Mencari asal dan Tujuan Hidup

Assalamualaikum,terima kasih admin sebab approve kisah saya ni..pertama kali saya kenalkan diri saya bukanlah pelajar,saya sudah berkerja dan saya tertarik dengan page ni sebab banyak kisah yang dikongsikan dan pendapat dari pembaca disini.Ingin saya ceritakan kisah ini pada kalian,moga dapat berikan sedikit manfaat pada yang lain.Walau cuma hanya sekadar mimpi namun ini satu teguran pada diri saya,saya kongsikan kisah ini pada kalian.

Pada satu ketika malam ni,saya merasakan sebak yang amat sangat.Malam tu saya banyak memikirkan dosa-dosa saya sepanjang umur saya di dunia ini.Sungguh saya bukanlah orang yang baik,dan saya masih lagi bertatih untuk mengenali agama.Malam itu saya merasakan satu perasaan yang tak pernah saya rasakan sebelum ini.Saya berasa malu pada Nabi kesayangan kita,Nabi Muhammad SAW.

Demi Allah yang berasa malu pada Baginda atas segala dosa yang telah saya lakukan,pada اَللّهُ juga saya berasa malu risau bagaimana dosa-dosa saya nanti diulang tayang di akhirat nanti.Malam itu saya menangis teresak-esak sendirian.Malu pada Baginda disana nanti mahukan syafaat tapi apa yang saya lakukan selaku ummat Muhammad?sungguh saya berasa sangat malu,mahukah Nabi memandang saya nanti?semua soalan itu bermain difikiran,betapa saya malu dengan atas segala dosa dan kesilapan.

Dek kerana terlalu menangis saya tertidur pada ketika itu,tapi saya tersedar yang saya mendengar suara-suara diatas saya.Rupanya sekarang saya berada didalam sebuah kubur.Sungguh saya menjerit ketakutan.Saya menjerit "lepaskan aku." tapi tak siapa kedengaran.Secara perlahan mereka menanam saya di alam kubur sendirian.Dari kaki,badan seterusnya ke muka saya mula berasa sesak.Nafas mula berombak akibat kelemasan dihempap tanah yang banyak.Saya menangis,sendirian sesak dan terus sesak.

Lalu saya tersentak,dari tidur yang tak lena.Demi Allah,saya berasakan sesak sama seperti situasi saya dialam kubur itu tadi.Bagaimana suasana kubur itu gelap gelita,membuatkan saya rasa merasa sama situasinya jika ditanam dialam kubur.

Malam itu airmata mengalir lagi,betapa Allah mula "menegur" diri.Sungguh banyak dosa dilakukan,namun masih punya kesempatan untuk diperbetulkan .Moga kisah saya ini dapat berikan ibrah buat kalian,selama mana kita hidup didunia ini,jangan kufur akan nikmat dikurniakan.Jadilah hamba sebetul hamba pada Allah Yang Esa.

Wasalam,

AS

– AS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Ma sha Allah .
    Teguran Allah .
    Buat hambanya yg sedar kekhilafan dri .
    Semua manusia adalah pndosa .
    Smoga kita semua sempat brtaubat .
    Terima kasih atas prkongsian anda .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *