Assalamualaikum, nama saya Ina. Sebenarnya, saya nak cerita yang saya pernah jadi mangsa buli di sekolah rendah oleh pelajar lelaki.
Saya dibuli berkaitan dengan fizikal bukan cacat yang menyukarkan saya dalam beraktiviti tapi ini melibatkan bahagian daripada wajah (sengaja dirahsiakan).
Kejadian ini sudah lama berlalu dalam 10 tahun begitu. Tapi saya masih lagi ingat saya pernah dibuli.
Sebab perkara ni buatkan saya selalu rasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sebabkan perkara ni juga saya kurangkan bercakap dan hadkan pergaulan.
Saya belajar untuk mencari kawan berkualiti walaupun sedikit kuantiti.
Banyakkan belajar dan kurangkan bermain. Walaupun ada rasa tertarik untuk berkawan dengan lebih ramai orang tapi saya buang keinginan tu.
Saya takut dibuli sampai sekarang walaupun saya sudah lupakan segelintir wajah dan nama pembuli tapi hati saya selalu tak tenang.
Saya dibuli depan kawan-kawan saya, tapi tak pernah ditolong jadi saya selesaikan dengan beritahu ibu bapa dan cikgu.
Selepas saya laporkan kejadian buli dan telah diselesaikan. Bekas pembuli saya datang kepada saya dan cakap dengan saya macam ni,
“Itu pun nak bagitahu dengan ibu bapa/cikgu”.
Saya diamkan tapi saya rasa sedih gila.
Saya fikir balik, saya pernah lawan mulut dengan pembuli tapi semakin dikutuk. Saya diam semakin diejek.
Saya lapor dia datang kutuk. Saya rasa menyesal kenapalah saya lemah sangat.
Kenapalah saya tak berani angkat tangan untuk pukul pembuli tu.
Masa tak boleh diundur jadi saya pilih untuk melupakan dan memaafkan.
Tapi susah juga ya memaafkan kesalahan orang lain.
Semakin dewasa saya sedar banyak perkara yang datang akan berlalu pergi.
Saya motivasikan diri sendiri supaya tidak jadi pembuli. Kenapa?
Sebab saya dibuli dalam waktu yang tidak singkat jadi untuk saya setkan mentaliti menghina dan mengejek fizikal orang lain adalah perkara biasa.
Jadi kesedaran mengenai kesalahan tu saya tingkatkan supaya tak jadi orang macam tu.
Bekas pembuli saya sebenarnya seperti tidak meminta maaf bersungguh-sungguh tetapi terpaksa meminta maaf sebab masalah ini diselesaikan oleh guru disiplin.
Saya bersyukur sebab selepas kejadian sudah tidak pernah dibuli.
Kepada ibu bapa diluar sana yang baca cerita saya ajar anak-anak untuk jadi orang berani dan beradab.
Jangan sesekali biarkan anak-anak kalian terlibat dalam pergaulan buruk dan jadilah ibu bapa yang adil dan tegas supaya mereka tidak jadi orang-orang yang jahat dalam lingkungan sosial masyarakat.
Apa-apa pun doakan saya dapat maafkan bekas pembuli saya dengan ikhlas dan saya doakan supaya anak-anak kalian agar tak menjadi mangsa buli ataupun pembuli serta dijauhkan daripada perkara yang buruk dan didekatkan dengan perkara-perkara yang baik.
Kepada yang pernah jadi mangsa buli, belajar untuk yakinkan diri dan kuatkan mental dan fizikal sebab kita hidup untuk diri sendiri.
Kepercayaan dan keyakinan penting untuk hidup yang lebih baik. Saya cuba belajar untuk memaafkan dan terima diri sendiri.
Saya bahagiakan diri sendiri dengan perkara yang saya minati.
Contohnya, saya suka ilmu yang bermanfaat supaya tidak pernah putus daripada jalur pendidikan saya cuba sedaya upaya untuk memanjat dan memastikan pendidikan saya semakin jauh bekembang.
So, saya nak buat keputusan untuk sambung belajar di universiti dalam course yang saya minati.
Tapi yang buatkan saya sedih semua syarat dalam course yang saya nak tu sudah melepasi syarat tapi tak lepas merit.
Beza merit saya dengan merit yang ditentukan untuk course yang saya nak tu dalam 8 digit begitu.
Jadi saya nak semua yang baca luahan saya ni tolong doakan saya dapat masuk ke universiti dalam course yang saya nak dan seandainya saya tak dapat course tu doakan saya semoga berjaya perolehi course yang lebih baik.
Sekian, terima kasih daripada saya dan juga maaf terlalu panjang luahan saya ini.
Semoga kita semua diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi dunia yang fana ini.
– Ina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit