Mental Health

Hai, saya Sya masih muda lagi dan masih belajar. Saya hanya bersahaja sahaja je cerita kerana saya tiada siapa untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hati saya.

Saya masih muda walaupun begitu saya sudah kena diagnos mempunyai depression dan bpd oleh dr psy. Sebenarnya banyak sangat untuk diluahkan tapi saya tak tahu nak mula daripada mana.

Masa kecil saya tidak indah dan sudah banyak saya lupakan tapi kesannya masih ada sampai sekarang. Saya dibuli sejak kecil hinggalah sekarang sehingga saya pikir adakah saya hidup untuk puaskan hati semua orang.

Mak ayah saya tidak tahu saya jumpa dr psy kerana saya sudah tahu mereka tidak boleh menerima anak mereka mempunyai masalah kesihatan mental.

Saya tahu saya dapat masalah kesihatan mental ini disebabkan trauma saya dari kecil. Waktu kecil saya selalu merasakan tiada siapa siapa yang menyayangi saya kerana saya sering dicaci oleh mak ayah saya dan orang sekeliling saya.

Saya perasan masa kecil saya banyak terdedah dengan tempat yang membuat yang saya stress dan semua itu bukan tempat selamat untuk kanak kanak seperti saya.

Tiada siapa mahu berkawan dengan saya di sekolah dan barang saya banyak dicuri oleh mereka yang menyebabkan saya balik rumah dan dimarahi oleh mak saya.

Saya ingat cikgu tadika saya memarahi saya di depan semua orang kerana saya lambat membaca dan saya senyap. Saya ingin ada kawan sampai sekarang saya mahu kawan kerana saya rasa keseorangan.

Di rumah,mak ayah sering memarahi saya kerana saya tidak bijak seperti kakak saya. Saya selalu rasa tersisih dengan kakak saya. Kakak saya banyak memerli saya hingga membuatkan saya rasa tidak berguna.

Sungguh saya rasa tak berguna di depan mata mak ayah dan kakak saya. Saya rasa saya ini anak yang tidak berguna.

Kemuncaknya masalah kesihatan mental saya mula terjadi apabila saya di sekolah rendah. Saya kena buli teruk oleh kawan baik. Masa saya kecil saya ingatkan dia kawan baik saya.

Meja saya diconteng, bekal makanan saya mereka buat sebagai permainan dengan baling baling bekal saya, saya punya kotak pensil yang ada tulisan nama saya hilang mereka campak dan banyak lagi yang sudah saya lupakan.

Bila baca balik semua orang kata ini adalah biasa untuk perangai budak budak tapi tidak untuk saya yang terpaksa telan semua pahit itu.

Semuanya sangat sakit saya pendamkan, saya rasa macam dada saya tercucuk cucuk tapi saya tiada siapa untuk diluahkan dan sekarang baru saya sedar kenapa perkara itu sakit sangat sebab saya tiada sokongan daripada siapa siapa.

Mak ayah saya mudah berbicara dengan kata kata lupakan dan kakak saya tidak habis memperlekehkan saya. Ye saya mengaku kakak lebih berjaya daripada saya tapi saya pandang bangga kepada kakak tapi kenapa kakak pandang rendah kepada saya.

Dada saya sangat sakit rasa tersiat-siat. Terbayang diri saya tergantung dan boleh lari daripada kesakitan ini. Sangat sakit dada ini dan lagi sakit bila ingat saya hadap ini semua seorang. Bila saya lihat kawan saya yang ada masalah kesihatan mental.

Mak ayah dia sanggup datang jauh untuk dia membuatkan saya cemburu kerana masa saya sakit di wad seorang diri. Mak ayah saya tidak datang. Saya tiada sokongan dan saya rasa bertapa teruknya saya sakit tanpa ada orang saya sayang di sisi saya.

Saya tak reti nak menangis di depan orang kerana waktu kecil mak ayah saya suruh saya pendam semua itu jangan tunjuk diri lemah. Bila saya lihat kawan saya mudah menangis dah luah segala benda yang terbuku dalam hatinya. Saya terfikir kenapa saya tidak begitu.

Sekarang saya masih lagi budak yang kena buli walaupun sudah masuk U. Orang memperlekehkan pakaian saya, saya punya loghlat bahasa dan dalam kain saya juga mereka memperlekehkan. Betullah saya hidup untuk jadi bahan jenaka semua orang.

Saya meminta doa semua orang untuk berikan saya semangat untuk hidup balik kerana semuanya gelap,hitam dan kosong.

Sincerely,

Sya

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *