Mommy dan PdPR Anak-Anak

Hi semua. First sekali terima kasih banyak-banyak pada admin page ni kerana sudi siarkan confession saya. Saya taknak intro meleret sangat, sebab nak straight to the point.

Sebelum tu, saya nak jelaskan kenapa saya memilih confess kat sini dari tulis kat wall facebook peribadi. Sini lebih secara generally, di fb nanti ada pulak kawan-kawan yang akan trigger. Malas nak hadap orang-orang sentap dan cepat terasa.

Berbalik pada tajuk, saya ada anak dua orang je yang kena diberi perhatian untuk belajar secara online. Dua lagi masih kecil belum sekolah. Secara jujurnya, saya penat. Pernah sampai satu tahap saya hampir mengamuk macam orang hilang akal sebab penat mengajar anak-anak.

Anak-anak saya bukan budak yang fast learner. Ini yang makin ketara yang saya nampak sepanjang jadi cikgu tak bergaji di rumah. Jadi, tak dipantau takkan berjalan kerja-kerja sekolah mereka.

Suami saya cuba banyak bantu, tapi perangai ayah-ayah ni.. anak letih okey nantilah buat ye. Tak pun dia pulak yang terlebih rajin tolong siapkan kerja sekolah anak. Aduhai, ayah-ayah.

Setiap pagi dari jam 8.30 hingga 1 tengahari memang saya kalau nak ikutkan semata-mata nak hadap jadual pdpr alamatnya memang satu apa benda kerja rumah yang tak menjadi. Ni pun rasanya lebih banyak suami beli lauk kedai sebab rutin masak kerap terganggu.

Saya ada nampak kawan FB saya meluah di statusnya. Dia tulis, masalah ibu-ibu ni yang paling utama sepanjang online learning ni adalah kena multi tasking. Dan saya seperti, “yes! Itulah pointnya”

Saya terasa betul bila ada kawan yang kerja cikgu tulis komen, “baru tahu kan kerja guru ni mencabar.” Allah. Kita tak nafikan pun kerja guru tu sememangnya mencabar.

Bagi saya, anda itu sememangnya kerja sebagai guru. Anda pergi sekolah memang semata-mata untuk menjadi cikgu dan anda memang dilatih untuk mengajar.

Adakah anda mengajar kat sekolah sambil memasak? Sambil mencuci pakaian? Atau sambil mengdukung bayi yang sedang meragam sebab demam? Ini saya ambil contoh situasi ketika sekolah secara normal macam biasa. Bukan situasi pandemik.

Kami ni ibu bapa yang waras, tak pernah cakap tugas seorang guru adalah tugas yang mudah dan enteng.

Tapi komen sebegitu sungguh buat saya terasa dan merasakan kenapa dia sebagai guru tak cuba bagi solution kepada kami ibu-ibu yang kelaut skill mengajar ni? Perlu ke meninggalkan komen sebegitu bila ada kawan yang sedang burn out dengan tekanan online learning?

Saya sangat berterima kasih bila ada kawan cikgu yang lain beri tips untuk kami. Ada kawan fb saya yang saya kira sudah senior dalam dunia pendidikan banyak memberi komen nasihat dan galakan.

“Jangan tertekan, jangan sedih. Buatlah semampu. Kami cikgu-cikgu tak harapkan ibu ayah jadi guru yang sempurna di rumah. Memadai bila anak-anak tak tercicir dalam pelajaran. Walaupun input yang mereka dapat tak sebaik mereka pergi sekolah, sekurang-kurangnya ibu ayah mencuba.”

Saya berterima kasih untuk kata-kata semangat dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Sangat berterima kasih dan hargainya.

Bila pdpr ni group wasap/telegram tumbuh macam cendawan lepas hujan. Sekolah anak-anak saya, setiap satu subjek mesti ada group berasingan.

Pening! Yang sememangnya ibu bapa menjadi pening. Sampai ada masa kami tertukar group anak-anak. Dari tension dan pening jadi kelakar pulak bila difikirkan kembali.

Bayangkan kalau anak 4 5 orang agaknya berapa group yang mesti ibu ayah dipantau. Smartphone saya agaknya kalaulah dia boleh bersuara, mesti dah lama dia merungut penat dan letih. Dari pagi bawak ke malam tak pernah berhenti berkelip-kelip dengan notifikasi.

Cikgu beri maklumat elok lengkap sempurna, mak ayah pulak malas nak scroll. Soalan yang berulang memang dah jadi perkara biasa.

“Maaf,apa ye tugasan hari ni?”

“Boleh tak sesiapa bagitahu muka surat berapa?”

“Cikgu, buku sekolah anak tak ada”

“Cikgu, bla..bla..blaa..”

Allah! Tak berkesudahan. Jangankan cikgu, mak ayah yang ada dalam group semua ikut pening. Mak ayah tolonglah jangan asyik-asyik minta disuap, semua benda nak tanya. Rajinlah sikit scroll group kelas. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh?

Tips dari saya. Saya create 1 group asing yang ahlinya cuma saya dan suami. Jadi setiap kali cikgu beri kerja, saya akan terus forward ke group tersebut. Termasuklah segala link dan info-info penting berkenaan tarikh ambil dan pulangkan buku di sekolah.

Supaya we both tak terlepas homework anak dan tak perlu scroll jauh-jauh. Tak perlu tanya cikgu berulang kali sampai ke lewat malam. Cikgu pun penat dan janganlah ganggu masa rehat mereka.

Memandangkan sekolah anak saya amalkan habis 1 minggu, buku-buku perlu di hantar ke sekolah jadi kami mengharapkan cikgu-cikgu sentiasa alert tentang buku yang sudah ditanda.

Ada guru sangat responsive, saya sangat berterima kasih dan menghargai. Mereka akan update buku mana yang dah boleh hantar dan perlu ambil. Siap ambil gambar rak yang mana.

Ada guru pula jenis senyap. Dia dah siap semak latihan pun dia senyap. Tup-tup sampai tarikh hari subjek dia, ibu bapa terpinga-pinga tak ada buku. Rupanya dia dah letak kat tempat yang dihantar.

Allah. Kami nak tanya kerap kali jadi segan. Sudahnya, pepandailah cek sendiri buku anak-anak tu dah ada atau belum.

Antara pdpr dan belajar semuka, saya lebih memilih untuk anak ke sekolah. Bukanlah saya rasa tugas mengajar anak ni membebankan, tapi sejujurnya rasa kurang keberkesanan dalam pembelajaran seperti ini.

Bila government umum sekolah akan dibuka, sedikit sebanyak saya rasa lega. Walaupun hati risau anak-anak nak sekolah tapi kita cubalah hidup norma baru ni.

Apa pun saya agak terkilan dengan pengumuman yang mengejut macam ni. Sebab baru je saya dan suami berhabis menyediakan keperluan gajet dan internet untuk anak-anak. Supaya dapat belajar dengan lebih baik.

Memanglah orang boleh cakap benda tu ada jua kegunaan nanti, tak membazir pun kalau beli tapi memandangkan ekonomi makin meruncing, kami ni seboleh-boleh nak sediakan yang mana betul-betul keperluan penting.

Bila mengingatkan lama lagi sekolah mungkin dibuka, kami sepakat beli gajet. Tiba-tiba, sekolah buka. Kami terkilan sikitlah. Sebab belanjawan keluarga kecil kami dah lari dari perancangan.

Ini dah jadi satu masalah lain pula mana kami nak cekau duit untuk beli kelengkapan sekolah secara tiba-tiba. Uniform tahun lepas semua masih baru tapi sudah tidak boleh dipakai memandangkan anak-anak membesar bak johan dengan jayanya. Entahlah.

Keadaan kewangan ibu bapa golongan B40 ramai yang kritikal sekarang. Untuk orang yang tak terjejas, tak bercatu makan, bolehlah sedap bercakap.

Ini bukan soal sekolah buka salah, sekolah tak buka pun salah. Bukan. Ini adalah tentang keputusan pihak berkenaaan yang seperti sedang bereksperimen dengan plan A, plan B dan plan C.

Sudahnya cikgu dan ibu bapa yang jadi mangsa tersepit dengan masalah itu ini. Bila jadual sekolah pdpr 2.0 keluar dan tv pendidikan dilancarkan, ingatkan lamalah lagi kena belajar online. Rupanya lain pula plan yang mereka nak laksanakan. Maunya tak gempar 1 negara.

Namun apa pun memandangkan sekolah sudah ditetapkan tarikh pembukaan, setakat ni saya dah start mengingatkan anak-anak tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk mereka kat sekolah nanti.

Harapnya anak-anak kita semua mampu menjaga diri. Keperluan sekolah mereka moga dapatlah sediakan menjelang sekolah buka ni. Doakan kami yang terjejas ni ye.

Saya confess kat sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Saya percaya kita dari sebelah ibu bapa dan sebelah guru-guru dah cuba sehabis baik dah untuk pendidikan anak-anak. Dah macam-macam kita cuba yang terbaik demi pendidikan anak-anak.

Kami dah penat dengan sekejap begitu, sekejap begini. Seolah-olah, bersedia atau tidak bolos saja dinding itu. Tertekan kami sebagai rakyat bawahan ni.

Sekian terima kasih. Maaf atas segala tulisan saya jika ia mengguris hati mana-mana pihak. Moga kita semua dilapangkan segala urusan.

– Cikgu Mommy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit