Membaca Sudah Ketinggalan Zaman

Assalamualaikum. Nama aku Asha (bukan nama sebenar) korang dah baca tajuk tu kan? Jadi jangan malas untuk baca luahan kecil hati aku ni :)

Sejak dari kecil kita dah biasa dengar bahawa membaca ni amalan yang mulia, amalan yang bagus dan sebagainya. Memang tak dinafikan juga ada sesetengah masyarakat di negara kita beranggapan bahawa membaca itu merupakan perkara yang membosankan.

Sebenarnya membaca ni sangat seronok! Ayat aku memang cliche sikit orang mungkin judge aku ni acah acah budak pandai duduk kelas depan sekali ambil aliran sains konon. Sama sekali tak!

Aku cuma budak yang duduk kelas belakang sekali yang hanya ambil aliran kemahiran sahaja iaitu Seni Reka Tanda. Dekat sekolah menengah aku dulu memang ramai orang cakap yang kelas aku ni kelas corot, kelas budak bod** atau kelas budak takde akal.

Fuh macam2 hinaan dan tomahan yang aku hadap hari2. Mula2 dulu memang rasa marah sebab orang hina kita macam2 tapi lama2 aku sedar kata2 orang tak dapat bantu aku untuk menuju kejayaan yang sebenar. Jadi aku hiraukan kata2 orang sekeliling walaupun amat menyakitkan.

Berbalik pada cerita aku tadi yang membaca ni sangat seronok. Ya sumpah seronok. Dulu aku jenis budak yang tak reti duduk diam. Setiap petang je mesti nak keluar rumah main dengan kawan dekat taman. Nak belajar pun malas apatah lagi nak baca buku.

Mak aku pun dah lali nak tegur anak degil dia ni. Satu hari tu aku pergi jalan2 dengan family dekat mall then kakak aku ajak pergi kedai buku sebab dia nak cari buku rujukan untuk sekolah dia.

Mula2 masuk kedai rasa nothing. Tengok buku komik pun macam, “cerita mengarut je sape jelah yang beli buku macam ni” Guess what? My brother dia beli buku tu! Abang aku memang peminat setia buku komik atau fantasi.

Lepas dia dah habis baca buku komik tu aku try juga cuba untuk baca. Baru bukak muka surat dah bosan. Tutup buku juga akhirnya. Tapi lama kelamaan aku jadi malu sebab tak baca buku.

Kakak aku selalu ajak aku dengan abang aku untuk pergi ke perpustakaan awam yang tak jauh sangat dari rumah. Diorang tahu yang aku tak suka membaca. Jadi diorang plan weekend tu nak bawak aku pergi sana.

Mula2 keras hati jugak lah nak pergi yelah benda kalau tak minat memang macam tu kan. So sampai je perpustakaan tu aku macam mati kutu tak tahu nak pick up buku apa untuk baca. Kakak dengan abang aku kata, “pilih je mana2 buku yang nak dibaca asalkan adik suka membaca ye”.

Nak taknak aku pilih jugak lah buku. Tengok buku rujukan, bosan. Tengok buku sejarah2 melayu, bosan. Tengok buku novel, lagi lah bosan! Rasa nak balik rumah je masa tu.

Sampai lah aku jumpa satu buku ni nama tajuk buku tu ‘Membaca Amalan Mulia’. Buku tu lebih kepada tips untuk senang membaca tapi ada grafik kartun disertakan juga untuk jadi lebih menarik. Jadi aku ambil buku tu dan baca.

Ya itulah kali pertama aku dapat rasakan perasaan seronoknya membaca. Sumpah aku rasa teruja waktu tu. Tips dia bersertakan dengan grafik kartun tu yang buatkan aku rasa best sangat nak baca buku.

Antara tips yang masih aku ingat ialah, “Kalau nak membaca jangan tunggu dah bosan baru baca, tapi baca lah ketika kita sedang mempunyai masa terluang”.

Sejak daripada buku pertama tu aku suka nak beli buku banyak2. Start daripada cerita kanak2 sampai lah ke komik dan kartun (tapi buku untuk rujukan tak lupa juga ye hehe).

Percayalah tak rugi kita membaca. Sebab membaca buatkan otak kita lebih cekap dan cerdas. Membaca juga adalah satu proses yang baik untuk otak. Jangan lupa membaca selalu! Bukan baca di telefon je tapi buku juga kena selalu baca!

Selamat membaca semua. Tak lupa juga aku ni perempuan tau, hehe.

Terima kasih admin untuk publishkan kisah saya ini.

Yang benar,

– Asha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *