Adakah Saya Derhaka, Trauma Atau Depression? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-saya-derhaka-trauma-atau-depression/).

Assalamualaikum.. ini luahan kedua saya. Sambungan cerita yang sebelum ini…

Semasa saya duduk bersama ibu dan arwah abah mental dan emosi saya sangat tidak stabil. Masalah saya, marah saya dan dendam saya hanya mampu saya pendam. Siapalah saya untuk melawan ibu bapa sayakan sedangkan darjat mereka lebih tinggi.

Namun sebagai manusia biasa kadang kala saya tidak boleh mengawal emosi marah saya sehingga saya meninggikan suara dan melawan ibu dan arwah abah. Derhakakah saya?

Setiap kali saya dimaki, diherdik oleh ibu dan abah setiapkali itu jugalah saya akan melawan dan meninggikan suara saya. Dalam masa yang sama saya akan rasa bersalah.

Dari kecil hinggalah sekarang umur saya sudah 25 tahun tidak pernah saya meluahkan kepada sesiapa jika saya ada masalah dan sedih. Ibu pula tidak pernah pedulikan perasaan saya. Jadi kepada siapa lagi saya mahu luahkan?

Mungkin orang luar berfikir kenapa tidak ceritakan apa yang saya lalui ni kepada suamikan?

Saya ibarat dipendam mati mak, diluah mati bapak. Jika saya pendam saya rasa tertekan dan terseksa tapi jika saya cerita pada suami ibarat saya membuka aib ibu abah dan saya rasa sangat2 berdosa jika saya cerita pada suami.

Sehingga hari ini bila saya teringat balik layanan buruk ibu dan abah terhadap saya emosi saya jadi tidak terkawal,

Kemarahan saya tiba-tiba menjadi kemuncak sehinggakan suami dan anak saya pon saya marah tanpa sebab dan apa2 barang yang berdekatan dengan saya akan saya hempas dan baling.

Saya juga akan tiba2 menangis dan mulut akan berkata “aku benci ibu dan abah!” Allahuakbar saya sudah gila ke?

Suami saya makin hari makin pelik dengan sikap saya dan paksa saya cerita apa punca saya jadi teruk macam ni sekali. Akhirnya terluah juga kepada suami saya namun rasa bersalah membuka aib ibu abah tetap menebal di hati.

Dulu semasa saya duduk dengan ibu dan abah hari2 saya berdoa saya nak duduk jauh dari keluarga saya dan dikurniakan seorang suami yang baik yang boleh jaga saya.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa2 saya. Saya mendapat suami yang sangat2 baik pakej sekali keluarga mertua yang ambil berat pasal saya.

Kini saya menetap jauh dari keluarga saya. Walaupun menetap jauh kenangan silam tetap saya tidak boleh lupa. Setiap kali teringat kisah silam, setiap kali itu juga la suami dan anak saya jadi mangsa.

Allahu betapa sabarnya suami saya dengan sikap baran saya, anak saya yang baru sahaja berusia 9 bulan tidak lepas dari di herdik oleh saya jika emosi saya tidak stabil. Layakkah saya jadi mama pada anak saya yang masih belum berakal namun sudah diherdik.

Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati saya untuk redha menerima takdir hidup saya. Tapi sukar untuk saya melupakan apa yang saya lalui. Mana hak saya sebagai seorang anak?

Pernah sewaktu umur saya berusia 10 tahun saya dimarahi oleh ibu. Ibu mengheret dengan menarik rambut saya dan kurung saya didalam bilik hanya kerana tidak mahu mengulang kaji pelajaran.

Ibu juga pernah menyepak dan menendang saya hanya kerana saya tidak kuat mengurut kakinya. Kudrat tangan budak umur 10 tahun apalah sangatkan kalau mengurut.

Walaupun saya sudah berusia 25 tahun peristiwa itu tetap segar dalam ingatan saya. Mana zaman kanak2 saya? Zaman remaja saya juga tidak lah begitu baik.

Namun seburuk buruk layanan ibu dan abah ada juga baiknya. Saya bersyukur kerana ibu dan abahlah saya ada di dunia ini. Kerana ibu jugalah saya masih bertahan sehingga hari ini.

Ibu seorang yang baik, bertanggungjawab mungkin layanan buruk ibu kepada saya ibu tidak perasan.

Dulu saya tidak boleh bersuara apa yang saya rasa, apa yang saya tidak puas hati kepada ibu dan ibu juga tidak pernah dengar apa yang saya luahkan, sebaliknya saya akan dipersalahkan dan gelaran anak derhaka yang saya dapat jika saya bersuara.

Adakah anak tiada hak untuk bersuara? Saya juga tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam apa jua yang saya ingin lakukan.

Layanan ibu dan abah memberi kesan negatif kepada saya, saya hilang keyakinan, saya jadi baran, saya juga suka berfikiran negatif yang orang sekeliling saya ni semuanya tidak ikhlas berkawan dengan saya.

Namun, Allah jualah tempat saya meluahkan segala yang terbuku dalam hati jika saya sedih. Saya juga bukanlah anak yang baik ataupun solehah saya juga ada keburukkan.

Jahatkah saya jika hati saya terdetik membenci ibu bapa saya walau sudah bertahun berlalu atau disebabkan saya trauma..saya celaru.

Mohon nasihat dari pembaca semua. Maaf jika penulisan saya tidak teratur atau salah ejaan.

Wasalam..

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *