Mentua Pilih Kasih

Aku Nur (bukan nama sebenar). Mak mertua aku seorang yang pilih kasih.

Untuk pengenalan, aku adalah menantu pertama dalam keluarga aku dan keluarga suami.

Kebetulan, anak aku juga cucu pertama untuk kedua dua belah keluarga.

Untuk pengetahuan semua, suami aku ada 4 orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan (adik). Suami aku merupakan anak kedua.

Rumah mak mertua ada 3 bilik yang asalnya adalah bilik mak mertua (berkongsi dengan adik bongsu), satu bilik suami dan satu lagi bilik seorang lagi adik perempuan.

Abang yang sulung tiada bilik sebab jarang sangat balik kampung. Dia seorang perantau. Semasa berkahwin, bilik suami automatik jadi bilik kami.

Namun semua berubah ketika adik perempuan bongsu berkahwin. Mak mertua ingin pinjam bilik itu sementara untuk dijadikan bilik pengantin.

Jadi, mak mertua pun menghias bilik tersebut. Sedangkan semasa aku berkahwin dengan suami, tiada secalit hiasan pun pada bilik itu.

Alasan mak mertua, aku seorang yang tidak kisah dan simple. Jadi, aku boleh terima seadanya.

Tapi, bakal menantu pula datang daripada keluarga yang agak berharta. Rumah besar dan selesa. Jadi, mak mertua segan jika menantu lihat bilik yang tak seberapa itu.

Awalnya, aku tidak kisah. Aku anggap itu sebagai pujian. Lama kelamaan aku makin terasa hati dengan layanan mak mertua.

Sejak adik bongsu berkahwin, bilik kami itu tidak lagi menjadi bilik kami.

Setiap kali adik bongsu balik kampung, mak mertua akan suruh tidur dalam bilik kami. Jadi, kami selalu menumpang bilik adik seorang lagi atau kami tidur di luar.

Bila suami cuba berbincang dengan mak mertua, mak mertua selalu menangkan adik bongsu.

Kami terpaksa mengalah untuk elak pergaduhan.

Bayangkan semasa aku mengandung pun aku tidur di ruang tamu (atas papan) dengan hanya beralaskan kain selimut. Sedangkan adik bongsu tidur selesa atas tilam.

Semasa kenduri adik ipar yang seorang lagi, aku lah yang tolong itu ini.

Dalam keadaan sarat mengandung pun aku angkat yang berat berat sebab kesian kan mak mertua. Sedangkan adik bongsu tidur dalam bilik dengan alasan penat kerja malam.

Semasa adik bongsu mengandung, lagila mak mertua manjakan dia. Sampaikan setiap kali dia nak balik kampung, akulah yang kena bersihkan bilik untuk dia.

Tapi, kalau anak anak yang lain tak pun dilayan macam itu.

Pernah beberapa kali adik bongsu memaksa mak mertua masakkan makanan yang dia nak makan sampai menghentak hentak kaki ibarat anak kecil.

Tapi, mak mertua tetap tak bagi kami marah atau tegur.

Semasa adik bongsu berpantang, dia mengadu masakan mak mertua tak sedap dan membosankan, tetap juga mak mertua menangkan adik bongsu.

Setiap kali adik beradik lain berbincang dengan mak mertua, mak mertua akan cakap, “nanti ada anak, korang tahu la”.

Jadi, kami semua pun malas nak cakap lagi. Layanan istimewa tetap diberikan sehingga lah adik bongsu sudah menjadi mak sekarang.

Bila adik bongsu balik kampung, mak mertua tak nak tinggalkan dia sendiri.

Kalau datang rumah kami yang jaraknya tak sampai 30 minit pon, adik bongsu akan telefon suruh mak mertua jangan lama lama. Mak mertua pun ikut je.

Alasan kesian dengan adik bongsu. Padahal dia dah ada suami dan dah jadi mak orang pun.

Entah la. Semoga adik bongsu cepat lah sedar daripada dunia manja dia tu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *