masalah dengan housemate

Assalamualaikum.Harap admin approve confession sy.Sebelum sy cerita confession sy, sy nak bagitau yang sy bukan warga uiam. Dari spm lagi nak masuk uia tp tak dapat. Mungkin rezeki sy bukan kat situ. Tapi sy selalu baca iium confession ni. Hari2 buka page ni untuk baca confession sebab bila baca confession orang lain, sy rasa sy jauh lebih bertuah daripada mereka. Allah syg sgt mereka, sbb tu diberikan ujian yg tak mampu untuk sy bayangkan dihadapi oleh sy. Melalut pulak sy. Ok straight to the point, sy nak confess pasal masalah sy kat rumah sewa.

Sy duduk rumah sewa dengan 12 housemate yang lain. Masalah sy sekarang ialah sy tak tahan dgn perangai housemate sy yg suka minta makanan sy. Disebabkan sy pelajar sem 1, sy tak dapat ptptn lagi. Sy bergantung sepenuhnya dgn wpp yg diberi sebelum masuk degree sebelum ni. Wpp tu mmg tak cukup untuk byr yuran, buku2, sewa rumah, bil air dan elektrik.

Sy cuba jimatkan belanja untuk makan dengan beli sedikit bahan2 asas untuk memasak sendiri sahaja. Sebelum beli bahan2 untuk memasak, sy ada tanya housemate sy yg lain untuk kongsi duit beli barang dapur tapi semuanya tak nak. Jadi, sy pun beli la semua bahan2 tersebut guna duit sendiri. Yang menjadi masalah sekarang ni, housemate sy suka minta2 bahan2 yang sy beli untuk kegunaan sendiri.Kalau seorang mungkin boleh tahan lagi tapi kalau 2-3 orang,hari2 pulak tu mmg terasa la jugak. Sy beli bahan2 tersebut untuk jimatkan perbelanjaan untuk makan, tapi akhirnya sy ibarat sponsor makanan untuk housemate sy yang lain.

Saya cuba ikhlaskan hati, niat sedekahkan makanan tu pada mereka tapi susah sangat. Lebih2 lagi bila tengok mereka boleh berbelanja mewah tapi suka minta2 makanan sy. Kalau beli makanan dekat luar pun sama je. Ada je housemate yang suka minta nak rasa tapi akhirnya sy yang dapat makan sikit je. Sy tak sampai hati nak kata tak boleh kepada housemate yang suka minta makanan sy. Walaupun sy rasa tak selesa berkongsi makan guna sudu yang sama, tapi bila mereka minta sy akan kata 'ambillah'. Dalam masa yg sama sy nasihatkan hati, niatkan dalam hati sebagai sedekah walaupun susah sangat.

Sy harap boleh dapat nasihat daripada sesiapa yang baca confession ni. Mungkin sesiapa ada tips untuk ikhlaskan hati untuk bersedekah. Atau apa2 doa yang boleh diamalkan agar sy jadi manusia yg lebih bersabar dan lebih pemurah. Sy selalu baca confession pasal power of sadaqah dkt confession tapi nak amalkannya sangat susah. Bagi sy, lebih senang sy sedekah dalam bentuk wang daripada bersedekah dalam bentuk makanan. Mungkin yang baca confession ni akan kata sy seorang yang kedekut, tapi entahlah, susah sangat rasa nak ikhlaskan hati bila housemate selalu minta makanan. Terutamanya bila orang yang sama yang selalu minta makanan sy. Kalau orang tu kadang2 je minta, sy dengan senang hatinya bagi makanan sy pd mereka. Siap offer lagi pada mereka.

– si kedekut yang ingin berubah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *