Assalamualaikum… Alhamdulillah, kita dalam bulan Ramadhan lagi kan.. So in Shaa Allah malam ni terawih ye…
Aku jarang sangat jumpa masalah ini dekat masjid atau surau-surau universiti. Tapi banyak aku jumpa di surau atau masjid-masjid di kampung atau kawasan perumahan.. not specifically kampung tau, sebab bandar pun banyak je..
Isu nak rapatkan saf. Mungkin yang memberatkan kita kaum wanita untuk merapatkan saf adalah barang-barang kita yang banyak.
Kita ada handbag, kadang tu aku tengok ada yang handbag lagi, beg telekung lain pulak.. sejadah lembut kita lagi. Masha Allah, tak salah nak bawak semua tu ke masjid. Bagus, nanti barang kita tak bersepah.
Jarang kot aku rasa yang jenis tak nak rapatkan saf sebab nak bawah kipas. Mungkin ada, tapi tak ramai. Tapi majoriti tak nak gerak sebab sejadah. Yelah, kalau gerak, sejadah nak kena ambik, pastu hampar lagi.
Kalau saf gerak lagi, alamak lecehnye. Kalau tinggal je kat belakang, nanti susah pulak kan nak ambik kalau nak keluar solat awal. Macam-macam.. sebab kita perempuan, banyak benda kita fikir. Aku faham aku faham.
Ada satu kali, masa aku pergi solat di masjid dot dot dot ni.. aku perhatikan. Aku rasa sayu hati aku. Ada sorang mak cik ni dia sakit lutut (probably) sebab dia pakai kerusi. So sebab nak rapatkan saf, dia pun angkut lah kerusi dia ke depan dan ke depan.
Last sekali dia masuk ke saf ketiga dan aku tengok agak sempit. Korang tahu mak cik tu buat apa? Dia campak kerusi dia kat saf paling belakang. Tak adalah campak, macam hulurkan dan letak kat belakang je, hehe.
Tapi aku belajar something dari situ. Bila ada satu benda yang melambatkan atau menyukarkan kita bergerak, tinggalkan lah.. Mak cik ni hebat, padahal dia perlukan kerusi tu kot. Masa solat tu, aku kat saf belakang mak cik tu. Betul-betul belakang mak cik tu..
Scene tu aku nampak sebab aku baru masuk masjid. Masa tu ramai jemaah. Bayangkan aku yang baru masuk tu, end up solat di saf ke empat. Betapa ramai nya yang susah nak rapatkan saf, It is an excuse kalau kau bawak anak kecik. Mungkin risau anak nangis ke apa kan.
Masa solat tu aku rasa nak menitik air mata, sebak (tambah pulak dengan background imam yang baca sedap kan, yes tak khusyuk sangat masa tu). Aku tengok mak cik tu struggle sangat nak solat especially masa nak duduk antara dua sujud dan tahiyat.
Mak cik tu, dia tak boleh duduk rapat pun, dia duduk separuh je. Macam dari sujud tu kau bangun nak duduk, but in the middle kau pause. Haa macam tu lah mak cik tu duduk. Seksa tw. Aku tengok pun seksa.
Kesian tapi aku rasa bangga tengok dia. Dia still datang solat berjemaah dalam keadaan macam tu. Aku tak pukul rata semua mak cik ni susah nak rapatkan saf. Buktinya, mak cik ni la.
Kenapa kita kena rapatkan saf ye? Iye, memang solat sah. Tapi,
Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Hendaknya kamu meluruskan saf kamu atau tidak, Allah akan membuat wajah kamu berselisih”
(HR Bukhari No 717 dan muslim no 436)
To all readers, share la apa yang korang rasa bila dapat rapatkan saf. Aku personally rasa mesra dengan jemaah bila ada yang tarik atau peluk lembut-lembut nak bagitahu suruh rapatkan saf. Tapi aku tak buat dekat orang lain sebab tak berani. (Looser kan? selalu nak fikir apa orang cakap. Nanti aku berubah ye)
So kat sini aku boleh conclude, Rapatkan saf itu bukan masalah kaki, tetapi masalah HATI <3
– Aisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit