Mentaliti Kelas Ke Berapa?

Mentaliti Kelas Ke Berapa?

Ada satu simple mentality yang kalau Melayu, secara automatic dia tahu semua.

Tidak, dia tidak tahu. Dan tak semestinya Melayu tu good Muslim. Melayu itu Islam kah? Tak kot. Sebab Melayu itu bangsa, not religion. And not every family orang Melayu ada foundation keagamaan yang baik. Ada yang tiada foundation langsung, ada yang jujur, ada yang berpura-pura.

Dalam macam tu pun ramai yang judgemental. Very ‘Hollier than thou’. Holy sangat kau. Holy outrageous. Dengar ‘hallelujah’ pun panjang istighfarnya.

Bagi yang tak tau, takpe. Jom kita belajar jap apa ‘hallelujah’ tu. Kita Google jap:

hallelujah
/ˌhalɪˈluːjə/
exclamation
1. 1.
God be praised (uttered in worship or as an expression of rejoicing).
noun
1. 1.
an utterance of the word ‘hallelujah’ as an expression of worship or rejoicing.

Anyway…

Mungkin kita ada kawan-kawan yang foundation agama dia less than 50%? Ada yang zero. Ada yang tak kisah, ada yang mula nak kisah, ada yang tak pernah nak share kekurangan ni pun with you. Basically ceritanya, tidak banyak basic agama. Ada juga yang with that 50% or lesser, dia nak try apply kat anak-anak, tapi tak tau cemana nak buat sebab dia tak dibesarkan dalam environment ni.

Setengah tu ada yang teringin nak belajar, tapi segan nak tanya. Bukan sebab dia sombong, tapi dia malu. Umur dah besar panjang tapi dia takde basic. Nanti apalah orang judge ibubapa dia. Takde siapa suka bila orang judge mak bapak kita kan.

Untung-untung dia dapat teman-teman sejati yang membantu konsep, ‘takpe, jom kita sama-sama belajar’. Tapi kalau orang yang ada around dia agak judgemental, cukup la kalau ada sorang, yang suka mengata jaja cerita kelemahan orang. Boleh terus tutup buku niat nak belajar.

A real Muslim, will care with compassion.

Bila orang tak tau, kita tolong ajar dan belajar. Bila orang tak kuat, sokong dan ajak. Bila orang lapar ilmu, berikan dia ilmu tu dan cari sama-sama ilmu baru. Kita jangan la quick to dismiss, terus nak condemn, bahan kan kawan tu. Orang tu kan baru nak open up to new things, dah terus tarik balik kepala dalam cengkerang. Tu baru merajuk sikit, kalau dah sampai tawar hati? Kita dengar pun tak seronok.

Sekadar menegur, mengingatkan diri sendiri juga ni – jangan la rasa diri sendiri tu better than anyone. Sebab Islam tak suka dengan riak, eksyen, fefeeling bajet good-good kan. Malulah kalau ada terasa perasaan bagus sangat macam tu kat hati. Kita ni bagus sangat ke nak compare dengan orang lain?

Kalau solat untuk acknowledgement manusia, kita pun tak mencapai matlamat. Buat amal jariah untuk orang lain tahu pun salah jalannya tu. Ikhlas hanya untuk perhatian, tapi tak ikhlas pun dengan tuhan. Bukan ke itu niatnya untuk Yang Maha Esa in first place?

Mungkin ya, kadang-kadang awak memang lagi bagus dari saya…

1. Alhamdulillah, awak sangat kuat dan konsisten. Tak semua ada kekuatan diri macam awak, jadi jangan malukan orang dengan tanya soalan-soalan yang boleh mengaibkan orang tu. One on one okay lagi, apa lagi depan orang lain.

2. Untungnya keluarga awak semua pandai agamanya. Tak semua orang beruntung macam awak yang dibesarkan dalam suasana Islamic. Jadi tak baiklah kalau kamu mencemuh orang yang tidak.

3. Awak sangat Islam. Saya minta maaf, tapi kenapa awak tak jaga kebersihan diri?

4. Awak sangat Islam. Saya minta maaf, tapi kenapa sambil bertudung, awak pakai skinny pants, tshirt lengan pendek sampai separuh ke bahu?

5. Awak sangat Islam. Saya minta maaf, tapi kenapa awak cemuh orang yang mencuba? Jom lah bantu dia faham supaya dia tahu.

6. Awak sangat Islam dan baik hati, tapi kenapa awak sangat berkira dengan benda yang saya tak terlintas nak kira? Sangat hadap dengan apa orang boleh bagi kepada kamu?

7. Awak sangat Islam dan suci, tapi kenapa awak suka menyusahkan orang, menyulitkan keadaan untuk kepentingan diri awak? Niat tak menghalalkan cara.

8. Awak begitu banyak ilmu, tapi mengapa tak mahu kongsi kebaikan tu kepada orang lain? Kenapa tak amalkan.

9. Awak begitu baik dalam Islam, tapi mengapa awak rasa membuat sesuatu seperti membuang sisa makanan sendiri di fastfood restaurants untuk kesenangan orang lain itu adalah susah dan memalukan diri awak?

10. Bagusnya Islam dalam diri kamu. Tapi mengapa awak ambil terlalu banyak makanan buffet tu tapi tak makan pun, sama dengan time pergi bazaar Ramadan? Kenapa membazir? Mungkin awak tak sedar yang awak dah TERambil hak orang lain tu?

I am humbled in presence of good people. Good people yang tidak mengira agama atau bangsa. Orang yang hold the door open for us. Mereka yang mengucapkan terima kasih bagi gestures yang kita berikan. Orang yang considerate bagi kita jalan when we’re on the road.

Mereka yang jujur, kira betul-betul untuk bantu orang lain in something like, ‘Hey, actually kita semua dalam much bigger debt macam ni, under declared than before,’ so that everyone kena pandai-pandai self-aware and adjust. Mereka yang juga, ‘Oh, masih perlu teruskan bayaran semula pinjaman PTPTN? Takpelah, kita bayar je la balik walau struggling, sebab itu tanggungjawab sebagai peminjam kan’. Contooooh…

Ni nak raya ni. Ada je kadang kawan-kawan kita yang self-invite themselves to rumah orang tanpa prior notice. Sometimes ada yang begitu perihatin dengan kehidupan orang lain sangat, ambik gambar hartabenda orang tu letak dalam chat group merata-rata. Kesian kat tuan rumah tu. Dia pun elok je jaga privacy dia, ko yang membawang sangat tu dah kenapa?

Tapi sekali tengah-tengah ko eksyen disitu, ada orang lain lagi up dari kau. Terus ko senyap kan. Kadang-kadang terus, ‘Eleh, berlagak betul nak tunjuk gi shopping raya kat Milan. Orang time Ramadan ni la kita kena lebih konsentrasi untuk beribadah,’ terus tetiba mode ko tu beribadah sangat.

Haa okaylah. Setakat ni je yang boleh… for now. Cakap lebih je banyak. Kerja kat meja ni pun tak siap-siap dari tadi. Haha.

Selamat berbuka ya korang (Bila masuk waktu maghrib nanti)

– Miss Ing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit