MASALAH HATI

Wahai jiwa yang gundah,
Perginya kemanisan kerna datangnya cinta,
kurang kawalan juga amalan,
lalu membelai menjadi yang terindah.

Perginya kau yang dulu,
buat kau menjauh,
jika tidak sama teman,
tapi juga sama tuhan.

kau tahu apa dulunya kau sebenar,
kau kenal apa dulunya yang paling ditegar.

dear kawan sampai surga,
aku sayang kau fillah,
sebab sayang aku beri kau kata-kata
mungkin bukan semacam harumnya bunga
tapi cukup kau mengerti aksara ku cipta

Ingin ku berkata
aku sebut kau dlm doa sentiasa,
agar kau kuat seperti yg dulu-dulu.

tidak makan kata-kata manis si lelaki,
yang cuma tahu puji-puji
dan buat kau nampak hilang separuh sisi.

maka kerana tuhanmu,
kuatlah kau dgn Agamamu.

– Cik Bunga A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *