keperluan saya, dia dah berasa penat dan mengamuk seolah2 tidak cukup rehat serta mengungkit dengan apa yang dia dah lakukan untuk menjaga saya.

Saya jenis tidak memaksa pun untuk dia berbuat begitu, sebab walaupun saya baru bersalin saya boleh buat semua sendiri, berpantang sendiri,

Kerana sedar suami tak mampu nak upah CL dan saya sebolehnya tak mahu susahkan dia disebabkan saya dah boleh agak dia akan mengamuk bila dia dah penat.

Anak saya pula kena kuning masa awal2 lepas bersalin, so saya juga yang kena memandu ulang alik ke hospital masa tu.

Untuk pengetahuan suami saya tak pandai drive kereta. Dan kalau nak naik Grab, memang akan bergaduh bab duit, takut duit makan tidak cukup.

So saya juga gagahkan diri drive ke hospital semasa berpantang. Memang sedih cukup sedih mengenangkan nasib diri tapi demi anak saya harus kuat. Saya pun tak berpantang dengan rawatan seperti berurut atau bertungku dengan betul.

Semua sebab kekangan duit, saya hanya diberi berurut sekali sahaja. Padahal saya ada gaji sendiri dan boleh sahaja bayar apa juga keperluan yang saya nak, akan tetapi disebabkan duit dikawal suami, semua jadi tak mampu untuk dilaksanakan.

Kita sebagai ibu, mesti akan dahulukan keperluan anak dari diri sendiri, tetapi tidak suami saya. Kalau waktu makan, dia akan pastikan perut dia terisi dahulu dan tugas saya akan pastikan anak diberi susu dahulu sebelum saya makan.

Kadang2 semua benda yang saya lakukan demi menjaga hati suami supaya dia kekal tenang dan tidak mengamuk. Jujur saya semakin tidak tahan hidup begini kerana seolah2 saya sahaja yang perlu memahami dia tetapi dia, saya sakit pun bukan peduli.

Sampai saya dah tak mampu bangun barulah dia percaya yang saya sakit. Soal anak dan perbelanjaan anak pun dia pertikaikan seolah2 duit dia yang habis semua padahal saya sudah pun banyak membantu.

Sampai ada satu tahap dia seolah2 mahu memberi anak saya kepada keluarga lain kerana dia akan mengeluh tidak mampu untuk menjaga anak.

Padahal dia sebenarnya masih tidak dapat tinggalkan kehidupan bujangnya dan ingin hidup berdua sahaja dengan saya tanpa rumit memikirkan soal dan perihal anak.

Bukan dia tak sayang, tetapi kalau dia serabut, dia pasti akan cakap untuk memberi anak kepada mereka yang mampu menjaganya.

Padahal dia tak sedar setiap anak pasti ada rezekinya. Kalau tak nak anak, jangan buat anak orang kata. Tapi tula diri sendiri pun tak nak ambil langkah pencegahan walaupun berkali diingatkan.

Bila dia kata nak beri anak pada orang lain, saya memang amat sedih mengenangkan nasib anak dapat seorang ayah yang tidak redha.

Belum lagi bila anak meragam, pasti tamparan suami yang hinggap dipipi comel anak. Saya bab anak memang tak sanggup tengok dan menangis semahunya.

So sekarang ni, saya tekad untuk bercerai dengan suami kerana dah tak tahan dengan sikap mengawal dia kepada saya , tidak bertanggungjawab serta culas nafkah terhadap saya.

Saya belum berbincang dengan dia sebab saya tahu, akan berakhir dengan perbalahan yang besar dan pasti anak akan jadi mangsa kelemahan saya.

Buat masa sekarang memang suami tak syak apa-apa yang saya ni memendam rasa dan tak sanggup hidup dengan dia lagi.

Saya ambil keputusan untuk terus pergi dari hidup dia bila sudah diberi kesempatan dan hidup berdua sahaja dengan anak jauh dari dia.

Sebab saya dah tak sanggup untuk dikaitkan apa2 lagi dengan dia. Adakah tindakan melarikan diri terus seperti ini wajar? Saya pasti suami akan mengamuk habis dengan tindakan saya dan akan cari saya sehingga ke lubang cacing.

Tapi demi anak dan masa depan anak, saya memang tekad untuk lari dari dia. Doakan saya kuat ya. Terima kasih baca luahan saya. Semoga urusan anda semua dipermudahkan aamiin.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit