terasa jadah yang amat belajar filosofi buat aku ke masjid, sambil duduk aku membuka kasut, aku lihat ke depan, ruang yang luas menembusi terus melepasi library Dar Hikmah, tarik nafas dan hembus, segalanya jadi perlahan dan tenang, setidaknya aku cuba
di ruang yang luas itu, tak semena-mena ada seorang budak dan seorang lagi yang aku assume bapak dia, jadikan suasana perlahan itu fokus pada mereka, tiada mereka dekat dengan aku, tiada aku dengar mereka, lagi aku tertanya
"jadah mende budak nih? borak bapak semangat, tangan tu tak boleh berhenti bergerak ke?"
si bapak tengok saja pada anaknya sambil mereka jalan jauh dari arah masjid, then baru aku perasan…
…yang bapak dia mendengar guna mata
aku tak tahu, siapa di antara mereka yang tak mampu mendengar, atau tak mampu untuk berkata, tapi makin lama aku lihat mereka makin aku faham bahawa indahnya mendengar guna mata, terasa hubungan yang sungguh meski aku hanya orang ketiga dalam komuniti kecil ini
tapi sejujurnya dan hakikatnya
aku sendiri tak biasa dengar guna mata, lelaki atau perempuan, bila mana aku mendengar, hanya beberapa seconds aku pandang ke muka orang yang berkata, rasa awkwardness sentiasa menarik mata aku ke arah lain
mungkin kalian boleh guna bahasa isyarat kalau benar mahu aku guna mata untuk mendengar kalian, setidaknya boleh cuba
p/s: 1/2 ice coffee + 1/2 ice chocolate = RM2, only at The Grill
– GULAI