Bina Semula Hubungan Dengan Allah

Assalamualaikum semua. Aku seorang Hawa, bakal berusia 30 tahun jika Allah izinkan dan masih belum berumahtangga.

Apa yang aku nak confess ini adalah berkenaan sikap aku sendiri yang harap-harapnya dapat dijadikan pengajaran untuk semua.

Sikap yang aku maksudkan di sini adalah satu sifat/ perangai yang baik. Tapi kalau tidak dikawal mampu bertukar menjadi sifat/ perangai yang tak baik.

Aku ada banyak kelemahan. Tapi ada satu kelemahan ni yang aku rasa aku masih belum dan tak belajar lagi daripada pengalaman-pengalaman lalu.

Which is, aku kalau bercinta atau suka sesuatu/seseorang (especially orang), aku akan jadi terlalu mencinta, terlalu sayang, terlalu berharap, terlalu percaya.

Sehingga aku tak terfikir langsung kalau-kalau satu masa nanti aku akan dikhianati ke, disakiti ke bahkan ditinggalkan. Yela, sebab aku dah terlalu percaya kan.

Senang cerita, aku terlalu berharap pada sesuatu melebihi pengharapan aku pada pencipta aku dan semua yang ada di alam ini iaitu Allah.

Bukan aku tak pernah ditinggalkan pun sebelum ni. Tapi aku masih tak ambil pelajaran!

Aku masih tak berdoa mintak sungguh-sungguh pada Allah. Lepas solat pun aku doa cincai-cincai je. Nak menunjukkan yang aku lebih percaya cakap-cakap manusia daripada Tuhan aku sendiri. Allah.

Tapi bila dah terhantuk baru nak tergadah. Dan kali ni, aku punya tergadah tu betul-betul lost punya.

Yela, bila seorang lelaki mula bercerita tentang nak kahwin dengan aku, berapa hantaran aku nak, pendek cerita, dia dah mula bercerita pasal perkahwinan (yang memang aku idam-idamkan lah), siapa je yang tak gembira.

Aku memang nak kahwin. Dia lelaki kedua yang ajak aku bercerita soal kahwin.

Untuk makluman, lelaki pertama yang ajak aku bercerita soal kahwin, aku SENDIRI yang tinggalkan dia. Sebabnya aku seorang yang judgemental. Sebab nama FB dia tak letak nama sebenar/ yang lebih proper je.

Di samping fizikal dia yang sedikit gempal. Kesudahannya dia dah selamat pun beristeri, aku masih di sini. Ini kifarah la ni. What goes around comes around.

Kembali pada penceritaan asal, bila dia ajak aku kahwin, aku punya reaction adalah terlalu gembira, terlalu hype, terlalu CONFIRM yang aku memang akan end up dengan dia punya.

Kira macam this is the man yang aku tunggu-tunggu. At last, aku boleh kahwin jugak at my 30 bla3. Seronoklah, korang boleh bayangkan kan?!

Siap survey pelamin, wedding planner, MUA, budget nak tunang, nak kahwin bla3. Design cake pun. Haha. Macam confirm kan. Padahal time tu savings pun tak banyak. Sekarang pun tak banyak. Sibuk berangan pasal kahwin.

Sekaliiiiii, tiba-tiba je lelaki yang ajak aku kahwin tu, senyap sepi. Maksudnya, diam lah, diam. Tak reply whatsapp, tak jawab call. Padahal beberapa hari yang lepas, ok je. Duk whatsapp-whatsapp.

Walaupun content perbualan kitaorang dah tak macam dulu. Yela, bila dah selalu sangat whatsapp, kadang-kadang kita rasa dah tak tahu apa yang nak dibualkan.

Dia selalu jugak missing in action selama setahun kami berkawan ni. Dan bila dia hilang, aku ni lahhhh yang akan duk cari-cari dia.

Aku lah yang duk buat karangan panjang-panjang kat whatsapp. Oh, how am I gonna live my life without you la, apa la.

Dan tak sampai seminggu, dia akan cari aku balik. Start everything semula. Aku la yang mintak maaf, yang janji tak buat lagi. Punyalah aku takut akan kehilangan dia.

Tapi kali ni, dia hilang jejak terus. Aku adalah buat group which is cuma aku dengan dia je dalam group tu. Nama whatsapp group tu, Masjid.

Nawww, so sweet. Kononnya kalau nak cerita pasal kahwin, anything pasal wedding package je boleh terus refer kat group tu. Sampai, aku cari dia di situ.

Dia cuma BLUETICK kan aku sahaja. Kah3. Kadang-kadang aku yang naif/ bodoh ni pun, even nampak BLUETICK sahaja pun dah cukup mengembirakan hati dan meyakinkan aku yang dia masih nak kat aku.

Ya Allah, punya lah terdesaknya aku nak mempertahankan kepercayaan aku pada dia.

Dan, manusia especially aku, bila dah jatuh terduduk baru sibuk nak cari Tuhan. Ya, aku lah hamba tu. Tapi kali ni, aku nak kesiankan diri aku. Aku nak istiqamah. Aku tak nak lagi tinggal-tinggal solat.

Dan part yang aku selalu pandang remeh tu, aku nak perbaiki balik which is part berdoa. Sebab aku dah broken dah sekarang, kat siapa lagi yang aku nak mengadu untuk diberikan kekuatan, kesabaran melainkan pada Allah kan. Jadi, aku mula dengan doa.

Kalau sebelum ni aku cuma doa laju-laju :- Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hi rabbil alamin, wassolatu wassalamun ala asyrafil anbiyai walmursalin, wa’ala a’lihi wasohbihi ajmain, allhumma ahya nak bil’iman, wa’amitna bil’ima, wa’adhilna jannata ma’al iman,

Allhumaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama robbayana soghira, rabbana atina fiddunya hasana wafil akhirati hasanah, wa qina azab ban nar, walhamdulillah hi robbal alamin.

Sekarang ni, aku mula dengan pujian-pujian kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Barulahhhhh aku berdoa.

Aku mintak apa yang aku nak daripada Allah. Doa untuk diri, untuk mak ayah,untuk adik-beradik, untuk ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-saudara seIslam. Part last, baru aku doa untuk jodoh.

Aku ada terbaca orang kata, mintak je specific kan apa yang kita nak daripada Allah. Yakin yang Allah akan makbulkan doa kita. Tak sekarang, later Allah akan makbulkan. Yang penting, mintak, doa. Aku nak bina balik pengharapan aku cuma pada Allah.

Aku tak cakap yang aku dah totally fine dengan takdir aku sekarang. Tapi aku getting better. Healing takes time. Aku tak nak gopoh-gopoh.

Kadang-kadang bila aku ok, aku ok lah. Bila aku down, menangis tak keluar bunyi time nak tidur. Bangun pagi mata sembab. But that’s the process. Kau kena hadap jugak! Aku selalu fikir yang, aku pernah kecewa before this and I manage to move on.

Sekarang ni, sama jela. Hadap je, tapi lepas aku dah totally ok, aku nak start my new journey dengan Allah. Aku nak dalam keadaan aku susah ke senang ke, aku nak sentiasa dengan Allah. Sentiasa jaga dan peluk hati aku, jangan serahkan aku pada diri aku sendiri bulat-bulat. In sha Allah.

Alhamdulillah, I’m getting better. Tipulah, aku tak teringat kat dia. Ingat je, manusia biasa kan. Dan semalam, aku ada teringat yang si lelaki ni pernah beritahu, dia ni kadang-kadang suka mendiamkan diri.

Aku pun pergilah bukak whatsapp conversation yang lama-lama. Aku search perkataan “diam”. Dan aku terjumpa satu ayat dia yang membuka mata aku lah.

Masa tu, first time dia hilangkan diri. Masa tu aku tanya, kenapa dia hilangkan diri, nanti kalau dia dah tak nak kat aku, dia akan hilangkan diri macam ni ke?

Dan jawapan dia itulah yang buatkan aku betul-betul nak move on which is : “Ni saya masih whatsapp awak ni, maksudnya saya memang suka kat awak lah”.

Maksudnya dia diam tak reply whatsapp aku sekarang ni sebab dia memang dah tak suka, memang dah tak nak. That’s the answer. Aku malas nak fikir dia ada perempuan lain ke, apa salah aku ke, I just nak make peace with it.

Ada benda yang tak perlukan disclosure pun untuk kita pasti akan sesuatu perkara tu dan move on. Untuk dia, terima kasih. Sebab ujian yang datang melalui dia, aku mula ingat balik Tuhan.

Aku mula meminta-minta, bergantung harap cuma pada Tuhan, bukan manusia. Terima kasih, ya Allah. Allah tu maha baik. Kita, I mean aku je yang selalu tinggalkan Dia, tapi Dia tak pernah tinggalkan kita. Sekarang ni aku nak fokus on my relationship with Allah and myself.

Aku nak cari aktiviti-aktiviti yang aku boleh buat untuk bantu aku tak ingat pasal dia. Shopee Cart aku dah ada painting by numbers, diy embroidery. Tinggal nak checkout je. Haha. Ni aku tengah tunggu wallpaper sticker nak wrap almari rotan arwah mami semula.

Warna cat dah pudar, aku malas nak re-paint, aku tampal je sticker. Lol. Kumpul-kumpul duit gaji, duit I lestari la, interim I sinar la, aku beli my FIRST ever cincin emas di usia nearly 30 ni untuk happykan diri aku.

Aku tunggu orang belikan aku cincin, tanpa aku fikir yang, eh, I, myself can afford the ring la. Hehe.

Ya, memang sahabat-sahabat, saudara mara ada yang dah berkahwin, beranak pinak. Even adik aku pun mungkin akan langkah bendul aku. But mereka adalah mereka lah kan. Aku adalah aku. Jalan hidup kita semua memang tak sama.

Doa aku yang terakhir setiap kali solat, kalau jodoh aku dengan kematian, minta Allah berikan aku kematian yang khusnul khotimah, ampunkan dosa-dosa aku, tutup aib aku, terima amal ibadah aku, masukkan aku dalam syurga Nya, kasihanilah aku, sayangilah aku.

Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Amin ya rabbal alamin.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *