Marriage Life

Hai. Salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession.

Saya nak minta pendapat dari pembaca tentang apa sebenarnya masalah yang ada pada diri saya. Maaf jika ayat saya nampak berterabur sebab sekarang saya menaip dalam keadaan stress.

Pertama, sebelum kahwin saya terkejar kejarkan si dia (suami saya) sampai sanggup saya buat apa saja agar dia milik saya. Pelik bukan?

Perigi cari timba. Sedangkan masa tu dia kerja tak tetap, ada keluarga yang bermasalah dan juga tiada kenderaan mahupun motor tapi waktu tu saya sangat tergilakan dia.

Pernah sekali benda bodoh yang pernah saya buat dulu, saya datang rumah dia menangis teresak esak agar dia jangan tinggalkan saya.

Kini bila saya ingat balik semua tu, saya rasa bodoh sangat kelakuan saya waktu tu berharap pada seorang lelaki yang tiada apa apa.

Selepas kahwin, kenapa saya seakan terbangun dari mimpi itu. Banyak perkara saya sedar salah satunya kesilapan saya memilih seorang lelaki sebagai suami yang akhirnya bagi saya sangat menyusahkan ramai pihak.

Kenapa ya saya terlalu mencintai seorang suami yang ada tabiat buruk iaitu menonton p*rn walhal perkara itu sememangnya saya tahu sejak sebelum kahwin lagi.

Selepas kahwin macam banyak benda yang saya tak boleh terima kenyataan antaranya tabiat buruk dia, berlatar belakangkan sebuah keluarga yang bermasalah, tiada kereta dan motor, tiada savings dan kerja tak tetap.

Sebelum kahwin saya tahu yang orang tua dia bermasalah, adik beradik pun sama.

Ayah dan abangnya seorang penagih dan semua ahli keluarganya memang tidak solat, sedangkan suami saya sendiri pun tidak tahu jawi.

Pendek kata, didikan agama tu tak ada.

Selepas kahwin, saya jadi marah kepada suami sendiri sebab sepanjang 7 tahun berkahwin sekalipun tak pernah jadi imam saya, saya penat nak ajar orang yang taknak usaha untuk belajar agama.

Bila balik kampung belah saya, saya sangat malu sebab diantara yang ramai ramai tu suami saya je yang takkan join sekali solat berjemaah.

Habis semua ahli keluarga saya tahu yang rupanya suami saya ni tak tahu solat.

Apa yang boleh saya cakap, saya kadang kadang anggap ini semua ujian untuk saya, adakalanya saya tak dapat kawal emosi dan mula menyalahkan diri sendiri dan orang lain.

Saya stress selama 7 tahun ini kehidupan rasa tak tenang. Ada saja bergaduh.

Disebabkan ketidak puasan hati saya dalam silap memilih dulu, saya jadi memberontak sekarang. Saya stress bila hidup saya masih tiada perubahan selama 7 tahun.

Perubahan tu ialah suami yang taknak usaha belajar solat walaupun saya nak ajarkan, tak pernah ada harta sendiri, motor dan kereta pun tak ada sebab tak mampu dan nama suami blacklist keliling pinggang,

Tak ada rumah sendiri hanya mampu sewa je itupun duit deposit dan barang barang dalam rumah banyak mak ayah saya sedekah, dan selama 7 tahun tu susah makan, susah nak bayar sewa, susah itu ini semuanya lah pada belah saya.

Mak ayah saya, adik beradik saya yang banyak membantu dalam segala urusan kami selama 7 tahun. Keluarga suami memang tak ada apa apa jasa.

Kalau korang tanya kenapa 7 tahun tu masih susah padahal lama juga kan, jawapannya sebab suami saya tak ada kerja tetap dari dulu dan sikap yang suka bertukar tukar tempat kerja. Itulah puncanya.

Kereta buruk pemberian ayah saya sajalah yang kami ada sekarang. Banyak sangat rosaknya maklumlah kereta lama.

Dan rosak rosak tu pun semua ayah saya tolong bagi duit untuk kami bawa repair sebab dia tahu suami saya ni bukan ada duit pun nak repair kereta.

Duit gaji pun habis bayar rumah sewa, barang anak, barang makan. Lagi sebulan roadtax kereta nak mati, aduhh takkan nak minta ayah saya bayarkan lagi kot macam setiap tahun yang lepas.

Nak suruh buat part time saya tak tahu la part time apa yang dia boleh buat, lesen tak ada.

Kalau tak boleh jadi rider penghantar makanan. Saya stress lah hidup miskin ni.

Baru baru ni telefon suami saya rosak, disebabkan tempat kerja dia memang kena guna phone sebab report segala bagai dalam whatssap je, so dia memang perlu ada phone.

Dia nak buat telefon ansuran tak lepas sebab nama blacklist so dia pinjam ceti untuk beli telefon. Hmmmmm. Saya menyesal. Macammana ni. Sedih saya pandang muka anak saya yang masih kecil dan tak tahu apa apa ni.

Nak balik kampung nak cerita kat mak ayah tapi saya takut kena marah sebab ayah saya ni sejenis nak backup menantu aje walaupun tahu menantu tu bermasalah. Dia cakap sebab dia fikirkan cucu dia yang masih kecil.

Sebenarnya mereka tahu je niat saya nak berpisah dengan suami 2 tahun lepas tapi mereka bantah sekerasnya tak setuju.

Saya betul betul tawar hati. Tapi buntu sangat. Maaf sekali lagi ayat saya terabur. Mohon admin siarkan. Terima kasih

– Eqa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *