Marrying a Foreigner

Assalamualaikum, thanks sebab sudi siar confession ini. Nama aku Loey, of course lah bukan nama sebenar.

Actually aku nak share pasal benda yang berlegar2 dalam otak ni.

Okay lemme start, aku ni lewat 20an sedang berkawan dengan seorang foreigner yang dikenalkan oleh mak angkat aku.

Sebelum siapa2 mempersoalkan macam2, aku nak cerita pasal dia, aku nama dia dia Nio.

Nio seorang yang baik, juga merupakan staff kepada student mak angkat aku, asal dari Philippines, umur 30an dan juga merupakan seorang muallaf sama seperti aku.

Tahun lepas mak angkat aku ada tanya soal jodoh, nak tak berkenalan dengan Nio ni?

Aku tak jawab soalan dia. Bagi aku, aku nak focus belajar and nak habiskan dulu. Btw aku tengah Pjj sambil kerja.

Hujung tahun lepas lagi sekali mak angkat aku tanya, aku tak bagi kata putus, sampai lah student mak angkat aku sendiri yang tanya aku,

Disebabkan banyak kali Nio ni muncul dalam hidup aku, aku pun setuju lah untuk berkenalan dengan dia.

Hujung tahun lepas kami dikenalkan, yang aku nampak hanya lah kekurangan dia, aku asyik nak marah dia saja, sebab aku rasa aku lebih pandai, lebih pengalaman, while aku rasa macam dia tak tahu apa-apa pun.

Dia sangat sabar dengan perangai aku, tak pernah sekali pun tinggikan suara.

The moment I fall in love bila effort dia buat surprise delivery untuk birthday aku, which is aku tak sangka, dia boleh arrange everything.

Tapi bukan hanya sebab itu, dia sangat memahami kesibukan aku berkerja dan belajar, tak pernah memaksa apa pun.

Aku punya ego pun dah menurun lepas tengok effort dia. Sejak aku buat solat istikarah lagi lapang dada soal jodoh kami.

Sekarang kami dalam perbincangan ke arah menghalalkan perhubungan kami.

InshaAllah akan bertunang dalam masa terdekat. InshaAllah cadangan berkahwin tahun depan selepas saya habis belajar.

Tapi benda yang bermain dalam otak saya adalah, process perkahwinan, saya tak berapa nak paham dengan process perkahwinan dengan foreigner lagi-lagi foreigner yang memegang permit bekerja di Malaysia.

Memang wajib ke dia balik ke negara asal selama 6 bulan menjalani cooling period?

Kalau nak daftar perkahwinan tak boleh ke dia pegang permit bekerja?

Maksudnya dia kena batalkan permit kerja, balik ke Philippines and datang balik lepas cooling period baru boleh berkahwin?

Ataupun boleh saja berkahwin walaupun memegang permit kerja tapi tak boleh daftar perkahwinan?

Maaf banyak sangat persoalan dalam otak saya ni, saya cuba google and follow orang Malaysia yang bernikah dengan orang luar tapi saya tak dapat jawapan.

Mohon yang expert dalam hal ni bagi pencerahan. Terima kasih.

– Loey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *