Salaam ‘alaykum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca IIUM,
Aku sudah beberapa kali menghantar pengakuan di laman ini dan pada kali ini, aku berasa untuk menghantar pengakuan mengenai keperluan kita untuk mengubah sikap. Pengakuan ini aku tujukan selepas membaca insiden warga senegara kita yang dikatakan telah membuat onar di negara Matahari Terbit. Tidak lupa juga, insiden mengenai wanita Malaysia yang menempah penginapan di airbnb semasa berada di UK dan tidak mengikut agreement yang ditetapkan, sampai masuk British media.
“When in Rome, do as the Romans do.”
Idiom ni sudah cukup untuk kita faham, kalau masuk tempat orang, kena la ikut cara dia. Macam peribahasa, masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Kau tidak boleh cakap “oh ini cara aku, aku dah bayar so kau tak boleh cakap apa apa”. Ramai yang ingat apabila dah bayar, semua boleh buat. When you demand service from a provider, there is a list of terms and conditions. Ala, yang kau selalu skip lepas tu tick je kat internet. Benda tu penting, lagi-lagi airbnb, every accommodation has their own house rules ; tak boleh bawak extra guests, no pets, no excessive noise after 10 pm etc. Jangan pulak kalau host tegur atau leave a bad review on your profile, kau marah dia balik, kau yang salah.
Jangan la jadi indifferent sangat, sebab disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin kau tak biasa dengan peraturan seperti tak boleh bising malam-malam, tetapi kau juga kena tahu, Europeans, and that of I know, British are really meticulous when it comes to noise. They even install a new set of tracks for their Tube train to reduce noise in order to start their Night Tube, iaitu laluan tren yang dijalankan pada waktu lewat malam ke awal pagi. Airport pun ada curfew untuk fly off, supaya tak ganggu keadaan sekeliling. Nampak remeh tapi penting untuk mereka kan? Kalau kita ada nilai ketimuran, mereka pun ada ethics and etiquettes. Maka, hormat-menghormati.
Lagi satu, if you are in a developed country, expect to walk fast. Rakyat British dan Jepun memang jalan laju, kalau di Singapura pun memang laju jalan. Tolong simpan aksi romantis berpeluk-pelukan di rumah atau hotel, melainkan kau di taman atau shopping mall. Tak salah jalan perlahan kalau kaki sakit ke nak ambil gambar tapi jangan block the flow of pedestrian traffic. Jangan block escalator. Especially when you are in the financial districts. Kalau di London, di area Holborn, Canary Wharf dan sekeliling, people are in a fast pace, so try to keep up with them. Jangan terkejut kalau kena jerit sebab block escalator, itu memang jalan mereka. Apabila nak masuk public transport, beratur dan bagi laluan untuk penumpang keluar. Di sini pun, kan dah ada MRT ni, dah moden, sepatutnya kita pun move forward. MRT tu tak lari kalau kita bagi orang keluar dulu. Lift lagi la, kalau orang nak keluar, kau sibuk menghimpit nak masuk, dah macam mana? Takkan nak suruh Doraemon letak pintu suka hati dekat setiap lift kut untuk orang keluar.
Apabila kita menginap di rumah orang, melalui airbnb, kita perasan rumah mereka sangat lawa dan berada di tempat-tempat strategik, jadi sila appreciate yang mereka accept request kau untuk duduk di sana. Jaga barang mereka macam barang sendiri. Jangan basahkan lantai kayu, jaga dapur elok-elok, sebelum check out kemas la dapur kalau masak dan leave as how you arrive. Mana la tahu, lepas ni nak datang lagi, mesti dia tak teragak-agak untuk bagi kau duduk lagi. Aku membesar dalam keadaan domestik yang almost-neurotic when it comes to cleanliness. Mak aku, nenek aku, memang jaga rumah elok-elok. Rasanya kalau atap rumah tu boleh panjat dorang sental hari hari. Aku takda la pembersih macam mereka tapi aku pantang tengok benda kotor dan dibiarkan macamtu. Jadi, upbringing sangat penting. Ajar ahli keluarga bersihkan apa yang boleh dibersihkan. Hatta budak kecil pun, kalau dari kecil dia buang air kita yang flush, kita expect dia besar besar boleh terus tarik pam faham camtu je? Agama kita pun ajar tentang kebersihan, tak ke malu, dah la kena tuduh pengganas, tambah lagi duduk rumah orang macam buragas. Lepas tu tak reti jaga kebersihan, kena pulak pengotor.
Are we Malaysians creepy in general? I don’t think so. Jadi, jangan la sebar stigma yang kita ni macam tu. Jangan ambil gambar orang sesuka hati, kau fikir itu kelakar, tapi bagi orang lain itu biadap. Lawa atau handsome macam mana pun, jangan. Silap silap, kena belasah.
Mungking ada pihak tak suka dengan cara aku meluahkan nasihat ni, tapi percaya la, if you are hard on yourself when it comes to ethics and etiquettes, you will thank yourself later someday. Mak korang mungkin bertempik dalam rumah sebab kau tak bersihkan rambut dekat toilet lepas mandi, “rambut je pun”, tapi, kalau kau berumah dengan orang luar nanti, kau akan rasa benda tu jijik.
Mungkin ada yang cakap, aku glorify orang kafir. Tidak. Aku kenal orang Barat yang beragama Islam yang sangat mementingkan kebersihan.
Sila pergi ke masjid yang terletak di tempat2 yang kau pergi bercuti, ada bau kepam? Ada bau hancing dekat tempat wudhu’? Ada orang longgok kain pelikat merata rata? Orang putih pun pakai kain time solat, tapi tak la campak je lepas solat. Aku mengenali sesebuah komuniti Muslim di London Timur, mereka mempunyai sebuah masjid di tepi pasar, dah la lorong belakang, lepas tu sebelah ghetto orang Afrika, nampak usang, tapi apabila kau masuk masjid tu, walaupun kecil, luas mata memandang. Toilet, walaupun ada brother tu bersihkan, tetap bersih dan tak bau hancing walaupun orang pakai setiap kali nak solat. Laluan ke masjid pun, bersih.
Kawan-kawan, ingatlah, masjid itu bukan tempat semata-mata nak melepaskan hajat atau singgah sekejap pada hari Jumaat, lagi-lagi kaum Adam. Saudara-saudara kita di Barat menghayati masjid itu rumah Allāh. Tolong jangan jadikan masjid itu tempat cari jodoh dengan kau mata melilau cari pasangan. Kalau kau ingin tahu, masjid yang aku lawati di London Timur itu, siap give way dan alarm the brothers “sisters are coming out”, so they will step aside and look away. Sedihnya, di sini, lelaki dan perempuan seronok bertempuk tampar di kawasan masjid. It’s all about the attitude, people. Aku tidak lah alim, but you know, if you return back to practising your religion, there will be success.
In the light of recent events, I hope this is a wake up call for us to buck up on our attitude. Disebabkan orang kita dua tiga orang, tak pasal pasal nanti apabila kita bercuti, kena pukul rata kita ni orang takda adab. Dan sebab tu kita kena ubah stigma terhadap bangsa asing, stereotype mereka itu la ini la. It’s not about the matter of race, but the matter of attitude. Walaupun kita tak pergi bercuti ke luar negara, tak salah practise good ethics dekat tempat sendiri, pelancong tengok pun kagum dan mereka akan adapt. Kalau kita sesuka hati buang sampah dari kereta, jangan marah kalau pelancong buat benda sama. They do as the Romans do, eh?
Semoga kita selalu memperbaiki diri sendiri.
– Manusia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit