Mencari

Assalamualaikum WBT. Diharapkan pihak admin sudi approve post mengenai pengakuan saya ini. Terima kasih ye admin :)

Salam semua. Bersesuaian dengan tajuk saya, MENCARI. Yes, saya mencari seseorang yang boleh menolong saya untuk kahwin! Bagaimana anda boleh menolong? Okay meh sini tolong dengar ye :)

Okay macam ni. Saya bakal berkahwin pada hujung tahun ini dengan seorang lelaki dari Pakistan. So, lelaki ini hanya ada kawan sahaja, tak ada family di Malaysia ni. Jadi, minggu depan, InshaAllah akan diadakan majlis meminang untuk saya..

Masalahnya sekarang, lelaki itu boleh bercakap melayu sikit-sikit je sedangkan my parents takde la fluent sangat dalam BI. Jadi, boleh tak saya nak mintak sesiapa ynag boleh faham Hindi or Urdu dan pada masa yang sama pandai bercakap bahasa Melayu untuk dijadikan orng tengah untuk mengepalai majlis peminangan ni nanti. Inshaallah akan ada saguhati di berikan. Saya tahu, students UIAM sangat2 baik dan suka menolong orang kan.. Jadi please help me untuk membina masjid ni.. huhu~

Kalau boleh kami nak menghalalkan hubungan ni secepat mugkin. Inshaallah kalau anda memudahkan urusan saya, inshaallah Allah akan memudahkan urusan kalian. Kan di UIA kan ramai yang mix pakistan or india kan, so boleh tak tolong kami?? :(

Just jadi translator dan kepala urusan peminangan untuk 2 hari sahaja.. :'(

Kalau ada yang sudi, sila tinggalkan komen, nanti saya PM. Yang SERIUS SAHAJA..

– Miss S

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *