Dicabul Pedofil

Ya, ini berlaku sejak aku umur 13 tahun. Aku form 1, duduk asrama. Family jenis strict dan bapak aku garang, agak kuat agama.

Dicabul oleh saudara terdekat masa balik kampung. Umur dia mungkin dalam hujung 20an masa tu.

Mula-mula dia pegang tangan aku. Usap-usap. Aku ni budak mentah, baru baligh, tak pernah ada kenalan lelaki rapat. Tak pernah disentuh lelaki.

Bila dipegang macam tu, walaupun takut, aku biarkan je. Dan aku tahu tu salah. Tapi tak berani cakap apa-apa.

Mula-mula tangan, lepas tu kaki, lepas tu perut, lepas tu dada. Dah dewasa ni baru aku tahu dia adalah pedofil, dan sebenarnya dia groom aku dari kecil.

Selama ni aku ingat aku yang bersalah. Aku pernah cerita sikit kat ex-bf aku pasal apa saudara ni buat, tapi masa kita orang bergaduh besar, dia pergi bagi tahu pulak kat mak aku.

Mak aku dah la masa tu marah aku ada bf lahanat macam dia, lepas tu mak aku marah aku pulak lagi pasal cerita tu. Tapi aku sempat elak aku cakap dia tipu.

Masa tu aku takut mak aku marah aku pasal saudara aku ni kan. Sebab selama ni aku ingat aku yang salah sebab biarkan dia buat aku. Betapa naifnya aku.

Sekarang ni kalau aku terbaca pasal pedofil memang aku benci dan marah sangat.

Benda ni berlanjutan lama. Sampai aku masuk universiti, dari ada bf takde bf. Tapi aku cuma tahu pedofil ni bukan salah aku, salah dia, adalah lepas aku tengok dan baca FB Syed Azmi.

Umur aku dah 30 lebih masa tu, dah kahwin dan ada anak. Punyalah selama ni aku dok salahkan diri sendiri.

Sekarang aku dah kahwin dah ada anak. Aku hari-hari doa supaya Allah lindungi anak perempuan aku dari apa-apa kejadian buruk yang pernah menimpa aku.

Dan sampai sekarang aku tak benarkan lelaki walaupun saudara dekat untuk pegang atau dukung anak perempuan aku. Semoga Allah lindungi anak-anak kita semua dari syaitan bertopengkan manusia macam ni.

Yang saudara aku tu dia boleh rilek je sampai sekarang. Dia siap pergi haji.

Tak tahu la dia tahu ke tak apa dia buat tu salah. Kadang aku rasa nak je pergi report pasal dia ni. Tapi takde bukti. My words against his words.

Hari tu aku ada whatsapp dia tanya kenapa dia buat macamtu, dia cuma jawab “you’re beautiful”. Tu je??

Aku tanya, tapi aku baru 13 tahun. Dia kata sebab aku memang beautiful dari dulu sampai sekarang.

Bila aku cakap, dia first yang pernah sentuh aku. Dia cuma cakap, I’m sorry. Tapi dia mintak buat macam biasa je. Wah, nampak gaya takde rasa bersalah langsung.

Sorry mungkin ayat aku berterabur, tapi dada aku macam nak pecah. Sakit hati aku. Aku takde tempat lain nak cerita benda ni, sebab kat sini je ada platform jadi anonymous.

Aku ada tanya dia ada ke selain aku yang dia buat macam ni, dia jawab takde. Tapi takkan la dia pedofil nak mengaku pulak, ye tak.

Ok. Itu saje untuk kali ini. Kalau korang ada nasihat untuk aku, pun bagus juga. Semoga yang baik-baik aje untuk korang.

– Wallflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *