Mira Filjah

social pressure.

ye,aku ada masalah yg dinamakan social pressure.
aku tak tahu kenapa.
aku bila depan lelaki yang aku tak kenal,
even dgn abg2 sepupu,
even senior lelaki yg selalu aku jumpa,
or even classmate lelaki aku sekalipun aku susah nak rapat.
bila sekali mata pandang mata,
ibarat "berdeZUPPPPP" kat hati aku,
Astaghfirullah.
ini benda paling aku tak suka.

aku bukan nak gedik2 tepuk tampar bagai,
tapi means sometimes aku jealous dgn org yg boleh berkawan dgn semua org.
fakulti aku ni kecik je,
so memang kenal sorang2, ibarat sekolah.
memang cam lah muka sorg2.

kalau bab bila satu group ngan lelaki,
aku okay je bg kerjasama,
aku bersuara je mcm biasa,
but then bila luar dr discussion group tu,
aku dah start jd mcm tak kenal balik,
means susah nak senyum n hai balik dkt mereka,
aku dah cuba tapi awkward sgt.
sangat weh.

aku bila jalan bila ada lelaki dari jauh,
aku dah start dah buat perangai aku balik,
jalan pandang depan je,
takpun pandang bawah je,
tak pandang kiri kanan,
muka memang tak senyum,
muka selenga,
terus pegi destinasi yg aku nak gi.
maybe ada org akan kata bagus jd macamni,
dpt tundukkan pandangan,
but bg aku ,aku ni dah tahap kronik sgt sampai susah tau siapa bdk laki yg jadi classmate aku.
yup aku tahu ramai kata aku sombong,
dah biasa dah.

entahlah,
even mcm td kat library,
aku tgh syok2 study ttiba ada sorg lelaki senior dtg duduk dkt area study aku,
aku jd tak selesa n nak marah n bengang,
tapi bukan nye aku tamak area sgt,
kalau ada senior perempuan mmg aku alu2kan sgt,
aku tak suka ,
sebab nanti rasa perasan dipandanglah bagai,
ye aku tau perasan kan?
sebab tu lah aku tak suka.
mainan Syaiton.
sakit jiwa je.

lepastu sepatutnya plan nak balik lewat sikit bila study kat library,
aku pun terus tak senang duduk,
kemas2 barang n terus balik rumah.

hmmm,mmmmmmmm,
penyakit penyakit.

nak kata aku ni jaga pandangan,
tak jugak.
aku tengok je cerita movie korea semua,
aku stalk je laki2 hensem,
tudung aku tak labuh,
tapi tutup lah dada,
n aku tak pakai seluar2 slack ni,
aku jenis mmg pakai jeans,
yes diakui aku dulu dr sekolah agama,
tapi aku manusia biasa je mcm org lain yg sgt biasa faham tak
see?

aku tak faham dgn diri aku.
semoga penyakit ni jauh dari aku before aku dah keje nanti.
plis.

– Mira Filjah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

19 Comments

  1. Nanti alam pekerjaan susah jgkk ni nk masukk bekerje klo jd cmni. Ape kate awk cubee hadirkann n ujudkan satu perasaan “being profesional” bile berhadapan dgn student lelaki..

  2. Tips nak atasi masalah tu:

    1. Tanamkan istilah profesional. Kenal lelaki sebab study dan kerja sahaja.

    2. Kalau rasa nak selamber2 bercakap (tapi masih jaga batas), anggap mereka macam adik-beradik, atau pakcik sendiri.

    Goodluck

  3. Mungkin confession ni tak jumpa lagi dgn mat romeo yg pandai amik hati beliau kot. Kau tunggu jela pasti ade lelaki yg boleh cairkan kemaluan beliau.

  4. Sama la kita…lpas kawin ni..dgn laki sendiri j y bole nk loklak or x awkward..dgn kwn kerja pon still perangai y sama..so tanamkan dlm hati..Allah nk pelihara ak..ok dik? Chill..

  5. For me… Bercakap bila perlu jew… N senyum klu kenal.. Kalau yang dah berumur… Saya bantai je bercakap.. Sebab berbual dgn org tua ni best!

  6. Aq pun ad masalah yg same , cme kt perempuan la . aq pnah tnyer sorang ustad n ustazah ni , time tu baru lepas talk pasal ikhtilat .. So time diorng tgh makan aq approach. lepas aq cite masalah ni, leh lak ustazah yg duk ckap suh jage batas time talk suh aq cakp ngn pompuan, suh masuk club n sbagainyer spaye aq leh mesra ngan pompuan =_= yg si ustad lak simple jer.. “nnt dh lahwin settle la masalah tu” haha

  7. I feel u sis.. i pon cmtu even skrng pon tp dh berkurang skit la…kalau dlu nk ckp ngn laki mmg payah even dorang berhai2 pon but now ble dorang tegur angguk n senyum je mampu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *