Mimpi Misteri

Assalamualaikum.

Semenjak aku kecil, aku selalu dapat mimpi mimpi yang pelik-pelik. Pelik-pelik tu pelik-pelik yang menyeramkan bagi aku. Maaf banyak pulak ‘pelik’.

Tapi waktu tu aku tak adalah fikir benda ni pelik pun sebab mak aku selalu kata kat aku yang aku ni banyak sangat tengok cerita hantu lepas tu tidur selalu tak basuh kaki sebab tu mimpi bukan-bukan. Jadi aku anggap sahaja benda tu semua mainan tidur je.

Waktu berlalu dan aku pun masuk lah sekolah menengah. Aku ingatkan semakin aku besar, aku dah takkan dapat mimpi mimpi pelik tu lagi.

Tapi aku salah. Rupanya makin kerap aku dapat mimpi mimpi tu. Kadang tu terlelap dalam kelas pun boleh dapat mimpi yang bukan-bukan. Kebanyakkan mimpi mimpi aku tu aku dapat ingat dengan jelas sebab aku asyik dapat mimpi yang sama je.

Mimpi 1:
Aku selalu mimpi yang aku ni ada anak, masih bayi lagi. Dalam setiap mimpi tu mesti aku tengah dukung bayi tu. Tapi, yang menakutkan aku, selalunya bayi yang ada dalam mimpi aku ni mesti bayi yang muka dia pelik dan menyeramkan. Kalau dalam BI orang panggil ‘disfigured’. Selalunya sama ada dia tak ada mata atau tak ada hidung macam Voldemort tu. Tapi, tiap kali mimpi juga, mesti masa aku tengah main-main dan dukung bayi tu, mesti aka nada orang bawa dia pergi. Dan bila bayi tu dibawa pergi mesti aku akan sedih sangat-sangat dan pernah sekali tu aku bangun teresak-esak menangis sebab berpisah dengan bayi tu.

Mimpi 2:
Aku selalu sangat mimpi pasal ular. Macam-macam jenis ular. Selalunya mesti ular tedung yang warna hitam tu dengan ular warna coklat. Dalam mimpi aku, mesti ular-ular ni tengah kejar aku kemudian dia patuk kaki aku. Tiap kali mimpi , mesti ular yang muncul dalam jumlah yang banyak. Pernah satu mimpi tu, aku nak ke tandas, kemudian ada dua ekor ular (satu warna hitam, satu warna perang) melompat keluar dari mangkuk tandas lepas tu belit aku kat leher, sampai sesak nafas dibuatnya. Lepas kena belit tu, aku baca ayat kursi kemudian ular tu terus jatuh macam dah mati. Bila terjaga dari tidur memang aku tercungap cungap tak cukup nafas. Bukan tu je, aku selalu juga mimpi ular hitam yang besar gila tengah belit ahli keluarga aku. Nauzubillah.

Mimpi 3:
Mimpi ni paling aku geli. Aku selalu mimpi bangun aku ada kat tempeh sampah atau tempat yang busuk. Kemudian, mesti ada anjing yang sangat banyak nak kejar aku.

Mimpi 4:
Aku selalu mimpi kena tolak dari tempat yang tinggi. Selalu kat bangunan tinggal tak pun tepi bukit. Tapi aku tak pernah Nampak muka orang yang tolak aku tu.

Mimpi 5:
Mimpi ni yang aku paling takut sekali. Selalu bila terjaga dari mimpi ni, mesti aku menangis teruk. Aku mimpi ada orang bunuh ahli keluarga aku. Mesti guna parang. Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.

Setakat ni, itu lah mimpi yang aku selalu alami. Mesti mimpi yang sama berulang tiap kali.

Mimpi-mimpi ni lagi kerap aku alami bila aku jauh dari rumah. Mula-mula dulu waktu aku masuk asrama, tingkatan 4. Selalu sangat mimpi benda bukan bukan.

Tapi Alhamdulillah, lepas Mak aku ajar dengar ruqyah tiap kali sebelum tidur, mimpi mimpi tu pun berkurang.

Aku pun tak tahu kenapa aku asyik mimpi benda-benda macam ni. Pernah aku dengar ceramah Ustaz Sharhan, menurut beliau ni adalah tanda-tanda ada orang hantar sihir/saka. Wallahualam. Tapi, keluarga aku selalu juga dapat penyakit penyakit yang susah nak explain ni.

– A.k

CREATE A POST