Aku Bersyukur, Tapi…

Salam semua.. Aku seorang wanita tidak berkerjaya dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa..

Dahulunya aku pernah bekerja.. Sekarang aku korban kan diri aku untuk anak-anak dan suami aku..

Rumahtangga kami bahagia sahaja.. cuma biasa lah gaduh manja tetap ada..

Masa aku bekerja dulu, aku percaya kan suami aku 100% .. Jadi aku jarang bukak handphone dia.. Sebab aku percayakan dia..

Kami selalu bergaduh hanya sebab hubungan kelamin..

Aku sedih sangat.. Sepanjang kami kahwin.. Dia tak pernah mintak nak ‘bersama’ dengan aku.. Tak pernah dia cakap dia ‘rindu’ ke ‘teringin’ ke ..

Masa mula-mula kahwin dulu ada lah dia bagitau keinginannya tu.. Makin lama makin tiada dah..

Tapi aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri, aku sentiasa bagi je even dia nak ke tak nak.. Contoh, malam isnin dengan khamis.. Aku bagi ja kat dia..

Setiap kali ‘bersama’ mesti ada masalah.. Semen tak keluar la.. Tak menegang la.. Tak naik la.. Sekejap sangat la.. Kadang-kadang seminit dua je dah settle.. Dah la tak dak nak foreplay langsung..

Bila aku tanya kenapa jadi macam ni.. Dia kata sebab dia penat.. Sebab dia tak rasa macam nak buat.. Dia tak tahu kenapa.. Macam-macam alasan dia bagi..

Kadang-kadang sampai terpikir.. Suami aku ni g4y ke.. Ke fizikal aku ni langsung tak menarik pada pandangan dia..

Maksud aku.. Kalau suami tengok aku time baru lepas mandi ke apa ke.. Dia tak rasa apa-apa ke.. Dia normal ke tak ni.. Gemuk sangat ke aku ni sampai dia tak berselera …

Then… sampai la suatu hari… aku habis pantang.. Aku balik duduk dengan suami aku.. Aku tergerak hati nak tengok handphone suami aku..

Punya la banyak video **** .. Aku terkejut.. Tu tak termasuk dia tengok kat tumblr lagi.. Kat twitter lagi.. Aku tengok kat history google dia.. Nauzubillah.. Banyak nya dia search..

Tak termasuk cerita komik luc4h lagi.. Kadang- kadang sehari sampai 4 5 video dia tengok waktu berlainan ye.. Bukan waktu yang sama..

Menangis aku tengok history tu..

Patutlah tak pernah nak mintak kat aku… ni kerja dia ..

Apa dosa aku..???? Aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.. Tak cukup ke apa yang aku bagi.. Aku tak pernah menolak kalau betul dia nak..

Kami pun sekarang dah jarang solat sekali.. Dulu masa awal- awal kahwin kerap solat sekali.. Dia selalu bagi alasan anak kacau time solat sekali.. Kadang-kadang seharian suami aku tak solat pun..

Dulu tak macam ni.. Dulu suami aku seorang yang solat di awal waktu.. Masa baru baru kahwin dulu.. Sekarang jarang nak solat.

Tambah-tambah lepas pkp dulu… solat jumaat pon malas pergi puas dah aku nasihat pergi solat jumaat.. Katanya bukan 3 kali lagi tinggal jumaat..

Aku syak sebab dia asyik tengok video ***** tu yang menyebabkan dia malas untuk solat..

Aku rindu suami aku yang dulu..

Puas aku nasihat.. Buat la time aku nasihat.. Lepas tu dia jadi balik..

Ya Allah, tolong pelihara suamiku kembalikan dia ke pangkal jalan yang benar.. aamiin..

Perkara aku paling sedih.. Dia tak pernah sentuh aku sejak aku mengandung 4 bulan sampai aku habis pantang..

Last sekali masa usia kandungan aku 4 bulan tu la.. Lepas tu suami aku tak pernah sentuh aku.. Alasannya, kesian kat aku.. Kesian perut aku dah besar.. Kesian kat baby.. Semua ada …

Seriusly, waktu pregnant aku tak tahu kenapa perasaan nak bersama lagi membuak-buak tapi suami aku selalu mengelak dan bagi alasan…

Setiap kali suami menolak.. Aku hanya mampu menangis saja..

Aku seronok dengar cerita rakan sekerja.. Kalau nak dekat bersalin kerapkan bersama baru cepat baby nak keluar.. Aku balik ceritakan pada suami aku.. Suami aku bagi seribu satu alasan untuk mengelak buat..

Suatu hari…aku terkejut sangat bila tengok semua cerita **** dalam handphone dia.. Rasa nak marah dan rasa terhina sangat.. Rasa dikhianati..

Aku tanya dia.. Betul ke dia tengok dan buat o***i tu.. Mula-mula dia tak nak mengaku.. Bila aku gesa jugak untuk dia mengaku, baru dia nak mengaku.. Dia kata dia susah nak buang.. Habit dia dari zaman sekolah dulu..

Aku tanya dia.. masa aku pregnant pernah buat o**** tak? Dia kata dia selalu ja buat sampai aku habis pantang..

Aku menangis.. Tangan terketar-ketar.. Tak tahu nak marah ke apa ke.. Terus hilang percaya kat dia.. Hati aku bagai disiat-siat..

Masalahnya, aku ada ja mintak dengan dia .. dia yang tak mahu.. patutlah.. ini puncanya..

Lepas tu, aku delete semua video dan group-group whatsapp **** tu.. Aku suruh dia buang semua akaun t**blr dan twitter.. Aku clearkan history google dia.. Aku mintak sangat dia berubah.. Dia janji dia akan berubah..

Sejak tu.. Aku jadi insecure.. Hari-hari aku check handphone dia.. Aku jadi tak percaya dah dengan dia.. Sehingga aku fikir tak mustahil dia boleh buat benda tak senonoh belakang aku..

Hari-hari aku akan mintak dia hantarkan dekat aku apa sahaja aktiviti dia buat.. Sampaikan aku jadi takut kalau dia o***i kat tempat kerja ..

Aku tahu suami aku rimas … Tapi suami aku sendiri yang buat aku jadi macam ni..

Alhamdulillah selepas aku buat macam ni.. aku nampak perbezaan yang amat ketara dalam hubungan intim kami..

Cuma setiap kali aku nak bersama.. Aku pulak yang dah tak dak mood.. Rasa rendah diri sangat.. Fizikal aku tak macam apa yang dia nak dan lihat.. Aku takut aku tak mampu bagi apa yang dia nak..

Macam mana aku nak bina balik self esteem aku?

Aku tahu suami aku sedang usaha untuk berubah..

Tapi aku dah hilang kepercayaan kat suami aku.. aku rasa diri aku tak layak untuk suami aku.. aku rasa terhina sangat..

Macam mana aku nak kurangkan rasa syak prasangka tu kat suami aku?

Kalau suami aku dok berseorangan, aku selalu terfikir kalau dia ada buat o****… Aku risau sangat-sangat..

Oleh sebab aku selalu terfikir macam tu, jadi kami kerap bergaduh..

Apa yang patut aku buat? Aku sayang suami aku.. Aku sayang rumahtangga kami..

– Halimatus Saadiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *