Menolong Yang Susah

Hi semua, aku Ayu. Pertama sekali aku tak tahulah tajuk aku sesuai ke tak dengan cerita aku,

Cerita ni more kepada pengalaman dan pengajaran, untuk aku lah. Aku harap orang lain pun dapatlah sikit sebanyak pengajaran tu.

Aku dah kahwin. Family aku dan family mertua. Gap umur mak pak aku dan mak pak mertua aku dalam 15 tahun lebih. Mak pak aku muda.

Jadi cara berfikir lain. (Tapi takjugak, nenek aku punya cara pemikiran tak macam mak pak mertua aku). More kepada individu lah kot cara fikir ni. Aku cuba untuk tidak compare ye.

Dari kecik aku jadi saksi mak ayah aku menolong orang. Tolong keluarga, kawan, anak, saudara mara dan lain lain. Menolong without prajudice.

Aku ingat dulu, dalam 10 tahun lepas, pakcik dan makcik aku datang rumah bawa rantai dan gelang, minta ayah aku RM5,000 kata nya untuk belanja anak dan keluarga.

Ayah aku bagi. Sampai sudah diaorang takbayar bayar, akhirnya ayah aku pulang kan je gelang tu, abang halal kan. Diaorang malu sendiri, diaorang pulang balik RM5,000 tu.

Ayah aku ada homestay, alah kecik je. Kawan dia gaduh dengan isteri, dekat 1 bulan lebih duduk homestay tu, bayar sehari RM5. Ayah aku okay je.

Kakak aku susah masa awal kahwin, minta tolong jaga kan anak sebab kena kerja, mak ayah aku okay je.

Aku tak pernah dengar mereka mengata atau apa. Belum cerita tumpang 10 kucing & hamster masa pergi haji, minta tukar kereta nak balik kampung, tolong jaga anak, eh macam macam la.

Aku pernah marah ayah aku kata rumah kita ni bank ke? Ke pusat asuhan? Tapi mak ayah aku anggap tu semua macam angin lalu je sebab mampu nak tolong selagi ada kudrat & daya.

Lepas aku berkahwin, mak pak mertua aku ni ada gak tolong orang. Tapi, lepastu berekor ekor. Aku jadi culture shock sebab aku tak pernah jumpa.

Contoh: Ada bantu seorang budak ni ayah mati, mak susah. Budak umur 21, belajar diploma. Yadayada, aku dengar mak mertua aku kata.

Lepas ni jangan harap la aku nak bagi lagi. Ingat susah. Tapi kasut baru banyak. Bila dengar aku terus macam ??????

Contoh kedua: ingat susah, tapi makan kfc. Lagi sekali aku ??????

Contoh ketiga: ingat susah tapi susu anak beli…… haih kali ni aku dah tak mampu nak ????? lagi.

Personally pada aku, orang susah dan orang miskin ni bukan semata perlukan pertolongan duit.

Kata kata dan semangat untuk teruskan hidup pun satu pertolongan. Doa pun satu pertolongan. Dan yang paling penting, menyumbang kebahagiaan juga satu pertolongan.

Semua orang deserved to be happy. Semua orang. Kena happy. Mesti rasa bahagia. Kita nampak mereka makan kfc, cuba tanya, last mereka makan kfc berapa tahun lepas?

Kita nampak mereka ada baju, kasut dan bag kemas, cuba tanya, beli bundle ke preloved atau orang bagi?

Bukan setakat orang susah, orang kaya kalau Allah nak uji takada susu, tetap takada. Makan la lobak putih sepuluh guni pun.

Apapun, hati yang ikhlas jauh lebih mahal daripada wang ringgit yang kita bagi untuk menolong.

Semoga kita semua dapat hidayah, dimurahkan rezeki kaya raya dapat bantu lebih banyak orang. Financially, emotionally & spiritually.

Thank you sebab sudi membaca!!

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *