menumpang keta
salam aku ni nak kata miskin tak jugak, kaya pon tak jugak. mak pon keje cikgu je. alhamdulillah, 2,3 tahun lepas mak ayah aku ada belikan aku keta sebijik. tu pon lepas aku pujuk sebab bila start klinikal year, susah kalu takde transport sndiri. nak harap bas universiti memang tak la. ramai la jugak kawan-kawan aku yang menumpang – pegi kampus, ulang alik lab & hospital, pegi program, shopping hujung minggu etc
satu je nak tegur, kalau dah menumpang tu apa salahnya hulur duit singgit dua. aku tak mintak banyak pon. tapi kita ni dah la susah payah beli keta bayar tetiap bulan, servis pon kita yang cover, kita lak tu yg penat kena drive sana sini.. takkan la minyak singgit dua takleh hulur. benda tu orang panggil common sense kut. kalu korang naik taxi pegi memana starter pon dah rm3. tak campur jammed, tol, extra charge klu dah midnight.
ada je kawan-kawan aku yang memahami. tapi rasanya lagi ramai yang buat tak endah je. aku pon takde la muka tembok nak mintak duit tiap kali nak isi minyak/lalu tol. huu harap ada yang terasa. kalau dah terasa tu bolehla slow-slow selit duit kat kwn-kwn korang yang tolong tumpangkan korang. its never late to start over. do better :)
– AM
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/