Melah sakit hati

Once is okay. Second time is forgiven. Third time is annoying.

Kalau kamuorang menyampah dengan roomate, aku menyampah dengan housemate.

Common sense dahlah takde. Adab lagilah. Hidup ni biorlah takde adat, tapi jangan biadap dan biarlah beradab! Hahhh, marah ni marah!!!

Sudahlah bangun pagi aku pun yang kejutkan, tapi dah gelepur nak kahwin bagai. Diri sendiri tak terurus lepas tu gelepur nak kahwin. Aku yang lagi tua (umur dah tua tapi orang cakap macam budam sekolah) hi hi hi, takddlah gelepur macam dia.

Oh bangun pagi. Kalau setakat 1 2 aku tak kisahlah nak kejutkan tidur. Tapi dah nak seminggu aku kejutkan lemak aa weh. Naik menyampah pulak aku dengan perangai sampah ni. Dahlah yang berlemak, nanti naik lemak terus obes. Tak paham aku alarm berbunyi pun, tak dengor. Amboi lemak kau berkumpul kat telinga ke acane? Yang peliknya aku call dengar pulak. Kejut pulak tidur dia. Kalau aku malas nak ketuk pintu, aku call. Rasa geram sikit, ketuk kuat bior tersentak sikit.

Dahlah aku kejutkan tidur, lepas tu kalau aku kejutkan lambat, demand pulak suruh kejutkan awal. Eh panas betul hati aku. Memang aku bangun tidur untuk kejutkan kau pon. Lepastu, kalau aku cakap kasar sikit touching. Sikit sikit touching. Aku rasa nak lempang je. Dia pikir comellah perangai touching tu. Buruk weh buruk. And no wonderlah lelaki tak tahan dengan dia. Perangai macam budak budak sikit sikit nak touching.

Apa? Macam mana aku tahu lelaki tak lekat (lama) dengan dia? Sebab dia cerita kat aku yang lelaki tak tahan perangai budak budak dia. Dah tahu perangai annoying, tak nak pulak ubah. Erghhh stress aku.

Kau bayangkan bangun pagi nak main 'aucak' 'aucak' dengan aku. Harem jadah betol. Bila bangun pagi, mana ada mood gila oiii. Tak paham aku.

Masalah jugak otak dia. Bila aku happy go lucky, dia suruh diam sikit. Cakap aku talkative lah. Bila aku takde mood, tanya asal aku diam. Ada masa kau rasa kau taknak bercakap tau. Bukannya kau badut nak happy go lucky 24/7.

Pernah laa aku sound dia. Kalau aku bising kau suruh diam. Kalau aku diam, kau tanya kenapa. Lepas tu aku cakap kau nak apa sebenarnya? Lepas tu dia sengih kambing dia. Lepas tu aku ber "hahaha" walaupon dalam hati aku menyampah gila.

Sebab apa kau ber'hahaha'? Berpura pura? No lah. Aku menjaga hubungan baik sebab kau tahulah dia ni cepat touching. Kalau bermasam muka dalam satu rumah kan tak best. Awkward bai awkward.

Aku harap aku diberi kekuatan. Doakan aku sis & bai.

Doa kamuorang, kekuatan aku sorang. Hew hew.

– Bunga Melah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *