Midterm rendah, final alhamdulillah

Assalamu'alaikum.
This is a response to a confession about getting low marks in midterm examination.

Hai. Pasal adik yang dapat midterm separuh dari markah penuh tu, jangan give up weh. Aku dulu rendah midterm untuk 2 subjek. Let say the 2 subjects are 'Doraemon' and 'Adolf Hitler'. Subject 'Doraemon' aku dapat 11.5/20 (atas pagar), subject 'Adolf Hitler' aku dapat 7.5/20 (fail beb. fail!).

Subject 'Adolf Hitler'.
Lepas dapat markah 7.5/20 tu, terkejut monyet aku. Ni boleh kata markah paling sikit aku dapat untuk midterm & first time aku fail. Tapi lepas tahu ade orang dapat 2/20, aku legaaa… Ohh ade lagi yang lebih teruk rupenye. Wakaka. Berbekalkan semangat waja aku bangkit. Aku pulun punya pulun sampai lah final… aku dapat A-. Apa yang aku buat ialah aku tak tinggal kelas langsung. 'Nehi'! Kalo ade big event dapat sijil mahal pon aku tak pergi. Pukul 12 pagi ada submission subjek lain, hari ni aku tetap datang semua kelas.

Lepas tu assignment memang aku sangat particular. Sikit silap pun tak boleh. Harom. Lantaklah pi lah partner aku cakap aku perfectionist pon. Sebelum hantar tu, aku cek balik that 30 pages of assignments dan betulkan segala struktur ayat dan grammatical errors. Aku suka partner aku sebab dia takde la cakap "ko ni bossy lah", "Alah tak payah la baiki.. dah elok dah tu". Malahan dia galakkan untuk proofread assignment sebelum hantar. Kitorang proofread sama-sama macam "Eh.. okay tak kalau aku tukar ayat ni jadi macam ni?" Akhirnya kitorang dapat 18/20.

The same thing goes with mini-assignment iaitu prepare slides. 3 jam sebelum hantar. Aku dan partner berkampung kat library dan pastikan slides kitorang flawless before hitting "send" button dekat e-mail lecturer. Markah pun dapat flawless. 10/10 solid. Be a perfectionist when it comes to assignment.

Untuk final, segala tips lecturer bagi aku follow. Aku buat peta alam untuk subjek tu, bab demi bab, slides demi slides. 3 hari 3 malam aku buat past year questions subjek 'Adolf Hitler'. Worth it.

Subject 'Doraemon'.
'Doraemon' midterm aku scored 11.5/20, final dapat A- jugak mcm subjek kat atas. Tips dia sama ja.
1. Jangan tinggal kelas langsung. Zero absentee.
2. Sebelum hantar, proofread assignment kau. Cari grammatical errors & ayat berbelit atau sounds wrong. Dan betulkan. Masa kau cek tu, bayangkan kau lecturer "Ape la budak ni, ayat berbelit-belit," "Ape ni? Point takde huraian!", "Paragraph ni takde kaitan pun dengan soalan." "Mane intro? Mane conclusion? Mane? mane??". Lepas nampak kelemahan, betulkan.
3. Cuba hantar flawless assignment. Make it as flawless as possible. Format, binding, font, correct indentation, cite the sources, list of references.
4. Buat past year questions.
5. Peta bab demi bab.

5 benda ni lah yang aku buat dari fail midterm ke A-. Plus ibadah wajib dan sunat.

P/S: Lecturer aku cakap kan.. masa dia tanda final exam, attendance list duk tepi dia je. Untuk dia refer berbaloi ke tak budak ni dapat belas kasihan dia. Lepas tu, ade lecturer lain ni pulak, dia tengok adab students. Kalau pergi kelas pakai selipar toilet hurmm, nipis harapan ko dik.

– takdenama

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *