mencuri sebab lapar

aku terserempak dengan orang yang curi makanan yang dijual di tangga mahallah.
Aku tak halang sebab aku tahu mereka lapar. Muka pucat macam dah berhari tak makan.
Aku malu dengan pihak mahallah yang sibuk dengan festival itu dan ini sedangkan ramai lagi student yang kelaparan. Ada yang minum air kosong saja sebab poket kering.
Mana perginya keprihatinan pihak mahallah?
Terima kasih kpd kelab2 yang memberi makanan percuma di masjid. Semoga usaha kalian diberkati.
Aku menulis sebab aku pernah merasai macam mana peritnya berhari tak makan kerana takde duit. Mohon maaf kalau ada yang terasa.

1c7f75b154875e0a14a2db78d8896d1a
CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *