Matured la bhai

3/12/2015 (2.40am)

Esok ada submission project (3/12/2015 kol 11 pg) dan kesemua ahli kumpulan aku buat kerja last minute. Esok nak submit malam ni baru nak buat ape cer bro-bro sekalian. ya group aku 3 lelaki, aku sorang perempuan sebab aku budak engine bhai. dan lecture yang assign group ni. Baru tu lah nak sibuk cari aku. sebab aku perempuan dan rajin yang kau boleh push untuk buat kerja kau. konon. Lain kali mmg tak la nak group sekali bhai. Sakit aku gini.

2 orang member tu okay tapi yup tetap last minute. tadi baru sibuk call tanya itu ini nak meeting jadah bagai. aku tak kisah sebab ini group project dan takde masalah nak berkorban sikit.

Masalah sekarang dengan seorang lagi member. Memang komitment dia ke lautt la bhai aku cakap. untuk satu sem ni memang fix groupmate. Lab dan project. Lab yang compulsory tu dia boleh tak datang, ape ntah lagi lab report dan project bagai semua. Call mesej semua tak balas bhai. FB takde. Bukan nak kondem kuno tak pakai FB, itu hak dia tapi itu bukan alasan untuk kau tolak kerja menghilangkan diri bhai. Kelas pun aku rasa pernah nampak 2 kali je. Itu pun sebab datang lambat.

Yang project nak submit esok, baru nak respon mesej aku. itu pun ayat aku dah berlapik habis suruh dia submit part dia sebelum malam ni. explain dia satu-satu apa yang dia kene buat. okay dah siap tu dia send tapi bapak la weh 100% plagiarism. come onn bhai kau final year dah kot. at least reparaphrase la sikit gila. aku tegur minta dia ubah ayat dan tambah sikit isi. dan kau boleh bagi aku document yang sama erk tanpa ada ubah apa-apa. Perh menyirap bhai. Akhirnya sekarang aku lah ni edit semua dari A to Z. Sumpah jilake weh perangai kau menyusahkan hidup orang lain.

Tolong tolong tolonglah ubah perangai tu bagi mature sikit. Kau lagi tua 2 tahun kot dari kami. Kau bawa lah perangai kau ni ke zaman pekerjaan, itu pon kalau kau grad lah, goodluck la survive bhai. Aku tahu dia tak baca sebab dia tak ada FB tapi untuk pengajaranlah untuk sesiapa yang selalu berperangai begini. Ini cuma luahan hati groupmate yang tak puas hati.

Guaranty ada komen suruh slow talk dengan dia face-to-face tapi kau tahulah perempuan suka pendam. lagipun aku baru jmpa dia sekali. dan aku tak suka nak marah-marah orang. Groupmate aku yang lagi dua tu dah carut bagai depan aku tadi. aku senyap je bhai. layann.

dan tolong jangan kondem aku dengan komen "daripada kau buang masa dengan tulis confession ni, baik kau siapkan project." aku cili mulut kau serious. K tipu. Nak sambung buat kerja. All is well.

– ked

CREATE A POST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *