Perlu Beli Rumah Tapi Risau

Hi, aku seorang perempuan berumur 31 tahun (bukan umur sebenar). Belum berkahwin dan mempunyai tahap gaji yang alhamdulillah, agak tinggi.

Masalah aku bukan berkenaan kahwin atau masalah keluarga atau yang berkenaan, tapi masalah aku adalah tentang kewangan dan rumah.

Aku menetap di negeri X sejak aku lahir, malah ibu bapa aku juga masih tinggal disini.

Aku juga berkerja di negeri yang sama, dan aku tinggal di rumah ibu bapa aku. Jadi, seumur hidup aku, aku tidak pernah menyewa rumah.

Pada suatu hari yang aku tak tahu lah indah atau tidak, aku ternampak iklan rumah yang akan didirikan di berdekatan kawasan rumah ibu bapa aku.

Aku sudah lama berimpian ada rumah sendiri, tetapi disebabkan kewangan dan lokasi, aku tangguhkan hasrat itu.

Apabila aku nampak iklan rumah itu, disebabkan lokasi yang strategik dan kewangan aku yang dah kukuh, aku berfikir, why not.

Baiklah sebelum tu, aku terangkan kenapa aku perlu beli rumah.

Satu, selama 31 hidup aku dan keluarga tinggal di rumah flat kos rendah.

Sebenarnya impian memiliki rumah yang lebih baik adalah impian ibu bapa aku. Impian aku pula untuk menggembirakan ibu bapa aku;

Dua, lokasi rumah yang aku dah familiar dan berhampiran dengan public transport. Ya, aku tak suka drive huhu;

Tiga, umur aku dah meningkat, disebabkan aku tak berkahwin lagi, sekurang-kurangnya aku perlu memiliki rumah sendiri. Relate ke? Haha.

Empat, so far aku masih lagi mampu. Aku ditahap bila pergi beli barang dapur, aku tidak melihat harga.

Selain itu, aku tidak menunggu jualan discount untuk membeli. Aku nak, aku beli. Kawan ajak travel, aku OK. Bagi aku, itu definisi ‘mampu’ yang mudah haha.

Aku masih dalam proses membeli rumah. Waktu aku tulis sekarang ini pun aku dalam perjalanan untuk book unit rumah. Sebenarnya sangat bersemangat sehinggalah aku sign loan.

MBTI aku adalah kategori J(judging), jadi aku adalah seorang yang sukakan planning dan benci benda yang tidak terjangka.

Sebelum membuat keputusan aku sudah kira kewangan aku, adakah aku bersedia untuk bayar loan. Ya, aku mampu.

Tetapi disebabkan aku benci perkara yang tidak dijangka, aku mula berfikir tentang semua risiko.

Bagaimana kalau ada satu masalah yang buat aku menyesal? Bagaimana tiba-tiba aku tidak gembira?

Ada orang lebih rela sewa dari beli rumah sebab tak suka loan.

Tapi, dalam situasi aku sewa bukan dalam pilihan. Baik aku tinggal kat rumah flat kos rendah ibu bapa aku sehingga tua kalau macam tu.

Kesimpulannya, aku perlu beli rumah juga. Aku tahu bukan senang kerana perlu bayar loan sehingga umur aku 70 tahun, tapi aku perlu improve kehidupan aku dah keluarga aku.

Itu sahaja, luahan aku.

– Beans (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *