Assalamualaikum and hi.
Saya nk mtk pendapat dgn akak dan abg sekalian. Saya lepasan SPM so normal lah kan tgh pening nk isi UPU. Alhamdulillah keputusan yg saya dapat agak baik iaitu (2A+ 2A 1A- 4B+ 1C+) walaupun tak cemerlang mcm orang lain saya tetap bersyukur.
Masalah saya ialah berkaitan dgn pemilihan course utk menyambung pengajian saya nanti. Saya sebenarnya dah bertekad utk tidak akan lagi terjebat dlm jurusan yg berkaitan dgn sains sbb saya memang tak berminat langsung walaupun saya dpt bwk subjek sains masa SPM (Saya mendapat A- utk Fizik dan Biologi. B+ Kimia dan C+ Addmath)
Saya jugak tak berminat dalam business ataupun perakaunan (Akaun saya hanya dpt B+) dan memang dari sekolah saya dah setkan yg saya tak kan ambil lagi subjek akaun/sains di universiti. Btw, Bi saya hanya mendapat B+ so saya tak layak jugak utk memohon course TESL ataupun Law. Tapi takpa :)
Saya sebenarnya berminat dlm pendidikan awal kanak kanak. Tapi saya risau kalau kalau tak dapat course tu melalui UPU nanti memandangkan course tu hanya ada satu je dlm pilihan UPU dan tentulah kan persaingan akan jadi banyak.
Ada tak tips utk saya bagi mengisi UPU ni supaya dapat course yg saya target ni? Saya risau jgk kalau nanti dpt course yg lain disebabkan kita perlu meletakkan 12 pilihan program nanti. Saya risau sangat tak dapat course yg saya dapat :') Wajar tak kalau saya meletakkan Pendidikan Awal Kanak kanak sbg pilihan pertama dan selebihnya saya letakkan pilihan course yg saya tak layak supaya saya tk dpt course yg lain selain pilihan pertama? Ke permohonan saya akan ditendang serta merta? Bantu saya! Risau bila fikir soal masa depan.
Btw, nak tanya. Course pendidikan Awal kanak kanak ni sesuai ke utk lelaki? Ya, saya seorang lelaki. Saya merupakan anak tunggal lelaki dlm keluarga dan jugak merupakan cucu tunggal lelaki dlm keluarga ibu saya. Jadi saya dari kecik lagi dimanjakan lebih dan sampai lah sekarang saya masih seorang yg agak manja cuma dah mampu berdikari sbb dari form 1 lagi saya tinggal di asrama. Tapi saya mmg tak biasa dgn kerja yg kasar seperti lelaki lain dan saya juga jenis yg hati tisu tapi bkn pondan eh! Haha. Saya suka budak budak. Sbb tu saya nak sangat ambik course pendidikan awal kanak kanak.
Jadi saya memohon akak dan abg sekalian bagi pendapat kepada saya. Saya mmg tgh buntu. TQ
– Kanak Kanak Comel