Aku nak share satu cerita benar yang berlaku dalam family aku sendiri. Benda ni berlaku kat cousin aku dan dia lelaki. Dia kahwin terlalu muda dan wife dia pun muda juga. Dorang baru 20 masa kahwin dulu. Sekarang dah ada anak 2 orang tapi sayangnya dorang dah cerai.
Dorang berdua kahwin sebab cinta tapi sayangnya dua dua masih muda dan belum bersedia. Common lah berkahwin sebab nak elak maksiat, alhamdulillah bila dah kahwin memang lah maksiat dah takde tapi dua dua masih tak bersedia nak pikul tanggungjawab. Tahu nak enjoy je. Bila si isteri pregnant and lahirkan baby, dorang sendiri takde persediaan nak jadi ibu bapa, anak anak terabai. Nasib baik mak kakak ipar aku tuh nak jaga budak budak tuh lepas parents dia cerai. Tengok tak pasal pasal susah kan mak bapak pulak.
Sini few things lah kita kena take note, bagi yang masih muda dan ada niat nak kahwin muda. Kahwin lah tapi ingat Nabi cakap pastikan kita mampu. Bukan setakat batin semata-mata, yang zahir tuh kena ambik kira. Ambik tahu macam mana nak urus ekonomi keluarga, macam mana nak urus emosi kalau suatu hari nanti berlaku salah faham, belajar ilmu rumah tangga macam mana nak jadi ibu dan ayah untuk anak anak yang lahir nanti.
Hidup nie bukan semata-mata hidup kat dunia tau, kita akan dipersoalkan balik oleh Allah tentang apa yang dah kita buat masa kat dunia. Keluarga kita, tanggungjawab kita. Takkan nak biarkan dorang hidup takde arah. Sebagai ibu bapa ataupun bakal ibu bapa walaupun tak nampak bayang lagi nak kahwin bila, belajarlah dari sekarang, biar timbul rasa tanggungjawab dalam hati nak jadi manusia yang berguna bukan setakat berguna untuk diri sendiri tapi berguna untuk orang lain. Paling tidak pun jangan menyusahkan orang.
– NIA