Marriage Scam II

Untuk confession part 1 boleh baca kat sini, https://iiumc.com/marriage-scam/

Disebabkan aku tengok dan teliti satu persatu komen, rupanya taktik ni memang wujud.

Aku nak sambung sikit cite pasal ni memandangkan kawan Linda tu ada mesej aku lagi semalam pada malam 9 Ramadhan.

Aku rasa kecewa dengan jawapan balas dari Linda, dia abaikan nasihat kawan baik dia ni untuk tidak teruskan perhubungan dengan bekas suami aku yang kaki culas nafkah anak tu.

Sebab apa korang nak tau? Sebab Linda dah terlalu sayangkan bekas laki aku. Ya robbi kasihan aku katakan. Dan paling aku takleh brain, bekas laki aku tu belum tentu sayang kat dia pun. Sebab aku kenal la dia..

Dia hanya pernah sayangkan dan cintakan ex wife dia yang pertama je… Tapi disebabkan cerai dia dah tak boleh nak sayangkan perempuan lain lebih-lebih dah. Next marriage dia selepas itu hanyalah sekadar nafsu semata-mata.

Berbalik pada kisah kawan Linda mesej aku tu, aku cakap kat kawan Linda ni biarlah dorang kahwin, kalau dah tengah angau memang camtu.

Aku cakap pada bff Linda ni, nanti dah kahwin boleh la tolong jantan tu bayar hutang nafkah anak-anak dia naa dah sebab angau sangat kan, dah sayang bantulah laki kau nanti tau, jadilah ATM bergerak dia ye,

Sebab ikut pengalaman aku, memang aku akan rasa kesian je kat dia dan akan mudah bagi dia duit disebabkan manis mulutnya itu. So, lepasni turn kau la pulak Linda…

Aku ada plan untuk bagi bekas laki aku ni dapat pengajaran setimpal. Aku akan failkan Tuntutan nafkah yang tertunggak plus hutang-hutang aku yang dia janji nak bayar semua tu.

Walaupun aku masih blur nak mula dari mana sebab semalam fikiran aku bercelaru.. dengan aku letih kerja lagi, uruskan anak-anak lagi… (Kalau korang ada pandangan dan idea atau pengalaman boleh tulis kat komen tau, TQ sangat korang!)

Yuran taska anak aku setakat ni dia langsung tak cover. Sedangkan aku tanya peguam, peguam cakap pendidikan anak semua tu sepatutnya bapak yang tanggung. So, dia dah kalah 1 part ni nanti kat mahkamah.

Dan paling lawak birthday anak dia baru-baru ni pun dia tak heran.. Takde tanya khabar langsung pasal anak dia.. Bila aku recall balik padanlah tengah bercinta memang lupa anak punya.. dasar jantan tak guna!

Aku harap satu hari nanti Allah akan balas balik apa yang dia buat kezaliman dia terhadap bekas-bekas isteri dia dan anak-anak dia..

Aku paling risau bila dia kahwin lagi, ada anak lain lagi dengan bini lain, pastu anak-anak dia sedia ada sekarang semua tak kenal dia siapa dan tak pernah kenal siapa adik beradik sebapa dorang..

Aku risau dah besar nanti kot terkahwin kan naya pak karim.. Memang jahat sungguh la kalau dia biar camtu dan tak pernah fikir hal-hal sebegini…

Aku tengok abang-abang aku yang takde la kaya mana tapi aku tengok dorang rajin kerja cari duit bayar nafkah anak-anak, rumah semua duit abang-abang aku walaupun bini bini dorang kerja hebat-hebat, gaji berkali ganda dari abang aku…

Tapi bekas laki aku ni haprak, pemalas, asyik duk ratib la trading yang dia sebut-sebut sejak 4-5 tahun lepas.. sampai la ni aku tengok tak kaya kaya pun. Malah menyusahkan hidup aku pulak sekarang disebabkan hutang yang dia sendiri deal dengan orang tu atas nama aku.

Pastu habis la nama aku ni depa cari mintak hutang. Dia? Boleh cakap tunggu ada duit baru bayar kat aku.. memang aku rasa nak carut je kat muka dia..

Dasar jantan tak guna pastu gatal telo cari betina lain. Aku memang dah panas hati sangat dengan mamat ni. Gunakan pakaian alim kau tu untuk ngorat perempuan? Memalukan agama la orang macam ni. Disebabkan nila setitik rosak susu sekolam…!

Aku mintak maaf la terguna bahasa kasar bulan bulan puasa ni, yelah aku dah lama simpan. Bab dia suka beralasan tu aku memang takleh brain dah..aku akan gaduh je dengan dia bila cite hal ni.

Aku stop sampai sini dulu. Sebab dah nak berbuka. Aku balik kerja tadi pukul 5.45 sampai rumah, ambik anak-anak apa semua. Urus anak-anak aku setitik pun dia tak pernah tanya dan ambil tahu. Dasar kan bapak tak guna.

Korang doakan aku kuat sebagai ibu tunggal yang sudah tawar hati dengan manusia bernama LELAKI!

Yang benar,

Wanita Yang Mahu Jadi Seperti Rabiatul Adawiyah.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang ramai lelaki mcm ni, my ex on cmtu.. nk kawen pon sbb nk ‘tumpang’ dt isteri tu, nak2 isteri tu ada kerja tetap or berniaga, mkn pakai siap ditanggung beres.. ank2 pon suka hati je, kejap bgi dt, kejap x.. klau nk tuntut mcm2 tu, kna turun naik mhkamah, byr lawyer lg, lawyer tu mmg lah keje dia, kita ni kna cuti, kna focus n abis mse uruskn hal tu je, nk urus hal d rumah n ank2 lg.. ntah bla nk abis, tp suami2 n bekas suami suma kna ingat, balasan mngkin x nmpak di dunia ini, tunggu la di Sana nt, bgaimana akhirnya balasan kpd mrk yg ‘menganiaya’ isteri, w/pon di dunia mrk tu org yg dihormati.. klaw x silap ustazah AH pon ada citer psal suami yg semasa matinya Allah dah ‘tunjuk’ petanda x baik sbb suka memukul isteri, w/pon bks isteri tu dah maafkn dia.. itu tanda Allah pon x redha, klau di Akhirat lebih2 lgi lah balasannya nt.. wallahu a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *