MOHON TEMBAKAN DOA BUAT KAK UDA
aku harap admin approved post aku ni. aku ada satu cerita nak kongsi. tapi aku akan cerita setakat yang aku tahu jela. aku ada kenalan nama kak uda. panggilan tu sebab anak sedara dia panggil dia cik da. so kami panggil dia kak uda. tapi dalam society dia panggil kak long. ada yang panggil nama. aku perasan satu post brother engin sebelum ni tentang sister yang beli buah banyak tu kan? aku yakin itu kak uda. sebabnya, setiap kali meeting dekat edu kak uda mesti belikan buah banyak2 dekat kami.
kami sayang sangat dekat kak uda. dia baik. tapi disebabkan dia baik sangat, aku tengok ramai yang ambil kesempatan dari dia. betul apa brother tu cerita. kak uda baru putus tunang. sebab apa? tunang dia pilih perempuan lain, bertudung litup lagi, dan berpurdah. aku tak kata orang pakai purdah jahat, tak semua sama kan. tapi bagi yang menghadapi situasi ni akan rasa pedih dan peritnya. kak uda hilang sikit kepercayaan dekat orang berpurdah. dia selalu cakap 'kak uda tak sebaik dia ke?'. hati perempuan mana yang tak sayu bila tunangan di ambil orang. bila perhubungan jarak jauh, lebih 4 tahun di bina hilang macam tu je. sekelip mata.
kami kawan2 selalu rationalize kan balik negative thoughts kak uda. aku faham, dia mesti serik. serik dengan semua ni. yela, sape tak sakit. four years guys! aku kalau ada abang aku nak bagi kahwin dengan dia. aku kesian tengok dia. aku tahu luaran nampak okay, tapi dalam hati tak siapa tahu. kak uda penyabar sangat. tapi bila malam dia nangis sorang2. aku tahu. aku dengar dia nangis. aku nampak mata dia sembab, nampak letih bila dalam kelas. tak dapat tumpu sepenuhnya.
dia berjawatan. dia terlalu baik. mungkin orang tak kenal dia akan kata dia garang atau sombong, tapi dia baik sangat. kalau semua nak kenal dia dekat edu tu dia suka senyum. macam tak ada masalah. kadang tu dia senyum je, walaupun kena marah dengan lecturer. aku tak faham macam mana boleh wujud orang macam dia.
tapi, semester ni kami risau tengok dia. dia terlalu bekerja keras. selalu tidur lewat malam. kadang tak tidur. kadang tidur berapa jam je. aku risau tengok dia. dia susah nak kata 'tak'. tapi jauh di sudut hati aku tahu dia penat. kami selalu menduga dia. kadang tu, kami suka bila dia sebut pekataan yang kasar, contoh 'tampaq'. comel sangat. dia tak macam marah pun. kalau whatsapp group dia akan bising bising gurau dengan kami tapi kami tak pernah ambil serius, sebab kami tahu dia bukan jenis marah. tapi hint bila dia marah, bila dia diam. confirm tanda marah dan larikan pandangan. sebab, kak uda ni eyes contact dia sangat power. jangan tenung lama2 nanti kau nak menipu pun tak jadi. ha3.
tak ramai yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. dia nampak diam. tapi tersimpan seribu rahsia. dia banyak termenung, suka buat kerja sorang2. tapi aku tahu kenapa dia macam tu. dia teringatkan ayah dia. ayah dia sakit. dia pernah cakap, kalau dia boleh study leave dh lama dia buat. tapi baru2 ni nampak dia dah senyum balik. sebab ayah dia dah sihat sikit.
banyak perkara jadi dekat dia. satu persatu. cuba bayangkan, kau baru nak mula semester, putus tunang, ayah sakit, subjek killer semuanya. masa tu memang first time aku nampak dia tak boleh adopt dan adapt. tak pernah pun dia mesej aku tanya assignment apa, kelas bila, lecturer ajar apa. tak pernah! yang selalu tanya tu aku. aku risau sangat dekat dia. dia calon best student juga, tapi gaya dia semester ni aku risau bila dia macam tu.
"buat lelaki di luar sana, aku tak nak cakap banyak. cuma satu pesanan aku. andai suatu hari nanti kau jatuh cinta untuk wanita kedua, tinggalkan wanita pertama, sebab sekiranya kau cintakan yang pertama tak kan pernah wujud yang kedua. sekiranya kau dah tak cinta dan tak suka, lebih baik berterus terang daripada kau simpan dan memburukkan lagi keadaan. cukuplah sekali kau sakiti si dia, sebelum kau menikahinya. jangan sesekali mengulangi. seandainya perkara sama terjadi kepada keluarga sendiri, apa kau rasa? tepuk dada, buka minda, tanya selera."
mohon tembakan doa buat kak uda. akak, kami harap akak tabah dan dapat keluar daripada kencah masalah2 akak. kami sentiasa ada untuk akak. kami sayang kak uda!
– Zwn Njh
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/