Membina sebuah masjid lagi

Pada dasarnya aku memiliki sebuah family yang sempurna. Cukup serba serbi. Kawan aku semua kata, syoknya jd aku, nk fon je dpt. Laptop rosak terus dpt baru. Kereta pun ayah belikn sbb x nk aku susah masa belajar. Family aku bukan mewah sangat pun. Tapi mungkin lebih mampu drpd yg lain. Mungkin aku lebih beruntung drpd yg lain.

Itu apa yg semua org nampak. Apa yg org x nmpk baru2 ni ayah aku berhasrat nak kawen lagi. Perempuan itu jauh lebih muda drpd mak aku. Mungkin tua beberapa tahun drpd aku. Aku x tau la. X kuasa nk tahu. Kes pasal org ketiga ni dh lama. Cuma makin lama makin teruk. Sampai kali ni ayah aku ngaku terang2 kt anak2 dia nk kawen lg. X ayah aku x kena buatan org ini semua dari diri dia sendiri.

Reaksi semua org? Sudah pasti memberontak. Aku? Aku cuba fahami drpd side mak ngn ayah aku. Adik2 aku semua layan ayah aku acuh x acuh. Semua pakat dok marah2 kat ayah aku.

Sebabkn aku masih belajar, aku berjaya mnangani masalah ini sepositif yg mungkin. Aku x layan ayah aku mcm adik2 aku layan beliau. Aku dengar setiap patah perkataan yg ayah aku sampaikn elok2. Aku cuba selami hatinya. Bagi aku ini bukan salah ayah aku sendiri. Salah kedua2 pihak sebab tiada toleransi. Sebab x pandang salah sendiri. Asyik nak menuding jari antara satu sama lain

Mak aku pulak sejenis drama queen sket. Haha. Kadang2 cerita tu dia bole kasi gempak sikit. Ye la. Mak aku suri rumah. X buat apa. Benda tu je la dia nak risau. Pada pandangan ayah aku pulak, mak aku ni suka nk burukn beliau pada pandangan anak2 sampaikn semua pakat boikot ayah aku. Aku faham kenapa mak aku mcm tu. Ye laa. Dia nk ngadu kt sape lg klu bukan kat anak2. Part ayah aku pun betul gak. Anak2 asyik dengar part mak aku je. Belah ayah aku x nk dengar pulak. Haa, masing2 ada alasan tersendiri korng nmpk x?

So yg menjadi masalahnya bila aku habis belajar. Oh ya. Aku baru je tamat pelajaran. Insha Allah akan bergraduasi pada tahun ini. So, aku kena balik rumah dn hadap cerita belah mak aku, adik2 aku yg memberontak dn juga ayah aku yg xda mood kat rumah. Bukan ayah aku xda mood sgt, tp aku tgk bila dia cuba hidupkn suasana kami semua org buat muka x tau.

Aku rindu. Aku rindu family aku yg dulu. Yg mungkin x sempurna pada mata org lain. Sempurna pada mata aku. Kekurangan kami cuma kami yg tahu. Aku rindu nk duduk sekeluarga sekali sambil gelak2 kat lawak bodoh aku.

Tahun ni raya x sama. Wlupn ayah aku x kawin lagi buat masa ni. Tapi suasana terlalu tegang. Adik2 aku pn xnk balik kampung halaman thun ni. Sbb ye la. Team famili ayah dgn team famili mak x berapa nk sebulu. Kitaorg pn jd x sedap nk balik. Yg menjadi mangsa KAMI anak2 ayah ngn mak aku

Aku berdoa ayah aku ubah fikiran
Aku berdoa kalau ayah aku x ubah fikiran sekali pun adik2 aku x layan ayah aku buruk2 macam tu
Aku berdoa mak aku kuat dn tabah melalui semua dugaan ni
Aku berdoa agar ada jalan penyelesaian buat masalah ini

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Dik akak nasihatkan..slow talk ngn ayah tu..bincang dr hati ke hati ngn ayah.tanya ape lg yg x ckp dlm hidup dier hinga kena tambah 1 lg rumah.bg tau kesan2 dier klu ayah tu kawen lg.contohnya suasana kehidupan x kan sama lg.pujuk2 la ayah tu.susah tau bila dh kawen nnt.byk masalah akan timbul.akak doakan yg terbaik utk adik n family.i’Allah.amin.

  2. em mak awak tak salah pun.sebabnya awak kata ayah awak mmg dah lama berskandal2 ni kan cuma baru ni nak kahwin lagi.cuba pi selami hati mak tu pulak.apa mak rasa bertahun2 ayah buat perangai tak senonoh mcm tu?sebelum ayah berskandal,mak memang ada burukkan ayah dekat anak2 ke?mesti takde kan?
    so puncanya ayah awak tu.cuba tanya apesal ayah berskandal,sampai nak kahwin lagi.apa yang tak cukup dengan mak tu?Kalau ayah tak buat perangai,takkan mak awak tetiba nak buat perangai2 drama queen pulak kan.maaflah dik nasihat akak ni kasar bunyinya.

    • kesian suri rumah. mana lah dia nak pergi. kat anak2 dia lah. last2 redha dlm paksa. ye lah. ekonomi orang pegang. sebab tu …sila ada duit sendiri.

    • Setuju. Bukan nk menangkan sesape. Tp mak dia ada anak2 je. Ayah dia ada pompuan tu kn. So tatau la knp dia x try selami hati mak dia yg dh mkn hati brtahun2 tapi try selami hati ayah yg brtahun2 menduakn mak dia. Weird.

  3. Betul tu. Sebagai anak yang nampak macam faham ayah, slow talk dgn ayah tu. Tanya la tak sayangkan anak2 ke, bila kahwin baru sanggup ke dah tua2 ni masih kena layan baby (anak2 kecik baru dgn bini baru), tu crush lama ayah ke nafsu baru da lama membuak, perempuan ketiga tu nak duit ke nak perhatian lelaki gatal. Sorry macam terkasar sikit, awak adjust la sendiri ayat bagi sedap asalkan ayah awak sedar what he should now is be a better man, selamatkan rumah tangga yg dulunya boleh bahagia sebelum dia terjebak cinta perempuan muda. Sekian pandangan sy yg serba kurang dan mentah. Semoga dipermudahkan utk family awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *